Friday, September 28, 2007

Akeef and Injection

Semalam bawak Akeef ke klinik untuk injection vaksin pneumococcal. Alhamdulillah hari ni tak demam. Disebabkan dia masih baby, dia kena amik 4 dose. Yg semalam tu 2nd dose. Ada lagi 2 dose. Kakaknya, si Nurin pun amik gak vaccine ni. Tapi dia 2 dose je. Next week 2nd dose. Harap-harap tak demam. Masa 1st dose dulu, dua-dua demam. Sian..

Tuesday, September 25, 2007

Melewati Detik Itu..

Hari ni, 25hb September 2007, bermakna genaplah umur Akeef 4 bulan. Dia dah pun mula meniarap sejak beberapa hari yang lepas. Kalau dulu, masa Nurin 1st time meniarap, aku cepat-cepat tangkap gambar dia. Pendek kata, setiap apa yang 1st time pada Nurin, mesti aku abadikan dalam album. Tapi tidak pula pada Akeef. Aku pun tak se 'excited' dulu. Maybe sebab Akeef ni 2nd child, jadi tahap keterujaan tu, kurang sikit. Tapi tak bermakna pulak aku mendiskriminasikan anak-anak. Bukanlah juga bermakna aku sayangkan Nurin lebih daripada Akeef. Tidak sekali-kali. Level sayangku pada anak-anak sama je. By the way, enough of that. Aku bukan nak tulis pasal tu pun. 25hb September ni, bermakna dah 13 hari kita berada di bulan Ramadhan. Tak lama lagi dah nak raya (waaa... talking about raya already aaahh? Puasa baru je 13 hari.. hehe). Semua persiapan untuk raya, sedikit sebanyak mesti dah disediakan. Tahun ni aku tak tempah baju pun. Just beli siap je. Macam tu jugak untuk Nurin. Senang. Lagipun, sekarang ni banyak pakaian yang dijual, cantik-cantik and murah-murah lak tu. Talking about raya, terkenang aku masa zaman kecik-kecik dulu. Seronok betul masa tu. Lepas je family aku balik dari sembahyang raya, kitorang mesti beramai-ramai ke kubur abah. Lepas tu ke rumah sedara mara yang terdekat. Raya kedua dan ketiga memang kutunggu-tunggu. Masa tu la aku dan kawan-kawan beramai-ramai pegi beraya satu kampung. Semua rumah kawan-kawan kitorang pergi. Kadang-kadang tu, rumah orang yang kitorang tak kenal pun, masuk gak. Maklumlah, nak kumpul duit raya. Kalau dulu, tak kisah pun kalau orang bagi coins je sebagai duit raya. Dapat lima puluh sen pun dah cukup seronok. Apatah lagi kalau dapat seringgit. Dah petang, baru balik. Pendek kata, bila balik rumah tu, poket baju mesti berat dengan coins. Bila malam pulak, mesti tak miss main bunga api dan mercun. Seronok betul bila diingat-ingatkan masa tu. Tapi tu dulu. Masa budak-budak. Now ni, bila dah 'di ambang sore' ni, keseronokan raya tu dah jadi lain. Kalau dulu, sehari dua lagi nak raya pun, dah terasa seronoknya. Masa tu la tolong Mak tukar langsir, tukar sarung cushion, kemas rumah. Tengok Mak buat kuih (kadang-kadang je tolong. Tapi bila bukak pose je, tak sabar-sabar nak makan kuih tu). Maybe bagi sesetengah orang, keseronokan raya tu tetap sama dari dulu sampai sekarang. Tapi bagi aku now ni, seronoknya hanya bila dapat berkumpul adik beradik, makan ramai-ramai. Ye la, sekarang ni bila setiap kali raya je, dah nak kena fikir banyak benda. Berapa banyak duit nak dikeluarkan, nak beli itu, beli ini. Tu, belum masuk lagi duit raya yang nak dibagi-bagi pada anak-anak buah dan budak-budak. Fuh!! Bajet untuk raya je, kurang-kurang RM2K. Hmm.. Dulu, masa budak-budak mana nak fikir tu semua. Tau seronok je. Dah la pulak tu, budak-budak now ni, mana pandang lagi duit-duit besi ni. Semua nak duit kertas je. Kalau bab kuih raya pulak, jawabnya setiap kali raya memang buat 'kuih tunjuk' je la. Nak buat?? Hhmmm.. jawabnya tak de la.. Kalau dulu, masa bujang ada la gak aku buat kuih dengan kawan-kawan. Best gak. Now ni, dah tak kuasa dan dah tak rajin (bukan malas tau.. hehe). And then time-time dekat nak raya ni jugak la pening kepala nak fikir pasal balik kampung. Nak kena fikir bila time yang sesuai nak gerak, so that jalan tak jem. Kalau salah planning, maknanya kena la mengadap jem berjam-jam kat atas highway tu. Bila malam raya pulak, kalau time dulu-dulu meriah dengan bunga api dan mercun, main kat halaman rumah. Tapi sekarang ni semuanya diharamkan. Jawabnya, masing-masing dok je la depan tv, tengok rancangan-rancangan hari raya dan kadang-kadang movies yang dah berapa kali ulang pun tak tau la.. So, bila dikenang-kenangkan raya dulu-dulu memang lagi best daripada sekarang ni. Tapi apa-apa pun, Hari Raya memang untuk budak-budak coz diorang je yang sentiasa happy bila raya, sama la cam aku masa budak-budak dulu..

Monday, September 24, 2007

Alamak!! Close already laaaa...

Disebabkan keterujaan melihat Nurin happy masa bawak pegi Zoo hari tu, aku pun plan dengan hubby nak bawak Nurin ke Sunway Petting Zoo pulak. So, on Saturday, 22nd Sept 2007, dengan berkobar-kobarnya aku and hubby bersiap-siap, nak bawak Nurin ke Petting Zoo tu. Before kuar rumah, sempat lagi surf internet, cari info pasal Petting Zoo tu. Tengok kat website tu, memang best. Ada macam-macam haiwan yang kita boleh pegang-pegang and play with. So, bila dah sampai ke tempat yang dituju, cari punya cari, tak jumpa pulak. Padahal, before this, kitorang pernah gak round-round kat area-area tu, cuma tak masuk je. Now ni, cuma yang ada kat situ, kawasan perumahan and construction. Curiously, my hubby made a phone call to his friend. Unfortunately, his friend informed us that the place had been closed down. Aduh!! frust nya.. Dah tak tau nak tuju ke mana dah, coz tak buat plan B pun before kuar tu, sebab memang tak expect langsung tempat tu dah tutup. So, kitorang pun just pusing-pusing, and singgah ke Brother's di Kelana Jaya coz my hubby nak tengok-tengok barang-barang kereta. Lastly, untuk tidak menghampakan Nurin (dan aku yang frust sebab Petting Zoo dah tutup), kitorang bawak la dia ke tempat peberetnya, Kiddy Rides @ Giant Subang Jaya. Klik kat sini to view photos. Balik je rumah, aku pun cari kat internet info pasal relocation of the Petting Zoo tu.. Hmm.. Memang ada dia tulis kat website tu, "Temporary Closure and Relocation Until Further Notice".. Emmm.. alahai...

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah

Baru je pagi tadi masa bersahur aku dan hubby bersembang-sembang pasal adik Nurin Jazlin. Secara tak langsung ada juga sedikit sebanyak kami mempertikaikan mengenai kesahihan ujian DNA yang dilakukan ke atas mayat yang dijumpai di dalam beg sukan last few days tu. Ada juga aku pertikaikan mengenai ketidakujudan parut suntikan BCG pada mayat tersebut. Sehingga ke detik terakhir, aku masih sangsi yang itu adalah mayat Nurin Jazlin. Dan, setiap kali melihat gambar adik Nurin Jazlin dan gambar mayat budak yang tidak dikenali tu, dalam hatiku sebenarnya berdoa agar mayat tersebut bukan mayat adik Nurin Jazlin. Namun, pada hari ini, 21hb September 2007, telah sahlah bahawa mayat tersebut adalah mayat adik Nurin Jazlin. Sedihnya.. Bergenang jugak airmata aku bila tengok berita pukul 12 tadi dan juga rancangan WHI. Memang kejam silaknat yang buat kerja tu. Tak boleh dibayangkan betapa seksanya budak tu dikerjakannya. Memangla sipelaku tu ada masalah mental, sehinggakan macam tu punya teruk dia seksa budak tu. Apa lah salah budak tu pada dia?? Isk! Semoga sipenjenayah tu dapat ditangkap secepat mungkin dan menerima hukuman yang setimpal (hukum bunuh je!!) Eloknya, buat balik kat dia macam mana yang dia dah buat kat budak tu. But anyway, aku turut merasa sedih atas pemergian adik Nurin Jazlin dan aku mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.. Go to http://nurinjazlin.blogspot.com/ for more write-ups.

Wednesday, September 19, 2007

Apa Nak Jadi??

Belum habis lagi berita mengenai kehilangan adik Nurin Jazlin sejak 20 Ogos lalu, kita dikejutkan pulak dengan berita penemuan mayat seorang budak perempuan yang disumbat ke dalam sebuah beg sukan. Selepas dibedah siasat, mayat yang dijumpai di tangga sebuah rumah kedai tu didapati mati akibat kecederaan kerana dirodok dengan terung dan timun secara seksual.. Astaghfirullahal'azim.. Apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni? Manusia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan. Bagi aku yang ada anak perempuan ni, cukup risau dengan berita-berita macam ni. Itu baru dua kes. Banyak kes-kes lain lagi. Takut betul nak membesarkan anak perempuan dalam dunia yang kejam macam ni. Rasanya binatang pun tak macam tu punya kejam.. Kalau sekiranya binatang tu kejam sekalipun, takpelah, dia binatang, tak boleh berfikir. Ni, manusia yang Allah kurniakan otak untuk berfikir pun, tak nak guna otak tu. Ada satu kes yang aku baca, sorang hamba Allah ni hantar anak dia pergi mengaji. Masa tu baru habis cuti raya. Anak-anak orang lain belum balik dari cuti lagi. So, anak dia sorang je mengaji malam tu. Kebetulan si hamba Allah ni nak cepat, so dia tak cek dulu whether ada ke tak budak-budak lain masa tu. Kebetulan pulak, bini si guru mengaji ni pergi beraya ke rumah jiran-jiran. Masa tu lah anak dia dicabul. Kena cabul dengan guru mengaji? Ya Rabbi.. Apa la nak jadi ni?? Siapa yang harus kita percaya sekarang? Sealim-alim manusia pun kita tak leh nak percaya sekarang ni. Bukan tu aje, kes kena cabul dengan cikgu pun ada.. Jadi, tu la.. sambil mengingatkan diri aku jugak, janganlah tinggalkan anak kita dengan orang lain (walaupun orang yang kita percayai dan kenal, hatta saudara sendiri sekalipun) kecuali kita dah pastikan keadaan tu memang betul-betul selamat. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua. Amin..

Women's Right

Something for us to know....

I received an email from a lawyer friend of mine. We were discussing the law and women`s rights. She told me about this incident - a young girl was raped by a man posing as a plain clothes officer; he asked her to come to the police station when she and her male friend didn't have a driver`s license to show. He sent the boy off to get his license and asked the girl to accompany him to the police station. Took her instead to an isolated area where the horrendous crime was committed. Infact, the law clearly states that between 6pm and 6am , a woman has the right to REFUSE to go to the Police Station, even if an arrest warrant has been issued against her. It is a procedural issue that a woman can be arrested between 6pm and 6am , ONLY if she is arrested by a woman officer and taken to an ALL WOMEN police station. And if she is arrested by a male officer, it has to be proven that a woman officer was on duty at the time of arrest. It is good for us to know our rights. To what extent it comes of use remains to be seen in any situation. But as they say, knowledge is power. Just thought I`d share this with all of you. I did not know this and am sure a lot of us will not know this - please be informed..... And pass on this info to whom all u know.......

Monday, September 17, 2007

Happy Birthday My Dear..

Hari ni, 17hb September, 2007 genaplah umur Nurin 2 tahun. Happy Birthday my dear. Tapi sian Nurin, tahun ni tak leh nak celebrate birthday dia, coz bulan puasa. But anyway, semalam 16hb September, 2007 kitorang dah bawak dia ke Zoo Negara, after sekian lama aku tak menjejakkan kaki ke Zoo Negara tu. Actually tak plan pun nak ke sana. Tapi dah kebetulan berada di sekitar area tu, aku pun dengan pantasnya menyuarakan idea aku nak ke Zoo tu kepada hubby aku. At first, hubby aku tak nak coz memandangkan hari yang mendung dan bulan puasa lak tu. Tapi entah kenapa, dia berubah fikiran. So, kitorang pun jadi gak la melawat kawan-kawan lama kat Zoo tu.. hehe.. Mahal gak bayaran nak masuk Zoo now ni.. Lima Belas Hengget.. Masuk je kat dalam tu kitorang naik tram. Maklumla, kitorang tak bawak stroller for Akeef and aku just pakai sling je untuk dukung budak kecik tu. So, terpaksala kitorang naik tram tu. Seronok betul si Nurin dapat tengok haiwan-haiwan secara live. Biasanya dia dapat tengok dalam buku je. And dia pun memang dah kenal a few animals such as elephant, tiger, lion, monkey, bear, donkey, bird, fish and a few other animals. Bila tengok singa, diapun mengaum macam singa. Half way, kitorang pun turun, berjalan. Bila tengok Akeef cam panas je dalam sling, aku pun bukak la sling tu. Penat gak mendukung budak kecik ni. Maklumla, dah 6 kg lebih. Mau tak rebeh bahu aku dibuatnya. Sambil berjalan-jalan tu, sempatla kitorang berposing sikit-sikit.


Yang seronoknya pegi Zoo ni, bila tengok Nurin happy when dia tengok animals kat sana. Dulu memang pernah gak bawak Nurin ke Zoo Taiping, tapi masa tu dia belum pandai sangat lagi. At that time, dia belum pandai berjalan pun lagi. So, dia tak leh la nak explore sangat. Semalam, masa kat zoo tu dia dapat tengok animal show gak. Bukan main seronok dia dapat tengok Seal dan Sea Lion tu beraksi. Bila Seal tu tepuk tangan, dia pun ikut sama tepuk tangan. Tapi macam manapun, tak puas sangat berjalan masa hari tu coz, yang 1stnya, hari hujan and kitorang pun tak dapat la jalan kat dalam tu puas-puas and yang 2ndnya, time puasa. So, kena tahan je la dahaga tu, walaupun banyak kedai kat dalam tu. Maybe next time pergi lagi. Nak view more of our photos, click here.

Friday, September 14, 2007

Adusss!!!!!

Pagi tadi, selepas menyusukan Akeef, dengan bersemangatnya aku ke dapur untuk menyediakan makanan for bersahur. Masa tu pukul 4.15am. Memandangkan nasi malam tadi masih berbaki, aku just panaskan je. Udang masak lemak cili api pun masih ada. So, aku panaskan gak. Aku cuma menggoreng ikan masin dan masak air. Lepas semua settled, akupun hidangkan everything kat atas meja. Masa tu aku tengok jam baru pukul 4.30am. "Masih awal.." fikirku. Ingatkan, dalam pukul 4.45am barula aku nak kejutkan hubby aku. So, aku pun baring jap kat atas sofa. Tapi, nak dijadikan cerita, aku tertidur pulak. Sedar-sedar dah pukul 5:45am. Alamak!! Macam mana ni? Dengan kelam-kabutnya aku bangun. Tengok dalam bilik, hubby aku tengah tidur lagi. Alamak... camne ni.. Masa tu jugak aku memarahi diri sendiri sebab tidur kat sofa tu.. Adusss!!! Miss la sahur hari ni.. Sian hubby aku, tak bersahur hari nih.. Pas ni aku nekad tak nak baring-baring dah before sahur.. Hmmm.. hampeh!

Thursday, September 13, 2007

Sabar lah Duhai Hati...

Pagi tadi, selepas Nurin menyusu dan tidur balik, aku merenung wajah anak sulung ku itu. Masih terngiang-ngiang suara suamiku yang dengan lembut menegurku sebelum dia ke office pagi tadi. "Janganla marah-marah dia sangat". Ku usap rambut Nurin, kucium pipinya yang lembut. Memang terasa juga sesalan dalam hatiku kerana memarahi budak kecil yang tak tau apa-apa tu. Tapi entahlah.. bila berhadapan dengan kerenahnya, seringkali kemarahan mengatasi kesabaran. Dulu, sebelum ada Akeef, Nurin tak macam ni. Sejak ada Akeef ni, perangainya makin menjadi-jadi. Mungkin jugak dia cemburu sebab perhatian lebih banyak diberikan kepada adiknya. Dan mungkin pada dia, dengan cara merengek-rengek, menangis dan buat perangai yang bukan-bukan, boleh menarik perhatian aku padanya. Tapi bukannya dia ni tak cukup attention. Bila Akeef tidur je, aku mesti layan dia bermain-main. Dan setiap hari, balik dari kerja, hubby aku mesti melayan dia. Tapi tu lah, maybe dia jealous gak sikit-sikit kat adik dia. Kadang-kadang, yang buat aku hangin satu badan tu, bila dia menangis-nangis mintak susu. Bila aku dah kelam-kabut buat, tiba-tiba dia tak nak pulak. Habis tu, camne? Kadang-kadang pulak, benda-benda yang dilarang tu lah yang dia nak buat. Yang aku ni pulak, bila dah banyak kali cakap, still tak dengar, dan kesabaran ku dah hilang, aku pun mulalah melancarkan serangan. Bukan sekali dua aku memarahi Nurin. Dan bukan sekali dua juga tanganku naik ke badannya. Tapi selalunya, selepas memarahi dia, aku akan rasa menyesal dan menggosok-gosok balik tempat yang kena penangan ku tadi. Aku akan memeluk dan mencium Nurin dan bercakap lembut-lembut dengan dia. Lepas tu, seringkali juga aku berkata-kata sendiri, "dah tak nak marah-marah or pukul Nurin lagi. Dia budak kecik, bukan tau apa-apa". Bila merenung mukanya selepas setiap kali kena marah, aku akan jadi tambah menyesal sebab budak kecik ni tak pernah dan tak tau nak berdendam. Nurin akan bermain-main dengan aku macam tak ada apa-apa yang terjadi pada dia. Macam aku tak pernah menyakiti dia. Dengan lembut dia memanggil 'Mama' dan memeluk aku. Aku pun bila dah macam tu, mulalah melayan dia. Bermain-main dengan dia, membacakan buku untuk dia dan menyanyi dengan dia. At the same time, aku sebenarnya cuba menyedapkan dan memujuk hati yang tengah menyesal masa tu. Tapi after that, selalunya bila time marah, syaitan dah masuk dalam badan, semua tu jadi lupa. Dan Nurin pun kena lagi. Kesian anak aku tu. Hmm.. Nampaknya aku kena belajar banyak-banyakkan bersabar. Aku berharap bulan Ramadhan tahun ni adalah permulaan untuk mengasuh diri aku jadi penyabar. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini, dan jadikanlah aku orang yang penyabar dan tabah dalam mendidik anak-anakku, amanah dari Mu ini. Amin..

Tuesday, September 11, 2007

Dah Tumpul Rupa-rupanya..

Sebenarnya, dulu aku pernah gak bercita-cita nak menjadi penulis. Waktu sekolah menengah, aku rajin menulis cerpen. Kawan-kawan pun ramai yang menyokong, dan membaca cerpen-cerpen aku. Haha.. kelakar gak bila diingat-ingatkan. Bila boring-boring je kat hostel, mesti ada kawan-kawan yang tanya, "Ada cerpen baru tak?" Aku pun dengan bangganya menyerahkan buku cerpen tu kat diorang. Berpuluh-puluh gak la cerpen dalam tu. Tapi sayang, sekarang ni entah ke mana buku tu. Kalau tak, boleh gak buat 'Khazanah dari Malaya'..

Aku memang minat menulis. Tapi, sejak aku meninggalkan alam persekolahan, minat tu pun tiba-tiba terkubur macam tu aje. Bila aku ke ITM, aku tak pernah lagi cuba-cuba untuk menulis, sehinggalah sekarang. Kadang-kadang terfikir jugak dan pernah jugak sekali-dua mencuba untuk menulis semula. Tapi di ayat pertama pun, idea tu dah mati. Tak tau nak buat ayat macam mana. Dah tumpul rupa-rupanya. Hmm... mungkin kah kena asah balik bakat tu?..

Aduhai Mata...

Pagi ni sejuk betul. Kuat betul angin. Maybe nak hujan lagi. Around pukul 8 tadi, aku bagi susu kat Akeef. And then, bila Akeef dah tidur balik, aku bagi susu kat Nurin lak. Pastu, Nurin tidur balik. Bila tengok dua-dua sedap je tidur, sejuk-sejuk ni and ditambah pulak bilik yang ber'air-cond' mata aku pun layu je... Isk! Kalau ikutkan vitamin 'M' yang banyak ni, boleh tertidur gak ni. Tak boleh jadi, tak boleh jadi. Kalau tidur nanti, satu apa benda pun tak jadi. Kerja-kerja semua terbengkalai. Bangun! Bangun! Yes!! Alhamdulillah.. berjaya jugak aku bangun dari katil yang empuk nih..Aduhai Mata.. tak cukup-cukup lagi ke tidur malam tadi.. isk!

Monday, September 10, 2007

Manjakan Anak?

Hmm.. Aku baru je selesai mengemaskan playpen si Nurin. Tapi sekejap je, dah berselerak balik. Pagi aku kemas, tak sampai tengahari, dah tunggang-langgang balik. Dah lah permainannya penuh satu playpen tu. Itupun tak masuk lagi yang satu container lagi kat tepi dinding tu. Aduh! Banyak sungguh. Tapi salah sapa? Mama dan ayahnya jugak la punya pasal. Pantang tengok permainan yang cute-cute sikit, mesti nak beli. Maklumlah, masa tu anak baru sorang, anak sulung pulak tu. Nampak je apa-apa yang best-best sikit, mesti beli. Now ni pulak, pantangla anak tu minat apa-apa sikit kat TV. Dia minat Barney, beli Barney. Dia minat Spongebob, beli Spongebob. Yang dia tak minat, tapi mama and ayahnya minat pun, beli gak. Kalau teddy bear tu, jangan cakaplah.. Berlambak-lambak. Tak cukup yang kat dalam playpen, kat dalam stor pun ada lagi. Aku rasa kalau Nurin menyorok kat dalam timbunan teddy bear tu pun, aku tak nampak. Aku pun tak tau la aktiviti membeli permainan banyak-banyak ni nak dikategorikan dalam apa. Manjakan anak ke or memenuhi keperluan. Kadang-kadang, benda tu, tak perlu pun. Tapi disebabkan seronok tengok anak tu happy, beli je la. Or is it because dulu masa kecik-kecik tak pernah dapat benda-benda macam tu, jadi kita tak nak anak-anak kita miss all that so, kita pun beli la. Macam kata abang aku, bila kakak aku komplen, banyak sangat mainan anak-anak dia. Dia pun jawap, "dulu masa kecik-kecik tak dapat benda-benda macam ni. Jadi beli la untuk anak-anak lak".. Tapi ye la.. bila cakap pasal zaman aku kecik-kecik, memang berbeza. Barang mainan pun takla sebanyak mana. Masa tu, bukan senang nak dapat barang-barang permainan. Kalau ada 1 tu pun, dah cukup bagus. Ye la, lagipun masa tu, keluarga aku bukannya orang senang. Tambah pulak, abah aku dah meninggal sejak aku umur 2 1/2 tahun. Jadi, mak aku sorang je la yang membesarkan aku, dengan pendapatannya bekerja di lombong bijih masa tu. Manalah mampu belikan barang mainan banyak-banyak dan mahal-mahal. Dapat sekolahkan aku, memenuhi keperluan makan pakai aku dan bagi pelajaran kat aku pun, dah bersyukur sangat-sangat. Satu-satunya barang permainan kepunyaanku yang aku masih ingat ialah set periuk mainan. Dulu, kalau nakkan sesuatu, bukan boleh dapat kejap-kejap tu jugak. Selain daripada tu, kalau nak main congkak, arwah uci (nenek) aku akan korekkan lubang kat tanah, sama ada kat bawah pokok rambutan atau kat bawah rumah, dan buahnya daripada biji getah. Tu pun dah cukup happy. Selesai je main, tu dia.. kuku pun hitam. Tapi masa tu, tak kisah. Janji dapat main. Lagi satu, balik je mengaji, mesti main ngan kawan-kawan kat padang sekolah kat depan rumah aku. Macam-macam permainan, sampaikan bolasepak pun aku main. Haha.. Tu lah dia, zaman kanak-kanak ku. Berbeza sungguh dengan anak-anak zaman sekarang. Diorang ni, apa nak, semua dapat.. Tapi actually, pokok pangkalnya, mak bapak.. Budak besar tu, mana la pandai nak mintak apa-apa lagi.. Mak bapaknya yang lebih.. hehe.. Well, manjakan anak ke tu?? Entahla..

Friday, September 7, 2007

Aku Anak Rawa

**Sumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat. Yang menjadi masalah dua putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah seorang puteri yang di panggil PUTI. Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan menjadi raja, iaitu anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti juga perempuan. Lantas, rakyat bukit siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja, puti membantah namun tak diendahkan.

"Kalau kamu berkehendak juga, ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR, TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari tingkap dan cacakkan tombak ditanah."

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung tanah melayu.**

Itulah cerita Sumpahan Raja Rawa yang aku dapat mengenai asal-usul keturunan Rawa yang berpantang tanah di Malaysia ni. Maybe ramai yang tahu tentang beberapa suku kaum di Malaysia ni, seperti Jawa, Banjar, Mandailing dan sebagainya. Namun, tak ramai yang tau tentang kewujudan Kaum Rawa. Kaum ni merupakan kaum minoriti, dan kebanyakannya terdapat di Gopeng, Perak dan segelintirnya di Tanjung Malim dan juga Tapah. Ada juga terdapat di beberapa tempat lain, tapi bilangannya tak la banyak. Walaubagaimanapun, aku bukanlah nak bercakap mengenai Kaum Rawa ni in detail, coz aku ni bukanla 'Pejuang Kaum Rawa' atau, 'Perempuan Rawa Terakhir', jauh sekali pakar tentang kaum Rawa ni. Namun sebagai salah seorang anak keturunan Rawa, aku tetap rasa bertanggungjawab gak nak memperkenalkan sedikit tentang kaum aku ini, walaupun banyak gak site yang kita boleh surf untuk cari pasal 'Rawa' ni. Kalau orang boleh kenal Jawa, kenapa tak boleh kenal Rawa, dan kalau Mawi bangga dengan 'Jaworld'nya, kenapa aku tak boleh berbangga dengan 'Raworld' ku, kan?

Rawa ni, seperti juga kaum-kaum lain, ada keunikannya yang tersendiri. Dari makanannya, sehingga ke dialeknya juga berbeza. Sejenis kuih Rawa yang dipanggil 'Kelamai' hanya orang Rawa je yang tau buat. Kalau orang cakap 'kelamai' je, mesti tau yang tu kuih orang Rawa. Dan kalau cakap je 'Rawa', orang akan tau pasal kelamai. Pendek kata, 'kelamai' dan 'Rawa' tu dah jadi sinonim. Nak buat kelamai ni bukan mudah. Banyak sungguh prosesnya dan tak semua orang Rawa pulak yang tau camne nak buat kelamai ni (termasukla aku..haha). Walaubagaimanapun, disebabkan semangat yang berkobar-kobar nak memperkenalkan kelamai ni kepada umum (chewah!!) pagi-pagi buta lagi aku pun telefon mak aku, tanya dia camne nak buat kelamai. Terkejut mak aku, bila tanya pasal kelamai. "Aku dah tak larat nak buat dah.." kata makku, lalu aku pun bagitau kat dia yang aku bukan nak suruh dia buat, tapi aku just nak tau je. Memang dulu, masa aku kecik-kecik, kalau raya je mak aku mesti buat kelamai, without fail. Masa tu dia akan dibantu oleh Allahyarham Pak Teh aku. Memang aku ingat sikit-sikit proses nak membuatnya, tapi to confirm in detail, tu yang aku tanya mak aku tu. Dia pun terangkan satu-satu. Firstly, kena cari buluh kelamai. Dulu, masa kecik-kecik, aku selalu ikut mak aku masuk hutan, cari buluh ni. Buluh kelamai ni, bukan buluh biasa cam buluh lemang. Buluh kelamai ni tebal, dan kena cari buluh yang muda sikit. Bahan-bahannya pulak:

  1. Beras Pulut - 1 gantang (mak aku bagi sukatan dalam gantang, so aku pun ikut la)
  2. Gula Merah - 3 kati
  3. Gula Putih - 3 kati
  4. Kerisik daripada 2 biji kelapa
  5. Tahi minyak daripada 3 biji kelapa

Beras pulut tu dikisar jadi tepung, tapi tak lehla terlalu halus cam tepung tu.. and then gula merah dan gula putih tu dimasak, jadi air gula. And then, digaulkan bersama tepung tadi. After that, adunan tu disimpan. On the 2nd day, masukkan kerisik dan tahi minyak (make sure kerisik and tahi minyak tu dah sejuk). And then simpan balik. Sementara adunan tu disimpan, boleh la mengerjakan buluh tu pulak. Buluh tu, dipotong (lebih kurang cam panjang lemang) and kena buang lak ruas-ruas kat dalamnya tu. After that, kena kupas kulitnya sehingga bila kita pegang dan tgk kat matahari, boleh nampak bayang-bayang tangan kita kat buluh tu. Selagi tak nampak bayang-bayang tangan tu, kena la kupas lagi. Coz, kalau still tebal, mentah pulak la kelamai tu. After that, basuh la buluh tu. And then on the 4th day, barulah boleh dimasukkan adunan tadi tu ke dalam buluh. Pastu, bakar la cam bakar lemang. Tapi nak bakar kelamai ni, ambil masa lebih kurang 8 hours. Pendek kata, sementara nak tunggu kelamai ni masak, kita yang masak dulu.. hehe.. Nak test sama ada kelamai ni masak ke tak, kena guna buluh yang dah di raut jadi cam lidi (tapi besar sikit dari lidi). Pastu, cucuk ke dalam kelamai tu and kalau adunan tadi dah tak melekat kat buluh tu, that means kelamai tu dah masak. Boleh la di angkat. Dah la memasaknya bukan main susah, nak makan pun satu hal lagi. Nak memotong or membelah kelamai ni, bukan boleh sebarang potong or belah. Bukan boleh belah je, cam belah lemang. Ada caranya pulak, iaitu macam mengupas tebu. Bila dah belah tu, potongla macam potong lemang tu. Fuh!! Barulah boleh dimakan. Kalau nak lagi sedap, boleh la makan dengan kelapa.

Bahasa atau dialek Rawa pulak, kalau orang tak biasa dengar, memang pening kepala.. Haha.. Tapi macam mana pun, aku tetap bangga. Contohnya, panggilan nenek bagi orang Rawa ialah 'Uci'. Kalau atuk lak, jadi 'Nenek', tapi sebutannya 'Ninek'. Pakcik atau yang berpangkat ayah saudara lak, dipanggil 'Mamak' dan Makcik, yang berpangkat mak saudara, dipanggil 'Uwo'. Hmm.. kalau nak belajar dialek Rawa ni, banyak gak. Rasanya tujuh hari tujuh malam pun tak khatam lagi. Tapi takpe, korang boleh belajar dialek Rawa ni kat http://rawaku.blogspot.com

Aku ni bukanlah pakar dialek Rawa, tapi demi untuk memperkenalkan dialek Rawa ni kepada umum, aku rasa, dalam blog tu ada la aku bagitau sikit-sikit setakat yang aku tau. Bukan apa, aku rasa ramai generasi baru Rawa sekarang ni (especially yang mak or ayah bukan dari kaum Rawa) yang tak berapa tau cakap Rawa. Maybe diorang faham, tapi nak cakap tu, payah sikit. Contoh yang terdekat dengan aku, anak-anak buah aku sendiri. And aku rasa, anak-anak aku sendiri pun nanti, mesti tak tau nak bercakap dialek Rawa ni.

Tapi apa-apa pun, Rawa ke, Jawa ke, Banjar ke or apa-apa aja lah, kita tetap rakyat Malaysia, dan jangan sekali-kali lupakan asal-usul kita. Jika merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.

Thursday, September 6, 2007

Maid.. Yes Or No?

Fuhh!! Lega bila pagi ni dah habis lipat 1 bakul kain. Dah beberapa hari kain-kain tu semua tak berlipat. 'M' tu pun, ya jugak. Tapi yang sebetul-betulnya sejak 2-3 hari ni si Akeef buat perangai pulak. Selalunya selepas aja menyusu, aku akan tinggalkan dia dalam cribnya dan dia akan tidur sendiri, kekenyangan. Tapi dalam 2-3 hari ni, bila aku tinggalkan je dia sorang-sorang, dia mula menangis. Kalau setakat nangis sikit-sikit, takpe gak. Ni, nangis sekuat-kuat hati. Hmmm... sabar je la. Bila aku letak dia kat atas rocker kat depan TV, dan aku duduk dekat dia, diam la sekejap. Tapi bila aku bangun je nak buat kerja, dia nangis balik. So, terpaksala aku duduk je mengadap dia, dan kerja-kerja aku pun jadi projek terbengkalai. Bila fikirkan pasal house chores ni, mula la terfikir, bagusnya kalau ada maid. Tapi betul ke bagus kalau ada maid ni? Ya, memangla rumah kita, ada orang yang kemaskan, anak-anak ada orang jaga. Tapi risikonya? Nak cari maid yang bagus bukannya senang. Macam-macam perangai. Dan macam-macam jugak cerita. Anak kena deralah, anak kena culiklah, barang-barang kena curi dan 1001 cerita lagi pasal maid ni. Memanglah bukan semua maid macam tu. Ada jugak yang baik dan boleh diharap. Kalau bernasib baik, dapatla yang baik. Tapi nak cari 1 orang yang baik tu, 1 dalam 1000 pun susah. Macam abang aku, dah berapa kali tukar maid pun, aku tak tau. Maid-maid dia pun, macam-macam perangai gak. Dulu, ada la sorang dua yang baik, tapi dah kawin and mengandung pulak. Macam mana pulak nak jaga anak orang, kalau dia sendiri mengandung?? Yang latest ni pulak, pandai keluar jalan-jalan pergi KL (abang aku dok USJ) bila time abang aku and familynya tak de. Ada at one time, my bro and family balik kg tak bawak dia, coz my sis-in-law nak suruh dia basuh kain. Tiba-tiba masa kat kampung, my bro dapat call dari polis, maid dia dah kena tahan kat balai coz tak bawak permit. Memangla permit dia takde kat dia coz abang aku pegang. Tu la, degil. Abang aku dah cakap, jangan keluar coz permit dia kat abang aku. Tapi dia keluar gak. Ha! dah kena tahan polis. Padan muka. Nasib baik tak kena duduk dalam lokap. Hmm... macam-macam hal.

Husband aku cerita pulak, maid cousin dia pun ada perangai jugak. Sanggup tak makan, sebab malas nak masak. Coz, kalau dia masak, dia takut nanti disuruh memasak pulak. Ada ka cam tu?? Sesetengah maid tu, memang nak kena monitor je sentiasa. Camne nak monitor kalau dua-dua husband and wife bekerja? Hmm... susahnya kalau fikirkan risiko-risiko nak ada maid ni. Tapi, dalam dunia sekarang ni, yang dah semakin 'mata duitan' husband and wife kena kerja untuk tampung perbelanjaan hari-hari. Anak-anak sapa nak jaga? Kalau nak hantar ke rumah orang, sorang dah 2-3 ratus. Kalau dua-tiga orang, dah berapa pulak?? Dah penat-penat balik dari kerja pulak, nak kena buat kerja rumah lagi. At least, kalau ada maid, bayar 400 pun, tak kisah coz balik dari kerja, ada pembantu yang boleh tolong kita buat kerja rumah. Aku ni, Alhamdulillah la, husband aku cukup understanding. And for the time being, dialah pembantu aku yang setia. Setiap hari, bila dia balik dari kerja, walaupun penat, dia tetap akan tolong jaga anak-anak bila tengok aku sibuk kat dapur. Weekend pun macam tu. Bila malam pulak, dia yang akan tolong buatkan susu anak. To those yang ada mak or mak mertua yang tinggal dekat-dekat, tolong jagakan anak-anak, untungla. Tapi kalau mak bapak dok kat kampung, or jauh, camne?? Cam my 2nd cousin. Dia dok kat Rawang, and kerja kat KL. Mak dia pulak, dok kat S. Alam. Dia terpaksa sacrifice, hantar anak-anak dia kat her mother, once a week baru jumpa. Ish! Kalau fikir-fikirkan, tak sanggup aku. Hmmm.. macam mana ya? Maid, oh! Maid.. Nak ambil maid ke, tak nak? Yes or no? Yes or no? Pening, pening.. Ahh!! Nanti la fikir..

Tuesday, September 4, 2007

'Pantang Tanah' dan Adat 'Berjojak' Melayu RAWA

Pada hari Khamis, 19 Julai 2007, balik daripada ofis, suamiku membawa bersamanya senaskhah surat khabar. Katanya ada one article kat dalam paper tu yang dia nak aku baca. So, akupun belek-belek la paper tu. Rupa-rupanya mengenai 'Adat Berjojak Melayu Rawa'. Aku terus tersenyum dan membacanya. Tapi bila dah habis baca, agak hampa gak coz apa yang ditulis oleh penulis tu, bukanlah specifically mengenai adat 'berjojak' tu. Dia sebenarnya just nak bercerita mengenai 'homestay' kat Gopeng yang dia pergi and secara tak langsung bercerita sikit mengenai adat 'berjojak' tu. So, cerita mengenai adat tu, tak la diceritakan dengan detail. View the article kat http://www.hmetro.com.my/ (variasi - santai).

Jadi, bila teringat pasal article yang pendek tu, aku pun rasa teruja pulak nak menulis mengenai 'adat berjojak' ni, coz tak semua orang tau mengenai keujudan adat yang unik ni.

Actually, 'Adat berjojak' ataupun dalam bahasa standardnya 'berjejak' atau 'turun tanah' ini ialah adat turun-temurun orang-orang RAWA yang berasal dari Sumatera Barat. Adat 'berjojak' ini diamalkan oleh orang-orang RAWA yang 'pantang tanah' dipercayai daripada keturunan raja-raja di Sumatera tersebut (termasuk la aku!! Keturunan raja tau!! hehe).

Anyway, aku takla mengamalkan betul-betul adat ni, coz rasanya daulat raja tu dah takde kot. Maklumla, kitorang ni keturunan yang dah entah ke berapa ribu kot.. Lagipun, ini just adat. Kalau buatpun, just untuk menyedapkan dan menjaga hati emak aku, supaya dia tak rasa terkilan. So, kitorang just buat yang basic je.

Dari apa yang diceritakan pada aku oleh emak, orang-orang tua RAWA dulu, akan memastikan sekiranya anak-anak perempuan mereka mahu melahirkan anak, perutnya mestilah diikat dengan kain kuning dan bayi yang lahir itu juga mesti disambut dengan kain kuning (tapi aku tak buat cam tu pun.. hehe). Sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, bayi tersebut akan mula 'berpantang tanah', yang bermaksud tak boleh terkena tanah langsung. Bayi tersebut juga dilarang daripada terkena bunga-bunga wangi, memakai perhiasan yang dibuat daripada emas, dan naik buaian (sekiranya nak naik buaian juga, mestilah menggunakan kain hitam dan dijampi oleh bidan or orang yang expert dalam adat ni). Sebelum urinya ditanam ia mestilah dibalut dengan kain kuning, bersama-sama dengan bahan-bahan lain, seperti bertih and a few other things (aku tak ingat apa benda-benda yang lainnya). Kemudian, bidan or expert (tak tau nak sebut apa, coz expertise ni bukan pengamal perubatan or bomoh. Dalam kes aku ni, the 'adat' expert is my uncle) tu akan menjampi ibu kunyit hidup untuk bayi tersebut. Kegunaan kunyit ni adalah untuk disapukan kepada sendi-sendi bayi tersebut sekiranya dia terkena tanah atau barang larangan tadi (anak-anak aku ada gak kunyit ni, tapi tak pernah guna pun... orang kata, buat cukup syarat je...hehe). Orang-orang tua RAWA dulu percaya bahawa sekiranya bayi tersebut menangis tak henti-henti, tapi bukan disebabkan sakit atau sebagainya, bermakna bayi tu mungkin terkena tanah atau terlanggar pantang. Jadi kunyit tu akan disapukan kepada bayi tersebut. Mereka juga percaya, kalau pantang tanah ini dilanggar dan adat 'berjojak' tu tak disempurnakan, akan terjadi sesuatu yang tak elok kepada budak tersebut. Aku tak nak la percaya benda ni, coz kalau percaya, dah jatuh syirik namanya. Aku laksanakan adat ni pun, as I said earlier, just nak penuhi kehendak mak aku supaya dia tak kecil hati.

Pantang tanah ni akan berterusan sampai bayi tersebut boleh berjalan dan dah pandai melangkah bendul pintu, maka bolehlah dibuat upacara 'berjojak' ni. Walaubagaimanapun, mengikut kata pak cik aku tu, tak perlu menunggu sampai boleh berjalan, sebaliknya bila bayi tersebut berumur 10 bulan pun, dah boleh dibuat upacara ni, dengan beberapa syarat yang ditentukannya. Namun, syarat-syarat tu bukanlah syarat-syarat yang berat.

Pada malam sebelum upacara 'berjojak' tu, budak kecil tersebut akan dipakaikan dengan inai di tapak tangan dan kakinya (jenuhlah aku membalut tangan dan kaki anak aku malam tu, takut terkena inai kat cadar). Pada hari 'berjojak' tu pulak, dia akan dipakaikan dengan pakaian berwarna kuning. Kalau perempuan, baju kurung atau gaun kuning dan kalau lelaki, baju melayu kuning, siap dengan sampin dan tengkolok, yang juga berwarna kuning, ala-ala raja, gitu.. Alat-alat yang diperlukan untuk acara ni pula ialah 7 jenis bunga (yang ditabur dan budak tu akan berjalan atas bunga-bunga tersebut), bertih, beras putih dan kuning (beras yang digaul dgn kunyit serbuk), 3 ketul bedak sejuk yang di warnakan 3 warna iaitu putih, kuning dan hitam, tanah liat yang juga diwarnakan 3 warna, tiga batang lilin, sebentuk cincin emas, sebilah keris kecil, sebiji limau dan seketul kunyit (macam dalam gambar kat bawah ni). Kalau tempat upacara tersebut dijalankan tak ada kawasan bertanah, selonggok tanah akan disediakan ditepi tempat 'berjojak' tersebut. Sekaki payung kuning dan sebiji gong kecil pun akan disediakan dan gong tu akan diketuk masa upacara ni berjalan. Kadang-kadang, mercunpun digunakan juga. In my case, semua bahan ni, pak cik aku yang sediakan. Aku just bawak anak aku je.

Sebelum dipimpin untuk berjalan di atas bunga-bunga tu, pak cik aku membaca jampi (tak taula jampi apa) dengan memegang tangan dan kaki anak aku. Masa ni, anak aku dah menangis-nangis dah. And menurut kata pak cik aku tu, kebanyakan budak akan menangis masa upacara tu (kecuali sorang! Anak saudara aku @ Along. Masa tu dia boleh tido!) And then tangan dan kakinya disapukan dengan tanah liat tadi. Aku tak ingat berapa kali kena berjalan atas bunga tu dan berapa kali di sapukan dengan tanah liat dan cincin emas tadi, tapi after that, kakinya dicecahkan ke atas longgokan tanah yang kat tepi tu. And then, lepas selesai, anak aku dipayungkan dengan payung kuning tadi, ke tempat mandi yang disediakan. Kalau tak silap aku, ada limau nipis dalam air tu. After that, selesailah upacara tu. Sesetengah expert akan suruh berpantang, i.e takleh berjalan bawah rumah dan bawah penyidai. Tapi in my case, tak payah pantang coz pakcik aku kata tak de pantang apa-apa. Dia cuma membekalkan sebiji limau nipis.

After three days, barulah aku boleh melepaskan anak aku di atas kawasan yang bertanah (atas padang pun tak apa, asalkan ada tanah sikit-sikit) dengan berkaki ayam (sekejap je). And then, after that di mandikan dengan air limau nipis yang dah dibekalkan before balik tadi. So, selesailah semuanya. For more photos on adat 'berjojak' ni, tengok la gambar-gambar anak aku kat sini.

Duhai Anak...

Last few days, baby boyku, Mohamed Akeef Nasyran yang dah berumur 3 bulan, dah mula pandai mengiring. Semalam, sebelum tidur, dia mengamuk-ngamuk bila dia mengiring and he got stuck. Meniarap tak leh, telentang balik pun tak boleh coz bantal yang aku letak di kepalanya dah berada di belakang badannya. Jadi, bantal tu dah menghalang dia untuk telentang balik. Aku tersenyum je tengok dia, before aku alihkan bantal tu.

And kakaknya, Nurin Azmiena Hasya pulak, yang baru nak masuk 2 tahun, dan yang dah start belajar bercakap since umurnya 10 months, sejak beberapa bulan lepas dah mula pandai menyanyi beberapa buah lagu kanak-kanak. Burung Kakak Tua, Are You Sleeping, Twinkle-twinkle Little Star dan beberapa buah lagu lagi dengan pelat dan gayanya yang tersendiri. And now, since kitorang selalu bawak dia bermain di 'Kiddies Rides' kat luar Giant Subang Jaya, dia dah pandai menyanyi 'Ole-ole Bandung' coz setiap kali dia naik benda alah tu, mesti ada lagu tu. Dia ni pun selalu tengok rancangan 'Barney & Friends' di TV. So setiap kali Barney tu menyanyi lagu 'I Love You', dia akan ikut menyanyi, sampai dia dah hafal lagu tu, and again, dengan pelat dan caranya yang tersendiri. Cute je bila dia sebut "Yu Na Mi.." (yang sebenarnya 'you love me').

And one day, baru-baru ni, aku tergelak besar bila tiba-tiba dia menyanyi satu lagu yang quite familiar di pendengaranku. Lagu dangdut Inul!! Dengan penuh confident dan tak ada pelat, dia nyanyi "Bapak-bapak, ibu-ibu".. Aduh!! Pening kepalaku.. Anak sapa la ni??? Dalam banyak-banyak lagu, lagu dangdut tu yang dia nyanyi.. Hehe... Nurin ni pun dah pandai mengira satu sampai sepuluh, dan juga one to ten.. Bila dia nak mintak something, eg. biskut, dia akan cakap "mama, Nuin (tak pandai nak sebut 'Nurin') nak 'kut satu... dua tiga, empat"... dan dia akan kira sampai sepuluh.. Nurin... Nurin..

Well, sebenarnya seronok bila dapat tengok anak-anak membesar depan mata. Dapat tengok sendiri perkembangan dan pembesaran diorang, walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari. Kita dapat tengok their development, dari their first words, first steps and everything. Now ni, Akeef pulak dah pandai mengiring, tak lama lagi meniarap, merangkak, berjalan (time for a new baby?? haha), berlari dan sebagainya.. Sedar-sedar je dah besar... Aduhai anak-anakku... Mampukah aku mendidik mereka dengan sempurna? Ya Allah, tabah dan cekalkanlah hatiku dalam membimbing anak-anakku dan kurniakanlah mereka kesihatan, kecerdikan dan jadikanlah mereka orang-orang yang beramal soleh dan berilmu. Jadikanlah mereka anak-anak yang berbudi bahasa, petah berkata-kata serta merdu suaranya untuk membaca al-quran dan hadith, dengan berkat penghulu kami, nabi Muhammad s.a.w. Amin...

Monday, September 3, 2007

Aku dan Novel..

Now ni aku sedang nak menghabiskan membaca novel "Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai" tulisan Nor Erny Othman. Sikit je lagi nak habis. Best sangat novel ni. Bila anak-anak dah tidur je, aku mesti sambung baca buku ni. Even kadang-kadang bila rasa tak leh tidur je, aku mesti ambik buku ni, baca. Watak utama dalam cerita ni bernama Qasima. Dah dua kali air mata aku bergenang masa baca novel ni. So, sesapa yang minat baca novel, aku rekomen kat korang buku ni.

Actually, novel ni anak buah aku si Mimi Norhasnida @ Along yang rekomen. . Sebenarnya dulu, aku betul-betul tak minat baca novel melayu. Pernah try gak baca satu dua novel melayu, bila tengok Along baca. Tapi ceritanya membosankan. Baru baca 1st page dah rasa boring and ngantuk. So, terus la stop. But then, bila kesemua novels dari my favourite author dah habis aku baca, aku pun try gak la beli 1 novel melayu "Bukan Puteri Lindungan Bulan" tulisan Liana Afiera Malik. Bila baca novel tu, memang best and rasa tak nak letak. Walaupun ambil masa a few days gak nak habiskan novel tu sebab tebal, tapi towards the end, aku puas hati baca novel tu. From then on, aku mula beli novel-novel Melayu. Tapi for the time being aku lebih berminat dengan novel-novel dari Creative Enterprise or Novel Creative (tapi novel yang aku tengah baca ni bukan novel creative). Now ni aku ada dah ada a few novel melayu in my collection. Klik kat sini for my Malay Novels collection. And now, actually ada a few novels lagi yang aku belum baca. Belum sempat lagi. Nak menghabiskan satu novel ni pun, payah. Maklumlah, boleh baca bila time anak-anak dah tidur je. And then bila start baca je, mula la terfikir pulak kerja-kerja yang belum setel lagi.. Tu yang selalu tergendala nak membaca tu..

Jejak Kasihan

Berdiri Dari Kiri: Kak Rozi, Kak Addy, Kak Fina, Kak Sue, Kak Bani, Kak... (x igt gak), Kak Intan, Kak Kamsina, Kak Norisah.
Tengah Dari Kiri: Aku, Wan, Vasan, Kak Dila
Duduk Dari Kiri: Linda, Hazira, Mazlina, Zubaidah, Nishah

Ni gambar masa Form 3. Ada antara kawan-kawan kat sini yang aku dah lost contact and nak cari sangat-sangat, tapi tak tau camne nak cari. Yang lain-lain tu, aku tau la gak khabar berita diorang daripada email di seratas_alumni@yahoogroups.com and seratas@yahoogroups.com . Yang aku nak cari sangat-sangat ialah Vasan atau nama penuhnya, Vasanthi a/p Krishna, Zubaidah, dan Nishah. Ke mana la diorang ni menghilang. Selepas je SPM, terus senyap sunyi tanpa khabar berita. A friend in need is a friend in deed. Sebab tu la aku nak cari sangat diorang ni, coz banyak kenangan aku bersama diorang ni, coz aku close gak ngan diorang masa kat SERATAS dulu. Linda pun aku nak cari gak. Last sekali aku contact dia, selepas dia kawin (aku pegi ke kenduri kawin dia) and masa tu dia keje kat Maybank Taiping. Tapi now dah lost contact gak, coz bila last few years aku try call dia kat Maybank Taiping, dia dah tak keje kat situ. Rumah dia kat Taiping pun aku dah tak ingat katne. Aku berharap sangat dapat jumpa diorang ni balik. Mesti banyak cerita yang kitorang boleh share.


Yang berdiri no. 2 dari kanan tu, namanya Zahira. Aku panggil dia Za je. Minah ni pun salah seorang yang aku nak cari gak. Dia ni memang close dengan aku, coz kitorang ni leh dikatakan satu kepala. Walaupun dia keluar dari Seratas lepas Form 3, tapi aku tetap contact and jumpa dia, bila time cuti sekolah. Last sekali aku contact dia masa dah keje kat KL. Masa tu dia keje kat FRU. Lepas dia kawin (dia kawin pun tak jemput aku..) rasanya dia dah tak keje di FRU tu coz a few times aku try contact dia, tak de. Tak taula mana minah ni pegi. ada banyak lagi gambar kawan-kawan aku kat Seratas. Click here for more photos.

Aku dan Blog..

Actually, disebabkan keboringan yang melanda, aku surf a few blogs. Bila tengok orang lain ada blog, tiba-tiba terasa cam nak buat blog sendiri gak. So, aku pun bertanya pada husband aku, camne nak buat blog ni. Then, husband aku pun bukakkan blogger.com ni. Actually, tak tau apa tujuan blog aku ni. Tu la, as i said, orang lain buat blog, aku pun nak gak.. haha.. Maybe at the meantime, just nak isi masa senggang, time anak-anak tidur. Seronok gak bila start buat blog ni. Bila berjaya buat something yang kita rasa before this kita tak boleh buat. So, actually, seseorang tu tak perlula betul2 expert in IT untuk buat blog ni. Cukup dengan a very basic knowledge in IT (coz kalau takde basic knowledge langsung, payah gak.. nak kena belajar dulu pulak..) and a computer. Sebenarnya aku banyak belajar daripada blogger-blogger lain. Bila aku tengok apa-apa yang ada kat blog-blog lain, aku pun nak try buat camtu. Hmmm... puas hati bila dapat buat. Semuanya trial and error. Dan... hasilnya.. Taadaaa! Seperti yang korang tengok sekarang ni.. Ni la dia hasil kerjaku yang tak seberapa, dengan sokongan suamiku yang tercentaaa..