Friday, February 29, 2008

The last day of February

Well, hari ni 29hb Februari, 2008.. that means today is the last day of February. Dan sedar tak sedar sebenarnya 4 tahun sekali je kita berada pada 29hb Feb ni. Kesian pada sesiapa yang lahir pada 29hb Feb ni, kan? 4 tahun sekali je sambut birthday.. Tapi, umur tetap naik tetiap tahun.. Ok lah... Goodbye February, welcome March..

Thursday, February 28, 2008

OMG!!

Had dinner with hubby kat rumah, as usual. And as usual gak, Nurin tak nak makan sgt. So, aku pun suruh dia pergi main dengan Akeef kat dalam playpen, sambil tengok tv. Tengah-tengah makan tu, aku tengok Nurin gurau-gurau dengan adik dia. After that Akeef baring sambil mengadap TV. Nurin geletek-geletek Akeef, tapi Akeef tak respon and tak bergerak-gerak langsung. Matanya terus mengadap TV. Entah apala yang menarik sangat, aku pun tak tau la. And then tiba-tiba Nurin jerit.. "Mama! Akeef ati.. Mama! Akeef ati.. (Mama! Akeef mati!) - Astaghfirullahal'azim... bertuah punya anak!! Aku tergelak besar bila dengar Nurin cakap macam tu and after that aku and hubby heran gak bila word tu keluar dari mulut dia. Mana la dia belajar perkataan 'mati' tu, sedangkan aku and Hubby tak pernah ajar and gurau-gurau dengan dia guna word 'mati' tu. Aku pun jenguk Akeef and bila nampak aku, Akeef sengeh-sengeh. Aku pun sambung makan balik and sembang-sembang dengan hubby, maybe kadang-kadang masa tgk TV, ada terkeluar gak word tu dari mulut kami... Hmmm.. memang budak-budak cepat absorb apa2 yg dia tengok and dengar.. So, a reminder to myself, be carefull!! Hehe..

Wednesday, February 27, 2008

Aduhai Nurinku Sayang...

Hari ni aku rasa kepenatan sikit. Banyak gak kerja yang nak dibuat. Melipat kain-baju yang entah dah berapa hari tak berlipat, membasuh, menggosok and a few other things lagi. So, bila dah kepenatan macam tu, aku pun berehat sekejap kat sofa. Pinggang terasa sakit, and kepala lak rasa berdenyut-denyut. Hmm... Memang this lately selalu gak aku sakit kepala. Maybe sebab tak cukup tidur kot. Bila dah sakit kepala macam tu, bila anak-anak buat hal sikit, mula la hangin satu badan. Bila Akeef start menangis-nangis, kena buli dengan kakak dia pun, aku dah mula rasa rimas. Mula la aku jerit kat Nurin.. "Nurin! Jangan kacau Akeef!!" Hmmm.. Macam tu la selalunya bila Nurin start membuli adik dia. Dalam rehat-rehat tu, sambil pegang-pegang kepala aku yang berdenyut2 ni, tiba-tiba Nurin menarik-narik pulak kerusi plastik dia. Bising! So, aku pun tanya la kat anak dara aku sorang tu.. "Nurin nak buat apa tarik-tarik kerusi tu?" Dengan innocent nya dia jawab.. "Kak Nurin nak amik minyak cap kapak mama.. Mama sakit kepala..Sian, mama.." Aduh!! Aku yang pada mulanya nak marah coz dia buat bising, terus tak jadi marah. Rupa-rupanya dia nak ambik minyak kat atas bookshelf, nak bagi kat aku.. Bagus nya.. So, aku pun sambil tersenyum, mengangguk je la bagi permission kat dia.

Tuesday, February 26, 2008

Famous Amos Cookies Recipe, anyone??

This morning, dapat this recipe in my email. Tak tau la boleh menjadi ke idak.. Aku pun belum try. Tapi kalau betul-betul menjadi, tak payah la ke Famous Amos lagi, coz boleh buat sendiri.. so, here it is.. Salin.. salin... And Happy Cooking!!

Famous Amos Cookies Recipe

      • 2 cups of butter
      • 4 cups of flour
      • 2 tsp. of baking soda
      • 2 cups of granulated sugar
      • 2 cups of brown sugar
      • 5 cups of blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
      • 24 oz. of chocolate chips
      • 1 tsp. of salt
      • 18 oz. of Cadbury bar (grated)
      • 4 eggs
      • 2 tsp. of baking powder
      • 3 cups of chopped nuts (your choice)
      • 2 tsp. of vanilla essence

cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla essence; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet..bake for 10 minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies.

Monday, February 25, 2008

Here It Is...

Well, here it is.. Dah siap 1 sarung bantal.. What?? 1 sarung bantal je after a few days? Usually aku boleh siapkan less than 3 days.. Hmm.. well, aku start on 20th, Wednesday.. On Friday aku rasa pening sikit and the whole day tu aku tak menjahit. Sabtu & Ahad, biasa la... weekend.. so, tak buat langsung.. So, hari ni la baru siap. Inilah hasilnya.. Tapi baru 1. Nanti aku nak buat lagi pasangan dia.. Tapi kena beli benang dulu coz aku rasa benang yang tinggal ni tak cukup. Motif bunga tu, free hand. Aku belasah je.. And lagi satu, jahitan sulam yang aku buat kat bunga tu, is called 'long short'. Aku baru belajar, tapi melalui buku je.. So, aku try praktikkan kat sarung bantal ni. Hmm.. Ok la.. puas hati la jugak.. hehe.. Boleh la buat pakai sendiri.. and sekurang-kurangnya kalau ada sedara-mara yang datang tido kat rumah, and pakai sarung bantal ni, boleh le aku cerita.. "Haa.. sarung bantal ni, saya buat sendiri"... hehe... Betul tak?? Ok, tengokle the pics below:

Inilah dia pillow case nye...



Inilah ropenye selepas disarungkan ke bantal..



Motif bunganya dari dekat, belah kiri dan kanan (or kanan dan kiri??).. Maklumla, nama pun free hand. So, both sides tak sama.. hehe.. Takpela.. Asalkan boleh pakai..

Friday, February 22, 2008

Wondertool??... Wonder what??

Hari ni, sambil menjahit sarung bantal, aku melayan anak2 aku tgk tv. Tapi biasa la, aku bukannya pasang cerita2 or rancangan2 untuk aku, tapi rancangan untuk diorang tengok. As usual, aku akan pasang Playhouse Disney Channel coz Nurin cukup suke layan rancangan2 kat situ. And most of the English words dia belajar dari channel tu. Kalau bab-bab menyanyi2 tu, jgn cakap la... memang dia suke betul. Akeef pun layan sama.. hehe.. So, sambil2 menjahit tu, aku pun layan la cerita Handy Manny kat PHDC tu. Kisah hari ni pasal sorang mamat nak jual 'Wondertool' kat Manny. Manny tak nak coz dia dah ada all the tools and boleh buat semua kerja. So, mamat tu tanya kat Manny and his tools (biasala, kartun.. tools ni semua boleh bercakap..) "Do you know why does it called 'Wondertool'?" Yang buat aku tergelak, salah satu tool dia jawab "Because you wonder what it is?" Haha.. I found the answer is funny. Don't you think so? No?? Never mind..

Thursday, February 21, 2008

Nurin.. Nurin..

Last night we had dinner kat rumah.. Macam biasa, aku panggil Nurin makan and dia pun duduk atas highchairnya. Tapi dia ni, biasa la.. bukan nak makan sangat. Last-last dia just meratah ayam goreng je. Itu pun tak banyak. Tapi bila aku ingatkan balik yang dia dah minum sebotol susu selepas maghrib tu, so, aku fikir patutlah dia taknak makan. Maybe perut dia masih full. So, bila dia tak nak makan tu, akupun suruh dia turun dari kerusi dia tu. Dia pun turun and at the same time aku mintak hubby aku habiskan lauk ayam goreng tu. Bila dia dengar aku cakap macam tu, dia pun cakap.. "Ayah habiskan tau..." So, dengan bergurau hubby aku pun jawab kat dia "Ye lah.. ayah habiskan.. Ayah tau la ayah ni sapa.." And then dengan selamba je dia jawab balik kat ayah dia.. "Haa... Tau takpe!!" Tergelak aku dengan jawapan dia tu and hubby aku pun terkulat-kulat dengar jawapan anak daranya yang sorang tu. Nurin... Nurin..
After makan tu, aku lepak-lepak tengok tv. Nurin lak berlegar-legar sambil main-main entah apa-apa. Akupun bukak satu cerita omputih kat astro. Ingatkan nak layan. So, aku ambik sebiji jambu air yang hubby aku beli before balik rumah malam tu. Tapi baru nak duduk, teringat lak nak bagi susu kat Akeef b4 budak kecik tu tido. So, aku pun bagi sekerat jambu air tu kat Nurin. Dia pun makan. Aku pun cakap kat Nurin, jangan ikut aku masuk bilik coz aku nak bagi susu kat Akeef. Bukan apa, kalau Nurin ikut aku masuk bilik, nanti dia menyibuk kat adik dia and adik dia pun taknak tido. So, selepas bagi susu kat Akeef, aku pun keluar dari bilik. Aku tengok Nurin tengah baaeeekkk punya layan cerita omputih kat astro tu, sambil makan jambu air yang aku bagi tu. Sampaikan aku keluar bilik pun dia tak sedar (or buat tak tau). Aku tengok je dia layan cerita tu. Macam paham je.. And then, bila dia sedar aku dah keluar bilik, dia pun cakap kat aku.. "Sian kakak.. Dia nangis, dia tak nak.." - referring to the movie yang dia tengok kat tv tu. Nak tergelak aku.. And then,aku duduk sebelah dia, tengok cerita tu and sudahnya diapun melayan cerita tu sampai habis.. Itulah Nurin..

Wednesday, February 20, 2008

Another Project

Hari ni nothing much to talk about.. Cuma sekarang ni aku tengah busy nak menyiapkan satu lagi projek kerjatangan aku. Hari tu aku, hubby and children ke Nagoya di Carrefour Subang Jaya, nak beli kain.. Masa ke Carrefour tu, tetiba selipar yang aku pakai boleh putus pulak!! Hampeh betul!! Nasib baik kat situ ada kedai kasut. So, beli je la yang baru. Btw, aku ke Nagoya beli kain tu, biasala, mesti la aku nak buat projek jahitan sulam aku. Cadangnya nak buat cadar sekali. Tapi aku buat sarung bantal dulu. So, now ni aku tgh jahit sarung bantal la.. Dah setel nanti, baru boleh start with the bedspread lak.. hehe.. Well, just wait and see the result. Harap-harap menjadi le...

Tuesday, February 19, 2008

Me, me and me...

Aku masa 6 bulan... Macam Akeef pun ade, aku tengok..



Masa ni aku tak tau berapa tahun, aku rasa around 3 tahun kot..


Ni pun belum sekolah. Maybe masa ni umur aku lbh kurang 4 tahun coz masa umur aku 5 tahun aku dah dok rumah lain.

Monday, February 18, 2008

Yahoo!! Dah Sampai!!

Yess!! Barang-barang yang dibeli dari Ikea tu dah sampai. Excited betul aku. Takde la banyak mana, tapi disebabkan barang baru kan, biasa la.. mesti teruja sikit-sikit. Bila benda-benda tu sampai aku terus bertanyakan pasal barang yang missed dalam list Home Delivery tu (refer to my earlier post). Alamak!! Takde la. Aku suruh diorang cek kat dalam lori. Fuh!! Nasib baik ada. So, diorang pun assemble apa-apa yang patut. After that, bila diorang dah settled semua, dah nak blah dah, tetiba aku terperasankan yang kaki highchair takde. Aku pun tanye kat diorang. Sorang tu nampak blur and asik refer2 dalam list. Aku cakap, of course la takde dalam list coz dia kira sekali dengan tempat duduk tu. Kalau takde kaki, camne nak duduk? Dah tentu2 la namanya highchair. Nasib baik sorang lagi tu ok and boleh berfikir. So, dia pun pegi la cari kat dalam lori. Hmm.. Ada pun. So, at last.. settle la semua. Ni lah antara beberapa barang tu (please bear in mind, bkn nak show off - coz takde apa yg nak 'di show off' kan pun... bukannya barang harga ribu-ribu.. So, sesaje la nak share)..

My new bookshelf. Kalau bookshelves lama tu blh berckp, mesti dia menjerit kelegaan coz akhirnya dapat bernyawa setelah sekian lama overloaded dgn buku-buku and magazines - tapi now ni dah jadi cam kosong lak.. Isk!! Kena beli buku lagi nih... hehe..


2 units of side table - warna putih gak coz nak sesuweikan dgn cabinet tv and all the bookshelves yang ada.. Lagipun, kalau perabot putih ni, rmh nampak luas skt.. Don't you think??

A proper seat untuk mengadap computer coz selama ni guna kerusi makan je.. hehe..


Highchair yang nyaris2 jadi low chair. Nasib baik org tu jumpa gak kaki kerusi ni. Kalau tak, tak dapat la Nurin and Akeef menikmati their meal kat kerusi ni. So, bila dah pasang, Nurin pun tak sabar-sabar nak merasmikan. Tray aku pasang when Akeef duduk je..

Sunday, February 17, 2008

Ikea..

After so long, baru semalam aku menjejakkan kaki semula ke Ikea. Memang lama sungguh aku tak ke sana. I could'nt even recall when was the last time I passed through the payment alley and faked a smile to the cashier, whom I handed my money to after emptying my purse. Lagi satu, punya la lama tak pegi Ikea sampaikan the last time I went there, The Curve has still yet to be 'curved'. Seingat aku gak, last sekali aku ke area sana was a few months back. Itupun just ke OU dan The Curve. Tak menempuh langsung ke Ikea, walaupun dah dekat sangat dengan The Curve tu. So, semalam, bila dah masuk Ikea tu, apalagi.. Kalau boleh, semua barang nak dibeli. Hehe.. Semua yang ditengok, semuanya cantik-cantik. Even bila tengok dustbin pun, rasa macam nak beli. Akhirnya, tengok punya tengok, belek punya belek, sampai tak sedar rupa-rupanya dah 4 jam lebih kitorang ada kat dalam Ikea tu. Isk!! Patutlah perut ni rasa berkeroncong je. We only had our breakfast je kat rumah, before keluar tu. So, after settled a few things kat Home Delivery Department, we headed to the nearby McDonalds and had our quick lunch (lunch?? at 5:30p.m?? Whatever..). After that kitorang ke Serdang, rumah my sis, melawat my mom yang tengah tak berapa sihat. And then, balik. Bila sampai rumah, I excitedly keluarkan barang-barang dari plastik Ikea. Suddenly I remembered about 1 thing yang dibeli, which I put among the things to be delivered by Ikea people on Monday. But, barang tu takde lak dalam senarai barang-barang for home delivery tu. And of course, barang tu takde dalam plastik yang aku bawak. Hmm.... tanya my hubby, dia kata memang dia tak cek coz he assumed I had taken the thing from the trolley. Alamak.. Hilang mood sekejap. Malam tu, bincang-bincang dengan my hubby what to do and I decided to call them the next morning. So, pagi-pagi tadi aku bangun, and tepat pukul 10.00a.m aku terus call the Home Delivery Department. Mula-mula tu quite frustrating coz takde sapa pun jawab. Aku call lagi for a few times, and at last ada sorang mamat jawab. So, I explained to him why I called and he asked about the item number which I already had in my hand. And then dia kata dia akan cek dan call aku balik. Fuh!! Lega.. After a few minutes, baru aku teringat nak cek balik resit tu and cek again the item no. Alamak!! Salah bagi item number la pulak!! So, I hurriedly call them back. Luckily, this time tak payah tunggu lama sangat and another guy anwered the call. I explained to him that I wrongly gave the item number. After that, kebetulan mamat yang jawab call memula tu ada berdekatan and he had checked the item and told me that barang tu ada kat trolley, and will deliver it to me together with the other items. Fuhhh!! Lagi sekali lega... Nasib baik la staf-staf Ikea ni cekap and jujur...

Friday, February 15, 2008

Banyaknye!! Fenin.. Fenin...

Ini adalah gambar sebahagian daripada barang-barang permainan Nurin (yang sesetengahnya dah ditukar hakmilik kepada Akeef). Pening kepala aku tengok barang-barang ni semua. Ni baru sebahagian. Tak termasuk lagi dia punya soft toys - dolls, teddy bears and all sorts of soft toys dari sekecik-keciknya sampailah yang besar-besar.. Ada lagi.. Dia punya Mega Blocks (blok2 macam Lego tapi bigger), puzzles, tent Mickey Mouse and ironing board + iron + spray - digunakan bila dia sibuk nak tiru gaya aku menggosok baju.. Oh!! And also kereta-kereta mainan dia (termasuk kereta remote control yang ayah dia beli..).


Dalam container yang warna oren tu, penuh dengan kitchen set dia. And setiap kali dia nak 'main masak-masak' dia akan suruh aku turunkan container tu, dan dia pun akan keluarkan segala-gala benda dari dalam container tu. Lagi la pening kepala aku... hehe.. Tapi aku memang dah ajar dia, after main kena kemas dan simpan balik. Alhamdulillah, setakat ni dia ikut walaupun kadang-kadang sebelum mengemas tu dia akan komplen "Nurin penatla... Mama cimpanla.." Hmm... alasan la tu.. Tapi aku suruh gak dia kemas dan kadang-kadang aku tolong dia mengemas sama, konon-konon berlumba siapa yang cepat. Hmm.. Selesai satu masalah.. Yang dalam container yang kat bawah tu pulak, entahlah... macam-macam ada.. tak tau aku nak cakap.. Yang tu, sesekali je dia akan suruh aku bukak, untuk ambik apa-apa barang yang dia teringat nak main.. Kadang-kadang bila dia mintak nak 'main masak-masak' dan aku rasa cam malas je nak ambik, aku suruh dia main dia punya Mega Blocks. Dia suka buat keretapi dari blok-blok tu, so dia pun dengan cergasnya akan pergi ambik blok tu dari dalam bilik (yang buat masa ni aku jadikan stor). Actually, barang-barang permainan Nurin ni bukanlah semuanya yang aku n hubby beli, tapi ditukar hakmilik daripada anak buah hubby aku kepada Nurin (kakak ipar aku ada sorang je anak. So, segala barang-barang permainan anak dia, dia bagi kat Nurin, and dia kata tak payah beli barang permainan lagi.. Memang betul pun.. segala-galanya ada)..


Yang ni pulak buku-buku Nurin (yang tengah-tengah tu je.. atas n bawah tu ayah n mamanye punye).. Btw, some of the books pun, pemberian daripada kakak ipar aku gak (termasuklah a few colouring books). Buku-buku ni pun favourite Nurin gak and everyday dia akan mintak aku bacakan buku-buku ni untuk dia. Pasal bab membaca ni, aku tak pernah refuse dan akan ikutkan aje. And dia pun tau, each time lepas baca buku, dia akan simpan balik all the books kat tempatnya balik. One thing for sure, aku nak tanamkan sikap suka membaca kat dia. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebung, kan??

Nurin.. posing di tepi rak buku sambil makan biskut. Sengaja aku letakkan tempat duduk dia kat situ so that senang dia nak ambik buku-buku dia.
Yang ni pulak barang-barang permainan Akeef kat dalam playpen - Nampak Akeef tengah nak berdiri tu. Selalunya Nurin akan main sama-sama dengan Akeef. Tapi kadang-kadang tu bukan main je kat dalam ni, siap bergusti sekali dengan adik dia.. hehe..

Thursday, February 14, 2008

L.O.V.E

14th February.. most loving couples will celebrate this date as ‘Valentine’s Day’ which I had never any experience and interest in celebrating it. Talking about Valentine’s Day, most people will automatically be reminded of love or their beloved. But as for me, love is always there, surrounding me with its warmth, regardless what date it is..

There's not much to talk about who I was and who I've become. I prefer to keep my nose close to the floor, to be invisible and to blend in with surroundings. Not to fit in, least more to stand out.

I am me, and I am what I am.

There's one, though, a particular lesson I'd like to keep me reminded. Of love, loving and being loved that I learned over and over again for the past years - never be afraid.

I had started by being the one who waits, who hopes, and who believes. I was once also an idealist, keeping a perfect image of love inside my mind - waiting for the time it'll be made real. Alas, I had experienced love that was lost, and love that was unreturned.

However, of all times I learned to be an honest lover - giving all of me but expecting nothing in returned. It did not come naturally, for one does not certainly change by a mere twist of time. Sometimes I'd be happy to do it but most of the time it's hard, but I figured out it is the best way of all love - because it made me happy the most, and contented is the word.

Love is not to be afraid of, it is to be embraced. Love the one we love, love the one who love us - for it is one thing worth to be treasured in our life.
And now, I've found my true love.. To my beloved hubby, thank you so much for your love, for being so understanding and for always being by my side through good and bad times.. You are my strength, you are my everything. You complete me.. I LOVE YOU!!
The song below is specially dedicated to my beloved hubby and children..
When You Tell Me That You Love Me - Diana Ross
I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do
I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does
You walked into my life
To stop my tears
Everythings easy now
I have you here
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
You love me
When you tell me that you love me

Still...

Today, sama macam semalam takde benda yang aku nak tulis.. Hari ni aku menggodek-godek picasa dan mengedit-edit a few photos yang ada kat dalam comp ni. Buat effect-effect yang menarik2 sikit. Tapi macam mana pun, aku still tak berapa expert nak mengedit guna photoshop. Setakat basic-basic tu, boleh la. Isk! Kena belajar ni... Tapi nak belajar katne ek? Sapa yang expert ni? Mmg la ada sorang member aku yang quite expert mengedit gambar guna photoshop ni.. Tapi dia kata nak kena tunjuk depan-depan, kena practical. Takleh belajar online or teori je. Alah.. susah la pulak camtu.. Alamatnya, setakat ni guna picasa pun, picasa laaa...

Wednesday, February 13, 2008

Bubar..

Akhirnya, after begitu banyak masa terhabis berbincang kosong, berteori dan bertekak, tentang tarikh pembubaran parlimen, hari ni parlimen betul-betul bubar. Ada yang bersorak, macam terpilih jadi calon, bila tarikh yang mereka expect tu menjadi kenyataan. Jangan menang sorak kampung tergadai, sudahlah. Ada jugak yang tak boleh tidur malam, sampai hari penamaan calon, menunggu nama tercalon atau tak. Bermimpi samada ada peluang untuk duduk di kerusi dewan yang baru bubar, atau tak. Ada pulak yang dah confident habis namanya akan tercalon.. hehe.. Macam-macam..
According to laman web rasmi Parlimen Malaysia, kelayakan untuk jadi ahli Dewan Rakyat ialah seperti berikut:-
1. Warga negara Malaysia
2. Tidak kurang dari 21 tahun
3. Waras fikiran
4. Bukan seorang muflis
5. Tidak mempunyai rekod jenayah
Aku suka syarat yang nombor tiga tu. Harap-harap yang terpilih nanti, biarlah betul-betul waras. Tak taulah macam mana nak diuji nanti kewarasan fikiran calon. Ramai yang kurang waras tetapi berlagak waras. Harap-harap kita pun waras dalam memilih yang mana batu, kaca atau permata. Jangan pulak kita yang mengaku waras tetapi membuat pilihan yang tak waras.
Selamat menjalankan tanggungjawab dengan waras!

Tuesday, February 12, 2008

Kerastangan...

Semenjak dua menjak dok kat rumah ni, tetiba timbul lak satu minat baru dalam diri aku nih. Kekadang bila dok sensorang time rileks-rileks and anak-anak tido, tetiba je rasa cam nak menjahit. Entah kenapa ntah... Kalau dulu, cakap pasal menjahit ni, aku lari dulu.. hehe... Tapi now ni, rasa cam nak buat macam-macam. Tetiba rasa macam nak pergi kursus menjahit lak. Macam-macam idea, nak buat itu, nak buat ini. Aku rasa minat ni timbul masa aku mengandungkan Akeef dulu. Masa tu aku banyak gak menghabiskan masa dengan menjahit manik pada baju-baju kurung aku (termasuklah baju2 kurung kakak-kakak aku n anak-anak buah aku). At that time terfikir gak nak buat duit dengan hobi tu, tapi fikir punya fikir, takut tak terlarat pulak. Kalau setakat suka-suka tak pe lah, coz kita tak payah nak set date bila benda tu kita boleh siapkan. Tapi kalau dah dibayar ni, nak kena meet client punye demand pulak. Payah pulak nanti nak kena ikut time. So, niat tu terkubur je la macam tu je.
Masa berminat sangat menjahit manik-manik tu, aku siap ajak hubby pegi Jalan Masjid India, beli manik-manik and benang yang nak digunakan. Banyak gak yang aku beli.. hehe.. And lagi satu, aku dulu pernah gak buat sarung bantal masa habis belajar ITM dulu. Masa tu belaum kerja and mak aku kata, daripada buang masa macam tu je, baik la dia ajar aku menjahit sikit-sikit. Masa tu mak aku ajar buat jahit bunga sulam tangan. Dapat gak la 2 sarung bantal, hasil kerastangan aku. At the same time, mak aku ada gak ajar buat seprah (aku tak tau tempat lain panggil apa, tapi seprah ni digunakan untuk alas makanan kalau makan atas lantai). Buat seprah tu pulak, mak aku ajar buat bunga timbul. Actually aku tak tau nak panggil bunga apa, tapi prosesnya, jahit bunga tu dengan satu jenis jarum khas, and then, benang yang dijahit tu, digunting dan digosok dengan berus gigi sampai bunga tu jadi berbulu timbul dan lembut. Cantik. Sayangnya seprah tu ada kat rumah my mom and aku tak dapat nak ambik gambar nak tunjuk kat korang. And semasa mengandungkan Akeef, pulak, aku dapat menyiapkan dua sarung bantal Nurin. Walaupun tak de mesin jahit kat rumah, tapi aku jahit gak, walaupun dengan jahit tangan je (thank god, aku belajar Sains Rumahtangga kat sekolah dulu). And then aku siap jahitkan bunga sulam tangan lagi kat bantal tu. Sebenarnya, all these bersangkut-paut dengan kepuasan hati. Memang betul, aku rasa puas hati sangat bila tengok Nurin tido atas bantal yang aku buat. Actually, bantal2 tu pun aku buat sendiri. Aku cari kain untuk buat batang bantal and aku jahit. And then aku ambil kekabu dari bantal-bantal yang dah tak digunakan, and recycle buat bantal Nurin. After that baru aku buat sarung bantal tu. Bila dah siap, rasa seronok sangat. Masa tu, timbul la pulak idea nak buat satu set cadar, selimut and sarung bantal dengan bunga sulam tangan jugak.. hehe.. Tapi belum la tercapai lagi hasrat tu.. But anyway, one day nanti aku mesti nak buat jugak. Itu hasrat dan cita-cita aku. Maybe masa mengandung anak ketiga ni pulak aku buat semua tu.. hehe.. Kat bawah ni gambar-gambar baju2 yg aku dah jahit manik and sarung-sarung bantal yang aku buat..

Gambar atas ni sarung bantal pertama yang aku buat, atas tunjuk ajar mak aku. Motif bunga tu aku ambil dari kain batik mak aku, and aku tekap guna carbon paper.

Ni pulak bantal and sarung2 bantal Nurin yang aku jahit masa mengandungkan Akeef. Motif bunga tu, idea aku sendiri and aku lukis free hand je. Sebab tu la saiz tiap2 bunga tu tak sama..

Yang ni pulak antara beberapa helai baju kurung yang menerima sentuhan kreatif aku.. hehe.. Ada a few lagi... tapi cukup la aku tunjuk 4 helai ni je..

Selepas ni, tunggu la pulak hasil kerastangan aku yang lain.. hehe..

Monday, February 11, 2008

13 Jam???

Chinese New Year ari tu, kitorang 1 family blk Kelantan.. Balik on Thursday tu, jalan smooth. Tapi bila balik ke KL on Sunday, Mak aiii!!! Jem giloss... Kitorang keluar rumah lebih kurang pukul 11:00 pagi. Memula tu, bila sampai di persimpangan Machang-K.Krai, kenderaan beratur panjang. So, hubby aku buat decision balik ikut Terengganu. Aku pun excited gak coz dah lama sangat tak pegi Terengganu. Dapat lalu pun, jadi laa... Hehe.. So, awal-awal tu, perjalanan kitorang very smooth.. Sempat la singgah kat tepi jalan, beli keropok lekor. Singgah di KT, had our lunch, nasi bungkus yang MIL bekalkan and after that, hubby aku bawak nurin jalan-jalan jap kat tepi pantai.. And then, kitorang singgah di masjid, for solat, bancuh susu n tukar diapers anak-anak2 aku. After that, kami pun teruskan perjalanan. Tak lama lepas tu, ada la sangkut sikit-sikit di few places. Tapi boleh tolerate lagi la. Bila masuk LPT (Lebuhraya Pantai Timur), punya la banyak kenderaan di setiap R&R.. Hmm... tu tak pe lagi, coz jalan still smooth. Kitorang singgah jap di petrol station kat Gambang to refuel. Memang banyak sangat kereta, tapi nasib baik tak queue lama sangat. Kitorang sambung balik perjalanan yang smooth tu. But then, bila dah nak masuk tol Karak... My goodness!! Kenderaan semua bergerak macam siput. Punyala banyak kereta.. Queue punya la panjang.. Entah berapa lama la kitorang terperangkap kat dalam jem tu.. Dan di sepanjang highway tu pun, bergerak perlahan, sampailah ke tol gombak. Lepas daripada tol, barulah hubby aku boleh pecut sikit, masuk ke MRR, nak balik ke rumah di USJ. Ends up, kitorang sampai kat rumah pukul 12:30a.m!! Wow!! Record betullah... 13 jam setengah dok dalam kereta.. Sian hubby aku, penat drive.. Aku pulak, bukan tak nak tolong drive, tapi aku tak biasa dengan jalan tu, and lagipun masa tu aku rasa-rasa cam lesen aku dah mati (at that time I was not so sure until today I find out that my driving licence dah mampos on 5th February ari tu... huhu..) So, itulah dia pengalaman jem yang paling dasat aku penah lalui (tapi hubby aku kata dia dulu lagi teruk, penah stuck 24 hours!!) Fuhh!!

Wednesday, February 6, 2008

My Latest Favourite Song...

Actually bukan lagu ni je yang aku suka dalam album terbaru Maroon 5 'It Won't Be Soon Before Long' ni. Banyak gak lagi lagu-lagu yang aku suke as Nothing Lasts Forever (mcm tajuk novel Sidney Sheldon lak..), If I Never See Your Face Again, Little of Your Time, Wake Up Call, Can't Stop dan banyak lagi yang best-best.. Masa album diorang yang before ni pun, banyak gak lagu-lagu diorang yang aku suke as Harder To Breathe, She Will Be Loved, Sunday Morning dan This Love.

Tuesday, February 5, 2008

Apa Nak Jadi Ni???

Saya tidak mahu lagi bergelar Sasterawan Negara - A. Samad Said

“SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).
“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Beliau menegaskan, tindakan tersebut merupakan aksi demi masa depan generasi sastera dan dunia kreatif di negara ini yang kelihatan semakin terpinggir. Ia berkaitan dengan desas-desus terbaru bahawa karya-karya Sasterawan Negara dan penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award) tidak akan tersenarai sebagai buku yang dicadangkan untuk teks baru Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.
Selain itu, semakan tersebut juga tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama dari pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta. Kementerian Pelajaran telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja popular seperti karya Ahadiat Akashah.
Antara alasan yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran ialah sebahagian teks sedia ada terlalu berat dan tidak sesuai untuk pelajar di peringkat sekolah menengah. Sebaliknya, karya-karya popular yang banyak beredar di pasaran tempatan hari ini dapat mengurangkan tekanan dan kebosanan yang dihadapi oleh pelajar. Hingga kini antara pengarang karya popular yang disenaraikan ialah Ahadiat Akashah, Zaid Akhtar (Mohamad Yazid Abdul Majid) dan Sharifah Abu Salem.
(This news was extracted from UtusanOnline.com)
Last few days hubby aku bagitau aku pasal berita ni. Sakit hati gak dengar, apatah lagi bila membaca sendiri berita tu. Apa la nak jadi dengan dunia pendidikan sekarang ni. Bayangkanlah, kalau diorang guna karya-karya Ahadiat Akashah untuk matapelajaran Sastera dan Bahasa Melayu.. Novel apa agaknya yang diorang nak guna pakai ya?? 'Budak Setan'? 'Awek Cun'? 'Balak Blues'? 'Balak Cun'? 'Budak Lanun'? Dan entah apa-apa tajuk yang merapu lagi.. Ya Rabbi!! Tak tau la aku nak cakap apa.. Bukannya mengelokkan lagi bahasa budak-budak sekolah tu. Menjahanamkan lagi, adalah. Tengok tajuk pun dah cukup haru, ni pulak isi kandungannya. Ada ke pulak alasannya sebab terlalu berat dan tak sesuai dengan students tu. Kengkononnya susah nak faham!!! Hey!! Appa daa?? Come on laaa... Kalau tak faham, belajarla bagi faham. Itulah gunanya ada cikgu. Pas tu, kata nak kurangkan tekanan. Please la wooii!! Tekanan amendanya setakat belajar sastera sikit-sikit tu. Selama ni, tak penah pulak aku dengar student tertekan teruk sangat disebabkan subjek Sastera or Bahasa Melayu. Amenda laa.. Diorang ni nak bagi students tu semua pandai Bahasa Melayu ke, jadi lagi bodoh? Isk!! Tak faham betul aku!! Siapa la yang punya idea budus nak mam.. ni!! Agaknya orang tu dulu kantoi BM kot. Dia salahkan la karya-karya sasterawan2 negara tu. Tu yang tekanan sampai sekarang tu agaknya.. Isk!!

Monday, February 4, 2008

Hubby and I, in Magazine

SURPRISE!!! Haha... Seronok lak rasanya tayang muka kat magazine ni.. hehe.. Bila lagi nak merasa?? Camni je la..



It's Us!! Believe It Or Not!!

Ahaks!!!



Sunday, February 3, 2008

More Stories and Memories to Share...

Talking about unforgettable memories again. Dulu2, favourite activities aku ngan my cousin n kawan-kawan aku ialah bowling and karaoke. Kalau pegi bowling, mesti kat Federal Bowl kat Bukit Bintang. Tu tempat favourite, sebab lepas bowling boleh pegi merayau and shopping (selalunya window shopping la je..) kat Sungai Wang and Bukit Bintang Plaza and Lot 10. Kadang-kadang lepas gak ke KL Plaza and Tangs. Boleh dikatakan ada sen je, mesti pegi bowling. Sampaikan orang kat Federal Bowl tu pun dah kenal kitorang. Kekadang tu, boleh skip-skip queue lagi.. hehe.. Bila ada tempat bowling baru di Yow Chuan tempat ni, mesti ramai yang tau... apa lagi kalau tak News MKTV kat Yow Chuan Plaza tu. Kat situ je la kalau kitorang nak test suara. Bila ada sen lebih je mesti ke sana, especially kalau ada orang belanja.. hehe.. Aku lak, siap jadi member lagi... hehe, so dapat la diskaun sikit. Kalau karaoke ni, sejam mana cukup. Paling kurang 2 jam. Tu pun jarang-jarang la.. selalunya mesti lebih. Layan habih.. hihi.. Nak dijadikan cerita, aku pun penah gak masuk pertandingan karaoke.. sesaje je.. tapi tak menang pun.. But ada a few recording studio jugak yang panggil aku audition kat studio diorang. 1st sekali kat Ampang (apa tah nama tempat tu, aku lupa lak).. And then, aku pegi studio L.Y kat Kelana Jaya. Masa kat studio L.Y ni, aku gabra habih.. Maklumla, sapa tak kenal L.Y, komposer terkenal masa tu. Menggigil2 aku nyanyi.. hehe.. Rupa-rupanya at the same time, ada lak bro Ronie (ex-husband Safura) kat studio tu. Lepas audition tu, dia panggil aku and bagitau yang dia dah dengar aku nyanyi.. Dia cakap aku boleh nyanyi (Ye ke?? kah! kah! kah!). So, dia panggil la ke studio dia lak. Studio dia ni kat Taman Lembah Maju, Ampang. Aku pun pegi la.. After test suara tu, dia bagi aku satu lagu baru, suruh aku praktis. Sedap lagu tu. Lagu ciptaan Ajai.. Mesti boleh top nye lagu tu.. Aku pun, dengan penuh semangat praktis la kat rumah.. After a few days, dia call aku suruh pegi studio, nak dengar aku nyanyi lagu tu. And then, lepas test nyanyi tu, dia panggil lak aku masuk office dia, cakap pasal contract la, royalty la, commitment la.. Actually, aku ni bukanla berminat sangat nak jadi penyanyi ni.. Aku just suke-suke je nak nyanyi.. Aku tau, aku tak boleh bagi 100% commitment coz aku sayang la pulak nak quit kerja semata-mata nak jadi penyanyi.. Isk!! Risiko tu.. Buatnye album tak laku?? Kan ke naya.. Jadi artis majalah je la.. So, aku bagitau kat dia, nanti aku fikir-fikirkan. And then, tak lama lepas tu, ada lak member ajak join studio lain lak.. Aku pun pegi dengan cousin aku.. Memula join studio kat Taman Melati, and then member aku ni dapat tau ada satu studio kat Taman Seri Gombak nak cari singer ramai-ramai for album compilation. Aku n cousin pun ikut je. Balik ke kerja, setiap malam or weekend mesti ke studio tu. Biasala, actually bagi aku nak mengisi masa lapang je. Tapi lama-lama, bila rasa boring, aku and cousin pun quit.. Biasala aku ni, as i said earlier selalu je 'hot-hot tahi chicken'.. So, sampai situ je la kegiatan menyanyi kitorang. Akhirnya, kat karaoke je la tempat kitorang mengembangkan bakat.. ahaks!!
Lagi satu, aku ni suka tengok teater. Sensorang pun aku pegi. So, pada satu hari, bila aku pegi tengok teater tu, ada lak aku came across satu iklan, cari ahli-ahli baru untuk teater. Aku pun apa lagi, as usual, ajak la cousin aku.. Masa 1st day join tu, ada pulak audition untuk teater 'Hang Tak Tuah' arahan Khalid Salleh. Senior-senior group teater kitorang (Group KGB) suruh la kitorang join the audition. Masa tu aku tak dapat, tapi cousin aku dapat satu part dalam teater tu... good for her. So, setiap weekends aku pun pegi la latihan teater dengan KGB. Since cousin aku terlibat dengan teater 'Hang Tak Tuah' tu, she had to join the other group. Dengan KGB kitorang ada a few performance antaranya kat Baitulmal and also Malam Puisi Mencari Bonda. Lepas tu, aku jadi penyanyi latar (ahaks!!) untuk satu group teater dari Negeri Sembilan, untuk pertandingan teater. Tak lama lepas tu pulak, aku dipanggil join satu teater 'Nenek Tompok Hitam'. Dapat la join bersama-sama dengan a few nama-nama gah seperti Azean Irdawaty, Sharifah Shahirah and Harun Salim Bachik. So, almost everyday kitorang ada latihan. Kak Yan memang strict, tapi best.. After that, aku rasa lebih kurang setahun je aku dengan teater ni, aku pun quit coz aku dapat offer kerja di Sepang and aku terpaksa pindah ke Nilai. So, there goes my theatre activities.. Hmm... Well, semua tu adalah experience and memories yang tak dapat aku lupakan. Semua pengalaman dan kenangan tu ada yang pahit dan manis.. tapi semua tu jugak jadi pengajaran kepada aku untuk menjadi lebih matang.. 'Experience is the best teacher'..

Saturday, February 2, 2008

Another Unforgettable Memory...

Lagi satu memori yang tak pernah dapat aku lupakan, still lagi di masa zaman kegemilangan dulu.. Masa tu aku bekerja as a Secretary kat one developer company kat Jalan Ampang, betul-betul kat depan KLCC. Tapi masa tu KLCC belum ada lagi, sedang dalam pembinaan. Aku start kerja kat situ dalam bulan Ogos, 1995. So, peristiwa ni terjadi, if i'm not mistaken around that year or maybe dalam tahun 1996. Masa tu aku nak balik kerja, tunggu bas kat bus stop kat depan ofis aku. Tunggu punya tunggu, tetiba ada la satu couple ni, entah datang dari mana tah. Masa diorang duduk di bus stop tu, aku terdengar balak dia tengah membebel-bebel kat awek dia. Macam tengah marah-marah. Awek dia senyap je. And then, bas awek dia pun sampai. Mamat tu pun hantar la awek dia kat depan pintu bas. Lepas salam tangan mamat tu, awek tu pun naik bas tu. Mamat tu, aku agak maybe nak tunggu bas lain kot, duduk balik kat bus stop tu. At that time, aku sorang je kat bus stop tu. Tetiba mamat tu start tegur aku dan 'mengayat' aku lak, boleh?? Aku nak tergelak gak... Macam-macam aku kutuk mamat tu dalam hati. Dah la terang-terang aku nampak dia dengan awek, siap membebel-bebel kat awek dia, boleh lak dia nak mengorat aku?? Betul ke tak mamat ni? Memacam dia tanya aku, bermula dari nama, dok mana and then memacam lagi. Masa tu aku just jawab je la semua pertanyaan dia tu. Bukan nak melayan sangat pun, tapi sekadar nak melepaskan rasa boring sementara tunggu bas tu. Lepas tu dia tanya aku kerja katne. Kebetulan kat dinding bus stop tu ada iklan rumah, kepunyaan company tempat kerja aku, so aku just tunjuk je. Tak lama lepas tu bas aku pun sampai. Suspen gak aku, tetiba dibuatnya mamat tu ikut aku naik bas lak.. Tak ke haru.. Tapi nasib baik tak.. hehe..
The next day, aku terima satu panggilan misteri. Dari mamat tu!! (Sebenarnya aku dah tak ingat dah nama mamat tu. Maklumla, tak penting!!) Aik!! Dari mana lak dia dapat nombor telefon ofis aku ni?? Alamak!! Baru aku teringat, kat iklan kat bus stop tu ada nombor telefon laaa... Isk!! Rupa-rupanya cekap jugak mata mamat sekor tu. Masa kat phone tu aku tak layan sangat, aku cakap aku busy. Malas aku nak layan. Entah apa-apa tah.. Bila tiba time lunch hour, tetiba aku nampak lak mamat tu kat cafe yang aku selalu lunch. Apa kena la mamat ni!! Selama ni tak pernah lak aku nampak dia. Bila dia nampak aku, dia sengih-sengih macam kerang busuk. Menyampessss!! Petang tu pulak, dia call lagi.. Tanya aku balik pukul berapa.. Aku kelentong, cakap aku stay back, sampai pukul 7.00pm. Tapi tepat pukul 5.00pm aku cepat-cepat cabut. Fuhh!! Lega tak terserempak dengan dia.
Esoknya dia call aku lagi kat ofis. Aduh!! Parah dah mamat ni. Dia tanya kenapa semalam dia tunggu aku kat bus stop, aku takde pun. Aku pun kelentong la, cakap aku tak jadi stay back, ada hal. And then, dia tanya lagi hari tu aku nak balik pukul berapa lak. Aku cakap gak la yang aku stay back tapi tak tau sampai pukul berapa. And then, sama macam semalamnya tepat pukul 5.00pm aku terus cabut. Turun-turun je, tanpa disangka-sangka aku ternampak mamat tu kat bus stop. Alamak!! Biar betul!! Cepat-cepat aku patah balik, naik ke ofis. After sometime, aku rasa lebih kurang pukul 6.00pm, aku turun balik. Tapi mamat tu still ada kat bus stop tu. Aku pun terus lepak kat tempat guard kat bawah tu. Guard-guard and a few bro2 maintenance yang ada kat situ semua heran tengok aku. Semua tanya kat aku, "kenapa Zieha?" Aku pun dengan penuh semangat ceritala kat diorang semua pasal mamat senget tu. Lama gak la aku lepak kat situ. Actually, aku bukan setakat lepak je, aku siap duduk kat tepi or lebih tepat dikatakan bawah meja guard tu. Nasib baik la tempat tu luas, boleh la aku bernafas. Kejap-kejap aku mintak guard or bro2 maintenance yang still ada kat situ tolong jenguk-jengukkan whether mamat tu still ada kat situ ke tak. Selagi diorang kata ada, selagi tu la aku tak keluar dari bawah meja tu. Isk!! Haru betul la mamat ni.. Menyusahkan aku je. Tengah lepak-lepak and sembang-sembang dengan diorang tu, tetiba sorang bro tu sound aku.. "Alamak!! Zieha. Dia datang sini la.." Haaa??? Biar betul!! Menggelabah gak aku. Atas nasihat semua yang ada kat situ, aku pun dok diam-diam kat bawah meja tu. Aku tengok jam, lebih kurang pukul 7:30pm. Tetiba aku dengar suara mamat tu tanya kat guard. (Dialog seperti dibawah)..
Mamat tu: Encik, tumpang tanya.. Kenal Zieha tak?
Guard: Kenal. Kenapa?
Mamat tu: Dia dah balik ke?
Guard: Tak perasan pulak. Tapi rasanya semua dah balik.
Mamat tu: Tapi saya tunggu dia dari tadi, tak de pun. Saya call ofis dia, tak de sapa pun jawab.
Guard: Ye la, semua dah balik la tu. Lagipun saya baru je cek, semua dah gelap. Kenapa, ada janji dengan dia ke?
Mamat tu: Ada (Ceh!! Masa bila aku janji dengan dia entah!!). Dia kat tingkat berapa? Boleh saya naik?
Guard: Mintak maaf lah, lepas office hour tak boleh naik la.
Mamat tu: Ok, takpelah, terima kasih ye.
Guard: Sama-sama..
Tamat je perbualan tu, aku betul-betul lega. Guard and bro2 kat situ semua gelakkan aku. Aku cukup berterima kasih kat guard and bro2 tu. Nasib baik diorang tolong aku. And then, after a while bro yang jadi pengintip tak rasmi aku tadi, lagi sekali menjalankan tugasnya dengan baik. "Zieha, dia dah blah naik bas dah." Fuh!! Leganya!! Betul-betul menyusahkan orang la mamat tu!! Lepas tu baru la aku boleh balik dengan selamatnya.
The next day dia call aku lagi, tanya aku balik pukul berapa semalamnya. Aku kelentongla cakap aku balik awal tapi tumpang member, naik kereta. After that, during lunch hour nampak lagi dia kat cafe. Isk!! Memang sah mamat ni dah sewel. Bila dia call lagi petang tu, aku suruh member aku jawab, kata aku takde, meeting. And begitulah seterusnya setiap kali dia call. And then quite sometime gak aku dah tak nampak dia sama ada kat cafe or bus stop. Tetiba one day tanpa disangka-sangka dia muncul semula kat cafe. And bila nampak aku, sengih-sengih as usual. Aku buat biasa je, buat-buat tak nampak. Kebetulan pulak masa hari tu aku makan dengan member ofis aku yang lelaki. Bagus gak. Biar dia ingat aku occupied. Petang tu aku receive call dari dia. Tetiba je dia tanya aku dah kawin ke. Aku pun apa lagi, mengaku je la. Habis cerita. After that, takde la gangguan lagi dari mamat sewel tu..
Cerita ni tak la menarik sangat sebenarnya. Tapi kadang-kadang tu, bila teringat balik, memang boleh buat aku tersenyum sorang-sorang, tambah-tambah lagi bila teringat yang aku terpaksa menyorok kat bawah meja guard tu. Tapi one thing aku terkilan, masa peristiwa tu jadi aku ada janji dengan guard tu nak belanja dia makan nasi ayam. But, nak dijadikan cerita, guard tu kantoi lak kes kecurian kat ofis aku. Entahlah, orang kata, dia terlibat bagi info kat pencuri-pencuri tu.. Aku pun tak tau. Aku pun tak tau sama ada dia ditahan polis or tak coz lepas tu dia terus diberhentikan kerja. So, aku dah tak jumpa dia and tak dapatla aku belanja dia makan.
Ada banyak lagi story yang aku rasa nak share.. Nanti-nanti aku post lagi..

Friday, February 1, 2008

Terkenang...

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan 2 di tahun 2008 dah.. cepat sungguh masa berlalu. Bila di check2, sejak a few months back aku kurang 'mengpost' ke blog ni. Dalam tahun 2008 ni pun, baru ada 3 entry je. Hmm... tak boleh jadi nih... Now ni dah 1 haribulan February.. That means dah lebih kurang 32 hari kita berada di tahun 2008... Tapi baru 3 post aje? Oh! Tidak!! Camne boleh jadi camni nih?? Tapi iye lah.. sejak2 berisi ni, memang jarang betul aku mengadap komputer. Pembawakan ke?? Hehe... Takde maknanya.. Oklah, enough of pembawakan2 nih... What I want to share today is about my memories. Memang banyak memori-memori masa zaman-zaman kegemilangan dulu (or as my hubby mentioned it 'zaman jahiliah'.. hehe.. memang jahil sikit la masa tu..) See the pic below? Ni masa aku jadi model (ceh!! model konon!!) untuk Malay Mail. Entah macam mana tah, boleh terlibat dengan dunia modelling (yang tak berapa nak model sebenarnya) masa tu.

Gambar di 1st page Malay Mail

Gambar and write up kat Page 5
Sayangnya aku tak ingat date Malay Mail ni. Yang aku tau, masa tu tahun 1998 (wow! dah 10 tahun ye??) dan write up tu pasal vandalism. Kengkonon kita orang Malaysia ni, jangan la melakukan vandalism coz nak jaga imej Malaysia sempena SUKOM 1998. Actually umur aku masa tu 25, tapi diorang letak 21 tahun. Haha... aku kelihatan muda 4 tahun dari umur sebenar.. hehe. Bila kuar muka kat paper macam ni, masa tu kecoh satu ofis. Ahaks!! Kelakar betul.. Rasa glamour sekejap. Tapi sekejap je la.. Kat luar, orang bukan kenal pun.. Lain la kalau artis or model terkenal.. hehe..
After that, I think about a few months later, ada lak syarikat model mana tah, ajak aku join kursus modelling diorang for free. So, dengan penuh semangat aku join la course tu yang dibuat every weekend kat Istana Hotel. Kat situ diorang ajarla cara-cara nak jadi model. Nak posing camne, nak make-up camne, nak jalan camne, nak wat portfolio camne and segala-gala about modelling dia ajar. TAPI... aku ni selalunya 'hot-hot tahi chicken'.. Aku rasa adala about 3-4 classes je yang aku attend. Pastu, hampeh.. Bukan apa, malas lak rasanya nak membazirkan weekend aku. Masa tu, aku rasa baikla pi shopping ke merayau-rayau ke dengan my cousin. Oh! ya.. lupa lak nak cerita.. aku pi posing for Malay Mail tu, dengan cousin aku la.. A week after that, muke dia lak kuar paper.. hehe.. Gila glamer kitorang nih.. Ahaks!! Aku ni, kalau apa-apa mesti dengan cousin aku nih (actually 2nd cousin.. tapi kami very close masa tu). Ke hulu, ke hilir mesti berdua. Banyak memori kitorang. Nanti-nanti aku share lagi about our memories. Bila dikenang-kenangkan zaman tu, kadang-kadang tersenyum sensorang.. Takpe lah, semua tu pengalaman, kan? At least, merasa la jugak muke kuar kat paper, walaupun ciput jek.. hehe..