Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, October 13, 2008

Cerita pasal balik kampung..

Really don't know where to start.. bukan apa, agaknye lemak rendang n lemang dah tepu dalam perut ni.. jadi otak pun ikut sama jadi beku. Ni, nak cerita pasal balik kampung masa raya ari tu.. Actually cadangnye bertolak awal sesangat2.. konon2 nak sahur or paling tidak pun, subuh tengah jalan. Tapi, biasalah bila dah ada anak2 kecik ni, plan mmg selalu lari. So, 29/9 tu(Monday), kitorang kuar rumah after subuh.. Pegi ke Ampang, wat exchange program. Dropkan Akeef kat rmh sepupu hubby and one of their daughters ikut naik kete kitorang.. Bukan apa, kalau setakat 2 bdk kecik boleh la tahan lagi.. Tapi bila dah ada 3 budak kecik dalam 1 kereta utk perjalanan yang jauh (6-8 hours ikut keadaan trafik) susah gak.. Kalau dibuatnye tiga2 nak membuang.. kalau pada masa yg sama, tak pe.. kalau masa lain2.. fuh!! jenuh nak berenti.. So, sbb tu lah di export kan sorang.. and yang selalu jadi mangsa, Akeef la.. sian dia... tapi dia yg paling senang pun.. dengan sesapa pun boleh.. kalau kakaknye, jgn harap la..
Ahamdulillah, perjalanan lancar.. tak de kesesakan langsung n perjalanan kitorang pun mengambil masa lebih kurang 6 jam je. Kitorang stop kejap je untuk ke toilet n then sambung perjalanan. Anak-anak pun ok.. tak de yg buang air besar.. so, tak payah stop utk salin diapers. Sempat gak aku snap a few photos dalam perjalanan tu, especially dari Gua Musang ke Tanah Merah..
Tengok lah, betapa sunyi nye jalan.. best betul!!.. kalau tak, time jem nye, tak tau nak ckp laa.. mesti berderet2 kete..

Muqri, kebanyakan masanye, tido je..

Nurin lak 2-3 kali tido, bangun. Kelihatan gak Nana (anak sepupu hubby) sedang nyenyak tido, siap peluk pooh lagi..

Pintu gerbang kat Gua Musang


Gunung/bukit batu kapur di Gua Musang


Isk!! tengok la kesan2 penggondolan bukit2 di Gua Musang ni..

Hijau... Gunung /bukit yg msh lg terpelihara.. akan digondolkan jgk ke bukit ni nnt? Entahlah..
Bila kitorang sampai di Kuala Kerai, hubby sempat membeli lemang. Mmg byk betul gerai lemang kat situ.. Tak tau nak pilih yg mana satu.. So, kitorang just pilih yang ni..

Mesti makcik2 ni semua heran, apasal la kitorang ni tangkap gambar diorang.. Ni semua idea hubby aku le.. srh masuk dlm blog (supportive giler.. hehehehe..).. Tapi takpe lah.. terasala glamour sikit depa tu.. After that, kitorang meneruskan perjalanan . Nurin, cam biasalah.. kalau dah sampai kat Kelantan ni, mesti cari 'cow' la , 'sheep' la.. 'goat' la.. suke betul dia menengok haiwan2 yg byk kat kampung ni.. n yang kelakornye, binatang apa ntah yang dia tengok, di katanye kangaroo.. hahaha.. nak tergelak gak aku, kat Kelantan ni ade kangaroo..
Yang ni plk, dah masuk town Kuala Krai. Setiap kali raya, akan kelihatan lah banner hari raya 'Selamat Pulang Perantau' cam tu. N aku tak pernah nampak pulak kat negeri2 lain. Tapi now ni, kat Perak pun dah ada.. maybe disbbkan oleh pemerintahan PAS di Perak..

Bila dah sampai ke Tanah Merah, aku sempat la snap gambar Masjid Tanah Merah ni, yang dkt dengan rumah MIL aku..

Ini lah dia juadah berbuka pose kitorang petang tu.. dah siap potong lemang yang hubby aku beli tu.. sedap gak lemang n rendangnye..

Yang ni pulak, air tuak yang hubby aku beli masa dlm perjalanan nak smp ke Tanah Merah. Air tuak ni, bukan la cam air tuak yg boleh mabuk tu. Sebenarnye air nira.. tapi kat Kelantan dipanggil air tuak..

So, setakat ni dulu cerita hari pertama balik kg. To be continued dalam "Cerita Pasal Balik Kampung Part II".
p/s: udah ghope cerita bergambar, entry aku nih.. nsb baik tak jadi dictionary bergambar.. tu le pasal.. ini semuanye disbbkan udah lama sgt idak memblog.. hambik!! Siap ada part II lagi.. tungguuuu!!

Monday, October 29, 2007

Raya Lagi!!

Hari ni dah 17 Syawal.. Ramai orang masih lagi dalam mood hari raya. Open house sana sini. Kalau tak pegi open house pun, masa ni la nak melawat sedara-mara or kawan-kawan yg dah lama tak jumpa (yg selalu jumpa pun pegi gak).. Bukan apa, orang kata, nak mengeratkan silaturrahim.. Dalam ghairah2 beraya ni, janganla lupa pulak nak jaga kesihatan. Nanti, belasah je makan apa-apa, kalau sakit, sapa yang susah? Tak ke diri sendiri dan keluarga jugak... Bawak-bawakla jaga gak diet tu.. Makanla ala kadar je, jangan hentam je, ikut nafsu.. and one more thing, jangan makan dan minum yang manis-manis, jangan makan yang masin-masin.. Takut-takut nanti, daripada takde kencing manis, terus dapat.. daripada takde darah tinggi, lepas raya ni, terus ada.. Bahaya kan, camtu? So, beringat lah sebelum kena. Bercakap pasal kesihatan ni, kesian kat hubby dan anak dara aku. Dua-dua selsema. Nasib baik tak demam. On Saturday, kitorang pegi beraya ke KL, dan malamnya, ke rumah Alang hubby aku di Selayang. Balik, dah dekat pukul 1 pagi. Esoknya, hubby aku terus tak sihat. Nurin lak, memang dah start selsema dari hari Sabtu tu lagi. Lepas makan ubat selsema, kedua-dua beranak tu tidur. Hubby aku kat atas sofa, anak dara aku lak, terlentang kat depan TV. Sian aku tengok. Tapi tu bukan sebab salah makan coz beraya. Maybe because of cuaca yang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Hmm.. By the way, yang aku ni, bila la boleh nak turunkan berat badan ni?? Dulu, masa awal-awal kawin, pinggang seluar 27 je. Now ni, dah 29. Camne nih? Tapi apa-apa pun, aku tetap berazam, nak menguruskan badan lagi, sampai boleh mencapai balik berat aku masa memula kawin dulu dan boleh pakai balik seluar-seluar yang lama-lama. Hehe.. Boleh ke, ek? Belum cuba, belum tau...

Friday, October 19, 2007

Small Gath - Ex-student SKGP

Masa raya hari tu, eventhough 1st - 3rd raya kat Kelantan tapi Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak berjumpa dengan kawan-kawan lama di kampungku di Gopeng, Perak. Aku balik ke Perak masa raya ke-4. So, on raya ke-5 aku dijemput oleh Gta ke rumahnya di Kampung Chulek. Kawan-kawan lain as Timah, Jaymah dan Ila pun dijemput gak. Disebabkan aku tak berapa ingat jalan nak ke rumah Gta tu, so aku ke rumah Timah dulu. Janjinya pukul 2 lebih ke rumah Gta. Tapi pukul 2 tu aku still lagi kat rumah, sibuk menyiapkan anak-anak. Maklumlah, ada 2 orang anak kecik. Kalau anak-anak dah besar, senang sikit, boleh bersiap sendiri.. So, aku sampai di rumah Timah pun dah pukul 2 lebih. Lepas duduk sembang-sembang, minum-minum dan makan kuih raya, dalam pukul 3 lebih baru lah kami bergerak ke rumah Gta. Sampai kat rumah Gta, kami dihidangkan nasi ayam... Hmm... memang best Gta masak.. Jaymah sampai lambat sikit. Katanya dia dah start kerja hari tu, tapi rupa-rupanya MC... So, kitorang pun tunggu sampai Jaymah tiba dengan Diah (aku tak kenal), kawan diorang masa di sekolah menengah kat Gopeng. Jumpa kawan-kawan lama ni, memang best.. Macam-macam cerita yang keluar. Lama gak la di rumah Gta tu.. on Friday, before balik ke KL, sempat gak aku singgah di rumah Jaymah. Timah and Ila pun ada. Gta takde, demam katanya.. hehe.. demam sebab penat memasak kot, Ta... hehe.. Kat rumah Jaymah, kami dihidangkan dengan Puri yang kakak ipar Jaymah buat.. Kami semua tak pernah makan Puri ni, memang best! (Jangan jeles Ta.. hehe.. Kao pernah maken Puri to.. tak apo laa.. bagi can la kek kami pulo.. hehe).. Nasib baik la aku dah kenyang coz before keluar rumah dah breakfast.. kalau tak, mau habis semua Puri tu aku makan.. Tu pun control-control gak.. ahaks!!.. Around 12:30pm kami pun gerak dan aku sampai ke USJ lebih kurang 2:30pm coz jalan clear, tak jem langsung.. Hmm... balik la mengadap bandar yang sesak dan menghirup udara yang tak segar di bandar nih... But aku still in Hari Raya mood... Click here for photos at Gta's and Jaymah's house..

Thursday, October 18, 2007

Subhanallah...

Pada 12hb Oktober, 2007, sehari sebelum raya, aku menyibuk-nyibukkan diri kat dapur Mak mertuaku.. Sedang tengok-tengok sepupu hubbyku memotong daging, tiba-tiba aku terperasankan something yang cukup familiar. Selalunya aku just tengok di akhbar atau internet/email.. Tapi yang ni, betul-betul kat depan mata aku.. Daging yang dipotong tu, ada kalimah menyerupai kalimah Allah.. Aku pun, apalagi... Aku susun satu-satu daging yang ada kalimah tu, dan cepat-cepat aku suruh hubbyku snap gambar.. Subhanallah.. Ini memang mengingatkan kita, Allah sentiasa ada di mana-mana..

Inilah dia, 4 keping daging (bersusun) yang telah dipotong yang ada kalimah menyerupai kalimah Allah.. Subhanallah..

Wednesday, October 17, 2007

Balik Kampung..Ooooo... Balik Kampung.. Raya!!

Memandangkan pada bulan puasa emak aku berada di rumah Kak Ngahku di Ipoh, so, pada 11hb Oktober 2007, lebih kurang pada pukul 6.30 pagi, aku dan hubby pun bertolaklah ke Ipoh. Cadangnya, nak gerak pada pukul 2 or 3 pagi tu.. Tapi nampak gayanya hubby aku tak larat and ngantuk. So, lepas sahur dan sembahyang subuh, kami pun berangkat. Alhamdullilah, jalan tak jem. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun sampai di rumah kakakku di Ipoh. Di Ipoh, takde apa aktiviti sangat and the next day, on 12th October, lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak ke Kelantan, melalui East-West Highway. Alhamdulillah jugak, perjalanan kami lancar, walaupun ada beberapa orang pemandu yang bawak kereta macam orang gila - double line pun nak memotong. Sampai di Kelantan lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Sampai je kat rumah my mother-in-law, rupa-rupanya kakak iparku dah sampai terlebih dahulu. Nasib baik gak la kitorang ke Kelantan ikut Perak, coz menurut cousin hubby aku, jalan Gua Musang- Kuala Krai, jem sesangat.. Hmm.. biasala, kalau time nak balik raya, kat area tu selalu jem. Petang tu, berbuka puasa ramai-ramai.. memang best. On 13th October, Raya. Pagi tu, masa semua orang sembahyang sunat Aidilfitri, aku tinggal kat rumah jaga anak-anak dan menghidangkan makanan di atas meja makan. On hari raya ni, seperti biasa, kat rumah mother-in-law aku, memang ramai orang datang. But anyway, sempat gak la kami berposing sakan. Klik kat sini for our Raya photos. Actually, banyak lagi gambar2 lain, tapi tu je yang aku masukkan kat FP. On 2nd and 3rd day raya, kitorang ke rumah sedara mara hubby aku. Biasa la, kalau dah raya tu, makan, makan dan makan je la... Habis diet aku!! hehehe.. On the 4th day raya, kami gerak ke Perak. Bertolak lebih kurang pukul 3.30pm dan sampai ke rumah Mak aku di Gopeng, lebih kurang pukul 9.30pm. Lambat sikit dari masa balik Ke Kelantan hari tu, coz maklumla, masa balik Kelantan, bulan pose, tak payah berenti makan... Tapi time balik Perak ni, kami berenti makan kat Lenggong, 1 jam setengah gak la berenti tu.. Masa dalam perjalanan, kat Kelantan tu sempat gak la aku snap gambar kereta-kereta yang memotong ikut kiri...



Ni la antara kurita-kurita yang kureng ajar tu...Isk! Ikutkan hati, nak je aku hantar gambar tu kat polis.. biar kena saman... padan muka! Sabar je la.. Anyway, perjalanan ok dan lancar gak walaupun ada sangkut sikit-sikit kat highway nak ke Ipoh disebabkan kereta-kereta yang tak sabar-sabar nak memotong lori-lori. So, lebih kurang pukul 9.30pm tu, kami pun sampai rumah and nasib baik masa sampai tu, Mak aku belum tidur lagi. Kalau tak, jenuh gak la nak mengetuk pintu. Lepas setel-setel semua benda, letak je kepala kat bantal, mata pun terus pejam... ZZZZZZZZ

Monday, October 8, 2007

Final Shopping for Raya @ Sunway Piramid

Hari Sabtu hari tu (6/10/2007), aku, hubby and anak2 pergi ke Sunway Piramid. 1stly, tujuannya nak ke kedai Sony Ericsson coz hubby aku nak belikan hadiah birthday untuk aku.. hehe.. Best nye!! Bila masuk je Sunway Piramid tu, aku rasa cam lost sekejap. Tak tau di mana dan ke mana nak dituju. Dah lain sangat Sunway Piramid ni after renovate. Semakin besar dan banyak sungguh kedai kat dalam tu. Jaya Jusco pun ada. So, apalagi, kitorang pun amik peluang untuk final shopping for raya kat situ. Memandangkan dah lama tak pergi ke sana, kalau ikutkan aku, nak je round seluruh Sunway Piramid tu. Tapi memandangkan bulan pose, dan badan pun letih, so, tak jadi le, and kitorang just tuju ke kedai/tempat yang betul-betul nak pergi je. Tak larat nak round-round and tengok-tengok kedai-kedai lain. But, aku rasa next time kalau pergi, memang aku nak round puas-puas kat dalam tu. Dalam penat-penat tu, sempat gak la aku snap beberapa photo anak aku (sebenarnya excited nak try camera phone baru.. hehe).. Klik sini to view photos.

Tuesday, September 25, 2007

Melewati Detik Itu..

Hari ni, 25hb September 2007, bermakna genaplah umur Akeef 4 bulan. Dia dah pun mula meniarap sejak beberapa hari yang lepas. Kalau dulu, masa Nurin 1st time meniarap, aku cepat-cepat tangkap gambar dia. Pendek kata, setiap apa yang 1st time pada Nurin, mesti aku abadikan dalam album. Tapi tidak pula pada Akeef. Aku pun tak se 'excited' dulu. Maybe sebab Akeef ni 2nd child, jadi tahap keterujaan tu, kurang sikit. Tapi tak bermakna pulak aku mendiskriminasikan anak-anak. Bukanlah juga bermakna aku sayangkan Nurin lebih daripada Akeef. Tidak sekali-kali. Level sayangku pada anak-anak sama je. By the way, enough of that. Aku bukan nak tulis pasal tu pun. 25hb September ni, bermakna dah 13 hari kita berada di bulan Ramadhan. Tak lama lagi dah nak raya (waaa... talking about raya already aaahh? Puasa baru je 13 hari.. hehe). Semua persiapan untuk raya, sedikit sebanyak mesti dah disediakan. Tahun ni aku tak tempah baju pun. Just beli siap je. Macam tu jugak untuk Nurin. Senang. Lagipun, sekarang ni banyak pakaian yang dijual, cantik-cantik and murah-murah lak tu. Talking about raya, terkenang aku masa zaman kecik-kecik dulu. Seronok betul masa tu. Lepas je family aku balik dari sembahyang raya, kitorang mesti beramai-ramai ke kubur abah. Lepas tu ke rumah sedara mara yang terdekat. Raya kedua dan ketiga memang kutunggu-tunggu. Masa tu la aku dan kawan-kawan beramai-ramai pegi beraya satu kampung. Semua rumah kawan-kawan kitorang pergi. Kadang-kadang tu, rumah orang yang kitorang tak kenal pun, masuk gak. Maklumlah, nak kumpul duit raya. Kalau dulu, tak kisah pun kalau orang bagi coins je sebagai duit raya. Dapat lima puluh sen pun dah cukup seronok. Apatah lagi kalau dapat seringgit. Dah petang, baru balik. Pendek kata, bila balik rumah tu, poket baju mesti berat dengan coins. Bila malam pulak, mesti tak miss main bunga api dan mercun. Seronok betul bila diingat-ingatkan masa tu. Tapi tu dulu. Masa budak-budak. Now ni, bila dah 'di ambang sore' ni, keseronokan raya tu dah jadi lain. Kalau dulu, sehari dua lagi nak raya pun, dah terasa seronoknya. Masa tu la tolong Mak tukar langsir, tukar sarung cushion, kemas rumah. Tengok Mak buat kuih (kadang-kadang je tolong. Tapi bila bukak pose je, tak sabar-sabar nak makan kuih tu). Maybe bagi sesetengah orang, keseronokan raya tu tetap sama dari dulu sampai sekarang. Tapi bagi aku now ni, seronoknya hanya bila dapat berkumpul adik beradik, makan ramai-ramai. Ye la, sekarang ni bila setiap kali raya je, dah nak kena fikir banyak benda. Berapa banyak duit nak dikeluarkan, nak beli itu, beli ini. Tu, belum masuk lagi duit raya yang nak dibagi-bagi pada anak-anak buah dan budak-budak. Fuh!! Bajet untuk raya je, kurang-kurang RM2K. Hmm.. Dulu, masa budak-budak mana nak fikir tu semua. Tau seronok je. Dah la pulak tu, budak-budak now ni, mana pandang lagi duit-duit besi ni. Semua nak duit kertas je. Kalau bab kuih raya pulak, jawabnya setiap kali raya memang buat 'kuih tunjuk' je la. Nak buat?? Hhmmm.. jawabnya tak de la.. Kalau dulu, masa bujang ada la gak aku buat kuih dengan kawan-kawan. Best gak. Now ni, dah tak kuasa dan dah tak rajin (bukan malas tau.. hehe). And then time-time dekat nak raya ni jugak la pening kepala nak fikir pasal balik kampung. Nak kena fikir bila time yang sesuai nak gerak, so that jalan tak jem. Kalau salah planning, maknanya kena la mengadap jem berjam-jam kat atas highway tu. Bila malam raya pulak, kalau time dulu-dulu meriah dengan bunga api dan mercun, main kat halaman rumah. Tapi sekarang ni semuanya diharamkan. Jawabnya, masing-masing dok je la depan tv, tengok rancangan-rancangan hari raya dan kadang-kadang movies yang dah berapa kali ulang pun tak tau la.. So, bila dikenang-kenangkan raya dulu-dulu memang lagi best daripada sekarang ni. Tapi apa-apa pun, Hari Raya memang untuk budak-budak coz diorang je yang sentiasa happy bila raya, sama la cam aku masa budak-budak dulu..