Showing posts with label arrghh. Show all posts
Showing posts with label arrghh. Show all posts

Sunday, August 3, 2008

Ssyyyyyy!!!.. Jangan Cerita Kat Orang!! :)

This few days aku selalu gak masuk ke website-website nokia n sony ericsson.. saja-saja je tengok-tengok handphone and communicator yang latest edition.. saja suka-suka.. lagipun, hubby kata dia nak upgrade hp. So, aku pun tengok-tengokkan la jugak.. Bila tengok-tengok communicator tu, aku teringat satu peristiwa yang sampai sekarang ni memang la aku tak boleh lupa..
Masa tu aku kerja kat satu architect firm kat Sunway. Dalam tahun 2000 la, lebih kurang. Bos aku masa tu pakai Nokia Communicator 9210. Kira canggih la.. Frankly speaking, before that, aku ni memang la tak penah pegang communicator ni or benda-benda yang sewaktu dengannya. Walaupun communicator yg 1st sekali dikeluarkan oleh Nokia ialah pada tahun 1996, tapi sekali pun aku tak penah sentuh benda yang bernama communicator tu.. :(
One day, bos aku ada meeting. Before dia masuk bilik mesyuarat tu, dia inform aku. "Ziha, saya nak meeting ni. Nanti adik saya nak datang office. Kalau dia call kat communicator saya, awak tolong jawab ye.." Aku pun, ok je la.. After a while, communicator bos aku pun berbunyi.. Hmm.. adik dia la tu.. So, aku pun dengan penuh confidentnya, tengok nama kat communicator tu, and bila nampak nama adik dia, aku pun jawab la panggilan tu.. "Hello..".. tapi senyap je.. aku hello lagi.. senyap gak.. So, aku just hang up.. And then, 2-3 minit, bunyi lagi.. aku pun jawab.. "Hello".. senyap gak lagi.. Isk!!.. line tak elok la tu.. terputus kot.. So, aku just hang up.. Tak lama lepas tu, bos aku pun kuar dr meeting room.. Dia tanya kat aku, ada tak adik dia call.. aku ckp ada.. tapi terputus.. And then, after dia masuk bilik dia, aku dengar dia bercakap kat telefon.. hhmm, I mean communicator dia.. And then, sambil dia bercakap tu, aku nampak dia berjalan keluar... Bila dia lalu kat depan aku, baru lah aku perasan satu perkara... Laaa...! rupa-rupanya aku jawab call tadi terbalik!!.. Speaker dia kat BELAKANG la!!.. aku jawab kat depan, mcm handphone biasa..... Patut la aku tak dengar suara orang yg call.. Isk!! Malunye... Nasib baik bilik tu, bilik aku sorang je, takde staf-staf lain.. so, takde la orang yang nampak kebodohan aku tu... Haha!!.. Kalau tak, mana la aku nak sorok muke nih.. Hihi... Jangan cerita kat orang lain, ek??!!.. Hahaha..

Thursday, February 14, 2008

Still...

Today, sama macam semalam takde benda yang aku nak tulis.. Hari ni aku menggodek-godek picasa dan mengedit-edit a few photos yang ada kat dalam comp ni. Buat effect-effect yang menarik2 sikit. Tapi macam mana pun, aku still tak berapa expert nak mengedit guna photoshop. Setakat basic-basic tu, boleh la. Isk! Kena belajar ni... Tapi nak belajar katne ek? Sapa yang expert ni? Mmg la ada sorang member aku yang quite expert mengedit gambar guna photoshop ni.. Tapi dia kata nak kena tunjuk depan-depan, kena practical. Takleh belajar online or teori je. Alah.. susah la pulak camtu.. Alamatnya, setakat ni guna picasa pun, picasa laaa...

Monday, February 11, 2008

13 Jam???

Chinese New Year ari tu, kitorang 1 family blk Kelantan.. Balik on Thursday tu, jalan smooth. Tapi bila balik ke KL on Sunday, Mak aiii!!! Jem giloss... Kitorang keluar rumah lebih kurang pukul 11:00 pagi. Memula tu, bila sampai di persimpangan Machang-K.Krai, kenderaan beratur panjang. So, hubby aku buat decision balik ikut Terengganu. Aku pun excited gak coz dah lama sangat tak pegi Terengganu. Dapat lalu pun, jadi laa... Hehe.. So, awal-awal tu, perjalanan kitorang very smooth.. Sempat la singgah kat tepi jalan, beli keropok lekor. Singgah di KT, had our lunch, nasi bungkus yang MIL bekalkan and after that, hubby aku bawak nurin jalan-jalan jap kat tepi pantai.. And then, kitorang singgah di masjid, for solat, bancuh susu n tukar diapers anak-anak2 aku. After that, kami pun teruskan perjalanan. Tak lama lepas tu, ada la sangkut sikit-sikit di few places. Tapi boleh tolerate lagi la. Bila masuk LPT (Lebuhraya Pantai Timur), punya la banyak kenderaan di setiap R&R.. Hmm... tu tak pe lagi, coz jalan still smooth. Kitorang singgah jap di petrol station kat Gambang to refuel. Memang banyak sangat kereta, tapi nasib baik tak queue lama sangat. Kitorang sambung balik perjalanan yang smooth tu. But then, bila dah nak masuk tol Karak... My goodness!! Kenderaan semua bergerak macam siput. Punyala banyak kereta.. Queue punya la panjang.. Entah berapa lama la kitorang terperangkap kat dalam jem tu.. Dan di sepanjang highway tu pun, bergerak perlahan, sampailah ke tol gombak. Lepas daripada tol, barulah hubby aku boleh pecut sikit, masuk ke MRR, nak balik ke rumah di USJ. Ends up, kitorang sampai kat rumah pukul 12:30a.m!! Wow!! Record betullah... 13 jam setengah dok dalam kereta.. Sian hubby aku, penat drive.. Aku pulak, bukan tak nak tolong drive, tapi aku tak biasa dengan jalan tu, and lagipun masa tu aku rasa-rasa cam lesen aku dah mati (at that time I was not so sure until today I find out that my driving licence dah mampos on 5th February ari tu... huhu..) So, itulah dia pengalaman jem yang paling dasat aku penah lalui (tapi hubby aku kata dia dulu lagi teruk, penah stuck 24 hours!!) Fuhh!!

Wednesday, January 23, 2008

Hari-hari Yang Berlalu...

Dari satu tahun baru ke satu tahun baru (dari tahun baru Masihi ke tahun baru Hijrah).. blog ni masih di sini... tak berganjak-ganjak.. Bukan takde aktiviti or bahan-bahan yang boleh dimasukkan, tapi entah mengapa, berat sungguh nak mengadap dan menaip di computer ni.. Nampaknya, aku kena ubah, jadi rajin 'memblog' semula. Sebenarnya, banyak bahan-bahan yang sepatutnya aku share kat sini, tapi tak tertaip dah, coz banyak sangat and sesetengahnya dah lupa pun... Kadang-kadang tu, bila bukak blog ni, setakat bukak je la, tanpa menaip apa-apa.. Entah mengapa la yang jadi rajin sangat macam tu.. tak tau la.. Aktiviti 'berchatting' dengan kawan-kawan di YM pun dan jadi berkurangan.. Sebenarnya, bukan setakat malas mengadap computer je, sekarang ni, membaca novel pun dah jadi tertangguh.. Beberapa buah novel yang dibeli a few months back, masih belum disentuh lagi.. Ada jugak yang masih belum dibuka dari pembalut plastiknya.. Maybe jugak semua ni terjadi coz aktiviti bersama anak-anak dah bertambah. Maklumlah, dua-dua dah semakin membesar. Nurin asyik mintak dilayan membaca. Macam-macam buku yang dia suruh aku bacakan untuk dia. So, aku layankan ajelah, coz nak gak aku pupuk minat membaca pada dia. Akeef pulak, sekarang ni dah kurang sangat tidur siang. Kalau tidur pun, pagi/tengahari/petang paling lama pun, 2 jam.. Kadang-kadang tu, setengah jam or 1 jam je.. So, maybe itulah sebabnya blog ni masih tak bergerak-gerak... Tak pe lah, just wait and see lepas-lepas ni camne lak..

Monday, November 5, 2007

Semut, oh! Semut..

Sakit hati aku bila tengok marble kek kegemaran Nurin yang dibeli 2 hari lepas, dihurungi semut. Hmm.. Banyak lak yang mati di sekeliling bekas kek tu. Nasib baik semut tu tak masuk sampai ke dalam kek. Mana tak nya, tak sempat nak masuk, dah mati.. Kek tu kan manis.. Seperti kata pepatah 'Mati Semut Kerana Gula'.. Padan muka semut-semut tu semua.. haha.. Tapi penat gak la aku nak membuang semut-semut yang mati di luar kek tu. Hish! Species semut yang ada kat rumah aku sebelum ni, tak heran pun dengan kek-kek nih.. Tapi species yang baru ni, semua dia balun.. Isk! Nampak nya, from now on, kalau beli kek aku terpaksa letak dalam fridge je la... Hmm.. Habih tu, camno?....

Monday, September 24, 2007

Alamak!! Close already laaaa...

Disebabkan keterujaan melihat Nurin happy masa bawak pegi Zoo hari tu, aku pun plan dengan hubby nak bawak Nurin ke Sunway Petting Zoo pulak. So, on Saturday, 22nd Sept 2007, dengan berkobar-kobarnya aku and hubby bersiap-siap, nak bawak Nurin ke Petting Zoo tu. Before kuar rumah, sempat lagi surf internet, cari info pasal Petting Zoo tu. Tengok kat website tu, memang best. Ada macam-macam haiwan yang kita boleh pegang-pegang and play with. So, bila dah sampai ke tempat yang dituju, cari punya cari, tak jumpa pulak. Padahal, before this, kitorang pernah gak round-round kat area-area tu, cuma tak masuk je. Now ni, cuma yang ada kat situ, kawasan perumahan and construction. Curiously, my hubby made a phone call to his friend. Unfortunately, his friend informed us that the place had been closed down. Aduh!! frust nya.. Dah tak tau nak tuju ke mana dah, coz tak buat plan B pun before kuar tu, sebab memang tak expect langsung tempat tu dah tutup. So, kitorang pun just pusing-pusing, and singgah ke Brother's di Kelana Jaya coz my hubby nak tengok-tengok barang-barang kereta. Lastly, untuk tidak menghampakan Nurin (dan aku yang frust sebab Petting Zoo dah tutup), kitorang bawak la dia ke tempat peberetnya, Kiddy Rides @ Giant Subang Jaya. Klik kat sini to view photos. Balik je rumah, aku pun cari kat internet info pasal relocation of the Petting Zoo tu.. Hmm.. Memang ada dia tulis kat website tu, "Temporary Closure and Relocation Until Further Notice".. Emmm.. alahai...

Friday, September 14, 2007

Adusss!!!!!

Pagi tadi, selepas menyusukan Akeef, dengan bersemangatnya aku ke dapur untuk menyediakan makanan for bersahur. Masa tu pukul 4.15am. Memandangkan nasi malam tadi masih berbaki, aku just panaskan je. Udang masak lemak cili api pun masih ada. So, aku panaskan gak. Aku cuma menggoreng ikan masin dan masak air. Lepas semua settled, akupun hidangkan everything kat atas meja. Masa tu aku tengok jam baru pukul 4.30am. "Masih awal.." fikirku. Ingatkan, dalam pukul 4.45am barula aku nak kejutkan hubby aku. So, aku pun baring jap kat atas sofa. Tapi, nak dijadikan cerita, aku tertidur pulak. Sedar-sedar dah pukul 5:45am. Alamak!! Macam mana ni? Dengan kelam-kabutnya aku bangun. Tengok dalam bilik, hubby aku tengah tidur lagi. Alamak... camne ni.. Masa tu jugak aku memarahi diri sendiri sebab tidur kat sofa tu.. Adusss!!! Miss la sahur hari ni.. Sian hubby aku, tak bersahur hari nih.. Pas ni aku nekad tak nak baring-baring dah before sahur.. Hmmm.. hampeh!

Tuesday, September 11, 2007

Aduhai Mata...

Pagi ni sejuk betul. Kuat betul angin. Maybe nak hujan lagi. Around pukul 8 tadi, aku bagi susu kat Akeef. And then, bila Akeef dah tidur balik, aku bagi susu kat Nurin lak. Pastu, Nurin tidur balik. Bila tengok dua-dua sedap je tidur, sejuk-sejuk ni and ditambah pulak bilik yang ber'air-cond' mata aku pun layu je... Isk! Kalau ikutkan vitamin 'M' yang banyak ni, boleh tertidur gak ni. Tak boleh jadi, tak boleh jadi. Kalau tidur nanti, satu apa benda pun tak jadi. Kerja-kerja semua terbengkalai. Bangun! Bangun! Yes!! Alhamdulillah.. berjaya jugak aku bangun dari katil yang empuk nih..Aduhai Mata.. tak cukup-cukup lagi ke tidur malam tadi.. isk!