Thursday, September 6, 2007

Maid.. Yes Or No?

Fuhh!! Lega bila pagi ni dah habis lipat 1 bakul kain. Dah beberapa hari kain-kain tu semua tak berlipat. 'M' tu pun, ya jugak. Tapi yang sebetul-betulnya sejak 2-3 hari ni si Akeef buat perangai pulak. Selalunya selepas aja menyusu, aku akan tinggalkan dia dalam cribnya dan dia akan tidur sendiri, kekenyangan. Tapi dalam 2-3 hari ni, bila aku tinggalkan je dia sorang-sorang, dia mula menangis. Kalau setakat nangis sikit-sikit, takpe gak. Ni, nangis sekuat-kuat hati. Hmmm... sabar je la. Bila aku letak dia kat atas rocker kat depan TV, dan aku duduk dekat dia, diam la sekejap. Tapi bila aku bangun je nak buat kerja, dia nangis balik. So, terpaksala aku duduk je mengadap dia, dan kerja-kerja aku pun jadi projek terbengkalai. Bila fikirkan pasal house chores ni, mula la terfikir, bagusnya kalau ada maid. Tapi betul ke bagus kalau ada maid ni? Ya, memangla rumah kita, ada orang yang kemaskan, anak-anak ada orang jaga. Tapi risikonya? Nak cari maid yang bagus bukannya senang. Macam-macam perangai. Dan macam-macam jugak cerita. Anak kena deralah, anak kena culiklah, barang-barang kena curi dan 1001 cerita lagi pasal maid ni. Memanglah bukan semua maid macam tu. Ada jugak yang baik dan boleh diharap. Kalau bernasib baik, dapatla yang baik. Tapi nak cari 1 orang yang baik tu, 1 dalam 1000 pun susah. Macam abang aku, dah berapa kali tukar maid pun, aku tak tau. Maid-maid dia pun, macam-macam perangai gak. Dulu, ada la sorang dua yang baik, tapi dah kawin and mengandung pulak. Macam mana pulak nak jaga anak orang, kalau dia sendiri mengandung?? Yang latest ni pulak, pandai keluar jalan-jalan pergi KL (abang aku dok USJ) bila time abang aku and familynya tak de. Ada at one time, my bro and family balik kg tak bawak dia, coz my sis-in-law nak suruh dia basuh kain. Tiba-tiba masa kat kampung, my bro dapat call dari polis, maid dia dah kena tahan kat balai coz tak bawak permit. Memangla permit dia takde kat dia coz abang aku pegang. Tu la, degil. Abang aku dah cakap, jangan keluar coz permit dia kat abang aku. Tapi dia keluar gak. Ha! dah kena tahan polis. Padan muka. Nasib baik tak kena duduk dalam lokap. Hmm... macam-macam hal.

Husband aku cerita pulak, maid cousin dia pun ada perangai jugak. Sanggup tak makan, sebab malas nak masak. Coz, kalau dia masak, dia takut nanti disuruh memasak pulak. Ada ka cam tu?? Sesetengah maid tu, memang nak kena monitor je sentiasa. Camne nak monitor kalau dua-dua husband and wife bekerja? Hmm... susahnya kalau fikirkan risiko-risiko nak ada maid ni. Tapi, dalam dunia sekarang ni, yang dah semakin 'mata duitan' husband and wife kena kerja untuk tampung perbelanjaan hari-hari. Anak-anak sapa nak jaga? Kalau nak hantar ke rumah orang, sorang dah 2-3 ratus. Kalau dua-tiga orang, dah berapa pulak?? Dah penat-penat balik dari kerja pulak, nak kena buat kerja rumah lagi. At least, kalau ada maid, bayar 400 pun, tak kisah coz balik dari kerja, ada pembantu yang boleh tolong kita buat kerja rumah. Aku ni, Alhamdulillah la, husband aku cukup understanding. And for the time being, dialah pembantu aku yang setia. Setiap hari, bila dia balik dari kerja, walaupun penat, dia tetap akan tolong jaga anak-anak bila tengok aku sibuk kat dapur. Weekend pun macam tu. Bila malam pulak, dia yang akan tolong buatkan susu anak. To those yang ada mak or mak mertua yang tinggal dekat-dekat, tolong jagakan anak-anak, untungla. Tapi kalau mak bapak dok kat kampung, or jauh, camne?? Cam my 2nd cousin. Dia dok kat Rawang, and kerja kat KL. Mak dia pulak, dok kat S. Alam. Dia terpaksa sacrifice, hantar anak-anak dia kat her mother, once a week baru jumpa. Ish! Kalau fikir-fikirkan, tak sanggup aku. Hmmm.. macam mana ya? Maid, oh! Maid.. Nak ambil maid ke, tak nak? Yes or no? Yes or no? Pening, pening.. Ahh!! Nanti la fikir..