Wednesday, January 23, 2008
Hari-hari Yang Berlalu...
Wednesday, November 28, 2007
Virus 'M'..
Entah kenapa, semenjak dua menjak ni, virus 'M' ni dah menular teruk dalam badan aku. Bukan je malas nak meng'upload' foto-foto, nak membukak blog ni pun, malas. Kadang-kadang tu, nak on computer pun malas. Sometimes, 2-3 hari tak on computer. Kalau on pun, setakat nak tengok email je, and then off balik. Badan rasa lemah je. Bila dok je kat sofa tu, sambil baca buku (Once Removed yang tak habis-habis lagi...) mata pun mula la rasa macam nak terpejam. Cepat-cepat aku bangun, minum air dan cuba-cuba buat kerja lain. Anyway, hari ni berjaya jugak aku menggagahkan diri meng'upload' foto-foto kitorang bercuti di Tiara Beach Resort (TBR) hari tu, ke FP. Actually, masa di TBR, Nurin cukup suka main air. Tapi dia ni cepat pulak fobia. Masa naik slide, ayahnya terlambat nak sambut dia, so dia terjatuh ke dalam air. Lepas tu, terus dia tak nak naik slide tu lagi. Tapi still nak main air, but she would prefer main kat kolam yang luas, yang ada spiral slide (tapi dia takleh la naik slide tu, coz slide tu untuk kanak2 and dewasa je). So, diapun main-mainla kat pool yang besar tu, dengan floatnya. The next day, pagi-pagi lagi kitorang dah turun, bawak Akeef jalan2 dengan strollernya and Nurin main basikal. Oh! actuallay, dari memula kitorang sampai, pagi Sabtu tu baru bawak Akeef turun. Sebelum-sebelum tu, kitorang tinggalkan dia tidur kat bilik... Sian Akeef. But anyway, he is such a good boy. Tak nangis pun. Bila kitorang balik bilik, baru dia bangun. Wanna view our photos kat TBR? Click here. TBR memang family oriented. So, bagi parents-parents yang nak bawak anak-anak bercuti, boleh la bawak ke sini. Macam-macam aktiviti boleh buat. TBR ni jugak di anugerahkan 'Malaysia's Best Family Destination 2007'. So, for me, out of 10 points, aku bagi 9 1/2..
Wednesday, November 21, 2007
I'm Back..
Fuh!! Lama sungguh tak menjenguk dunia blog ni.. lebih 2 weeks.. Hmm.. Actually banyak gak activity2 sepanjang 2 minggu lebih tu. On 8hb-11hb November hari tu, aku and family balik ke Kelantan. My mother-in-law nak ke Mekah lagi. Since father-in-law aku dah meninggal pada 1hb August 2004, lebih 3 tahun yang lepas, so, kali ni emak mertua aku pergi dengan adik dan adik iparnya. On Friday, 9hb November, 2007 buat kenduri doa selamat sikit and sembahyang hajat kat rumah Kelantan. On 13th November, 2007 emak mertuaku, adik and adik iparnya berangkat ke Mekah. Semoga selamat pergi dan pulang. Actually banyak lagi yang aku nak post di blog ni, setelah sekian lama menyepi. Nantilah, bila ada masa terluang lagi, dan yang pentingnya, dah upload semua foto, aku akan post lagi. Adios!!
Posted By
Lady Libra
at
4:36 PM
|
Labels: balik kampung, malas
Tuesday, September 11, 2007
Aduhai Mata...
Pagi ni sejuk betul. Kuat betul angin. Maybe nak hujan lagi. Around pukul 8 tadi, aku bagi susu kat Akeef. And then, bila Akeef dah tidur balik, aku bagi susu kat Nurin lak. Pastu, Nurin tidur balik. Bila tengok dua-dua sedap je tidur, sejuk-sejuk ni and ditambah pulak bilik yang ber'air-cond' mata aku pun layu je... Isk! Kalau ikutkan vitamin 'M' yang banyak ni, boleh tertidur gak ni. Tak boleh jadi, tak boleh jadi. Kalau tidur nanti, satu apa benda pun tak jadi. Kerja-kerja semua terbengkalai. Bangun! Bangun! Yes!! Alhamdulillah.. berjaya jugak aku bangun dari katil yang empuk nih..Aduhai Mata.. tak cukup-cukup lagi ke tidur malam tadi.. isk!
