Monday, July 28, 2008

Bila Waktu T'lah Berakhir - Opick



Lagu dari Opick ini cukup menyentuh jiwa.. Dengarkan dan hayatilah liriknya..

Friday, July 25, 2008

Hari-hari Yang Penuh Cabaran..

Dok rumah, taking care of 2 small kids + 1 baby.. dalam keadaan diri aku yang masih berpantang, fuh!!.. memang la mencabar.. Bila aku feel a bit down and tired, aku mula terfikir, bila la maid aku nak sampai ni?? Tapi aku cepat-cepat pulak fikir pasal orang dulu-dulu, mak-mak kita yang kena jaga kita, tanpa bantuan sesiapa pun.. and also pasal orang-orang susah yang terpaksa jaga anak-anak sendiri, yang kecik-kecik and ramai.. Diorang tu mana ada maid.. tapi still boleh membesarkan anak-anak.. Kalau diorang semua boleh buat, kenapa aku tak leh, kan? Semua tu menguatkan semangat aku balik.. And Alhamdulillah, hubby pun banyak membantu bila dia ada kat rumah.. So, kurang la sikit beban aku... Aku mmg la teramat suke bila hubby ada kat rumah.. hehe.. hinggakan kadang-kadang aku mintak dia tak payah pegi office.. Bukanla sebab nak menyusahkan dia membantu aku kat rmh, tapi setakat menjadi peneman aku, melayan kerenah anak-anak dan juga kawan bersembang.. yer laa.. tetiap hari bersembang dgn budak-budak kecik dua orang tu je... tepu gak otak ni.. hehe..
Minggu pertama berpantang, tak la terasa penat sangat.. Masa tu, hubby cuti seminggu.. Akeef lak, di eksport ke rumah cousin hubby kat Ampang, dalam lbh kurang 10 hari.. Masa tu rindu gak kat Akeef.. Tiap-tiap hari aku call ke Ampang, bertanyakan Akeef.. Masa lipat baju Akeef pun, kadang-kadang airmata bergenang, teringatkan dia.. And then, bukak comp or handphone, tengok gambar-gambar Akeef.. rindu betul kat dia.. After that, 2nd week tu pulak, MIL ada kat sini, membantu aku apa-apa yang patut.. mmg appreciate sgt dengan kehadiran dia, walaupun sekejap.. And then, bila MIL dah balik ke Kelantan, hubby lak pergi kerja, tinggallah aku dengan anak-anak.. Budak-budak besar tu.. tau-tau aje lah.. macam-macam ragam.. Aku pun dh jadi macam tarzan dah kat rumah ni.. hehe..
Setiap hari, rutin aku sama je.. lepas settle kan baby, abangnye pulak, and then last sekali baru kakaknye.. (coz si kakak selalu bangun paling lambat sekali..) Penat tu, memang la penat.. Tapi seronok dapat membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri, dan tengok anak-anak membesar depan mata.. Terfikir jugak, macam mana la bila aku dah start kerja nanti? Nak menyerahkan anak-anak ke tangan maid.. isk.. risau tu, memang risau.. tapi nak buat camne? Berserah dan tawakkal aje lah.. harap-harap maid aku tu nanti seorang yg bertanggungjawab dan boleh diharap.. Aminn..

Thursday, July 24, 2008

Friendship Remains..

'Friendship remains and never can end..' I came across the phrase a long time ago, during my school days.. And yup.. I agree with the phrase and always do. And true enough, I never forget all my close friends. Hence, I never give up in searching my long lost friends, whom are some I managed to track back nonetheless many are still missing. Click here for a few photos of some of my long lost friends..
Each time I flip through the pages of my album, I couldn't stop myself from smiling, reminiscing all the good times with my buddies. And seeing all the faces I missed, always make me think of their whereabouts. In my heart, I always believe that one day I'll meet them, regardless the time and places. I do sometimes feel like putting an ad in the newspapers, searching for them.. macam jejak kasih la.. haha..
So, one fine day, I just tried my luck to search for one of my long lost friends in the Facebook.. Tadaa!! There she is!! I've found her! I've found her! Fuh!! Finally... After about 18 years missing, I managed to find her.. in FB!.. I was so happy and immediately added her as my friend in FB.. Day after day, I keep on waiting for her to accept my request.. Days gone by, but still no reply from her.. So, I sent her another message.. and, finally, after a few more days waiting, I received a message from her, apologizing for not attending to my message immediately, since she's very busy. Well, I don't care, as long as I can keep in touch with her again. I sent her another message, asking for her contact number and got it after a few more days waiting.. :[
After that, aku tengok email address dia kat FB.. Ok, dia ada YM... So, aku pun add dia as one of my contacts kat YM. Received her approval. Ok, great.. a good sign.. and then aku hantar IM kat dia... surprisingly, received her reply immediately.. aku pun rasa seronok.. dapat 'berchatting' dengan dia. Tapi after a while, I felt the chemistry is not there anymore.. On my side, I felt so happy that I managed to find her and keep in touch with her again.. but on her side, I felt like she's as cold as an ice.. Aku rasa seronok and excited sgt bila dapat chat dengan dia.. tapi aku tak rasa, dia rasa apa yang aku rasa.. (???).. Hmm.. I do not know what went wrong.. Is it because dah lama sangat tak jumpa, or... I don't know.. Tapi, kalau lah disebabkan dah lama tak jumpa dia jd camtu, aku pun lama tak jumpa dia, but aku rasa happy bila dapat jumpa balik.. Actually, after I had her number, I was looking forward to talk to her on the phone.. asking her this and that.. but after her 'cold' response while on YM that day, made me think twice to call her.. Or may be I am being too sensitive.. May be she's just busy as she said.. Well.. who knows? Ok, anyway, one day I will call her.. One day.. One fine day.. Takkanlah disebabkan benda-benda tu, aku nak end this friendship lak, kan? Lagi pun, masa berkawan dulu kitorang memang tak pernah ada masalah.. kitorang quite close and pernah jadi bedmate pun (katil double decker laa..). Gambar-gambar aku berdua dengan dia pun banyak. So, takkan lah jugak disebabkan prasangka aku tu, aku nak sia-siakan usaha aku mencari dia tu, kan? Apa-apapun, aku nak teruskan jugak niat murni aku ni.. :) because, for me.. Friendship remains, and never can end...

Sunday, July 13, 2008

He's Arrived..

Now dah seminggu lebih aku berpantang.. Kehadiran orang baru dalam family, cukup membahagiakan..

9hb Julai, 2008.. 7:30 am. Aku terjaga dari tidur. Perut rasa cam tak berapa best.. Rasa contraction yg extra skt dari biasa. At the same time, aku rasa cam nak buang air.. So, dengan malas n berat, aku bangun gak pegi toilet. Masa dalam toilet tu, aku dah terfikir.. Hmm.. Jangan la bersalin hari ni.. Susah gak kalau bersalin hari ni.. dibuatnya time hubby aku takde kat rmh, pegi keje.. camne ek? Isk!! Tak nak arr.. Tapi rasa contraction and sakit pinggang lain macam je dah ni.. Suruh hubby tak yah pg keje la hari ni.. Isk.. tapi semalam, dia ckp dia ada urusan penting lak kat office hari ni.. Kalau dibuatnye ini just false alarm je and aku tak bersalin pun hari ni, sian lak kat dia.. Camne ek? Hmm.. Aku fikir, tak pe lah.. Just harap-harap je la tak bersalin hari ni.. Due date, betul-betul lagi seminggu.. 16hb Julai, hari Rabu.. so, next week, suruh je la hubby start cuti awal, on Monday. But then, after kuar je toilet aku rasa cam ada something kuar.. cek-cek.. Alamak!! Darah!!.. Tengok hubby aku dah takde kat tempat tidur. Dah masuk bilik air, nak mandi la tu.. Aku lak, tak la panic, coz tak rasa sakit sangat pun.. Masa tu aku just fikir pasal ke mana nak hantar anak-anak je. Dalam kepala otak aku just terfikir rumah my bro, since rumah dia yg paling dekat dengan rumah aku n dia pun ada maid yg boleh tolong jagakan anak-anak aku sekejap. Aku masuk bilik, amik baju n diapers anak-anak2 and masuk dalam beg. At the same time aku panggil hubby aku yg kat dalam bilik air and inform dia yang aku dah start bleeding. After settle kan baju anak-anak, aku buat susu untuk Akeef yg baru bangun tidur and sempat la bagi susu kat dia dulu. Nurin yang tengah tidur pun terpaksa digerakkan. Lepas salin baju Nurin, amik pulak susu n makanan untuk bekalan anak2 kat rumah my bro nanti.. After that aku call abang aku, bagitau yang aku dah nak bersalin n nak hantar anak-anak. Dia pun suruh hantar je kat rumah dia. And then, discuss dengan hubby sama ada nak hantar aku dulu or the kids dulu.. Lastly, kitorang decide to send the kids first.. Lagipun aku belum rasa sakit sangat, so, rasanya sempat untuk hantar diorang dulu. Alhamdulillah, jalan tak jem. And Alhamdulillah, masa hantar kat rumah my bro tu, anak-anak tak meragam.. Risau gak aku kalau-kalau Nurin nangis-nangis.. Tapi Alhamdulillah, dia boleh lambai-lambai tangan masa kitorang tinggalkan dia. Sampai je kat hospital - QHC Medical Centre (yang mmg dekat dgn rumah aku), kebetulan ada parking space betul-betul kat depan hospital.. Lega gak, coz selalunya time office hour mmg susah nak dapat parking. Kalau tak silap aku, masa sampai QHC tu, jam dah pukul 9 lebih, coz aku masuk-masuk je kat situ, dah ada a few people yang duduk menunggu giliran nak jumpa doctor. And then, aku disuruh duduk kat wheel chair and ditolak naik ke labour room. Sampai kat labour room, aku naik kat katil (the same katil masa aku lahirkan Akeef dulu.. ) And then nurse yang ada kat situ, cek aku.. dia tanya, aku dah buang air ke blm, so aku pun jwb, dah.. and then dia lekatkan wire2 kat perut aku.. aku tanya, tak perlu bagi ubat buang air lagi ke? Dia kata dia nak cek dulu.. Lepas dia cek, dia cakap jalan dah bukak 7.5cm.. so, takleh nak pegi toilet dah.. Kalau nak buang air kecik pun, kat atas katil tu je.. and dia akan bagi mangkuk.. Dalam hati aku, nasib baik la aku dah buang air besar kat rmh tadi.. Dalam pada tu, rasa sakit makin bertambah sikit-sikit.. Tetiba lak la aku nak buang air kecik.. aku bagitau kat nurse, and as she said earlier, dia letak mangkuk.. cam apa je, buang air cam tu.. susah lak tu nak kuar, coz dlm keadaan baring.. setel semua, rasa sakit memang la semakin bertambah.. Cam biasa, aku genggam tangan hubby aku kuat-kuat.. Selawat, selawat gak.. menjerit, menjerit gak.. Setiap kali contraction tu, aku akan tanya jam kat hubby aku, nak tau berapa minit time-lapse antara contraction tu.. Tak lama lepas tu, doktor datang.. dia kata nak pecah kan air ketuban.. Lepas pecahkan air ketuban, hubby aku pun tanya berapa lama lagi nak tunggu.. and doktor cakap around 45 minutes - 4 hours lagi.. aduh!! aku pun cakap.. lamanye lagi nak sakit cam ni... tapi tak sampai 10 minit, rasa sakit makin kuat.. memang sah! aku nak bersalin dah.. nurse-nurse pun dah cakap, kepala baby dah nampak.. so, aku apa lagi.. menjerit la sekuat-kuat hati, panggil doktor.. hehe.. padahal, bukannye takde nurse yang panggilkan.. tapi tu la, disebabkan sakit sangat, aku tak kira dah.. hihi.. bila doktor datang je, aku jerit, "cepat la doktor!!"... hehe.. apa yang aku suruh cepat, tak tau la.. haha... and then, 2 or 3 kali push je, baby dah kuar.. Alhamdulillah... fuh!! lega sangat-sangat.. Aku siap tanya kat doktor, ada buat episiotomi tak? doktor kata takde.. koyak naturally.. aku tanya lagi.. jagged tak? haha.. doktor kata, tak.. straight and sikit je.. Alhamdulillah.. Masa doktor tgh menjahit tu, nurse pun bagi aku tengok baby.. And surprisingly, baby bukak mata, tengok kat aku.. hehe.. hilang terus rasa sakit yang teramat sangat tadi tu.. After that, hubby aku pun azankan. So, after settle semua, termasuk acara jahit-menjahit, aku pun dibawak ke bilik aku.. So, itulah dia, ceritanya.. Settle la semua.. memang teramat-amat melegakan.. Baby tu, kami namakan MOHAMED AQIL MUQRI. Semoga bila dewasa nanti dia menjadi seorang yang bijak dan terpelajar serta seorang yang kuat beribadat... Aminn.. Here are a few photos of my new bundle of joy..

The reason of my sleepless night...



*Note: (Gambar 5 & 6 ni, ihsan dari Meem Peanutbutter.. Tq meem)

To view more photos of Aqil Muqri, please click here.

Thursday, July 3, 2008

Nurin's Creativity..

These pics were captured sometimes last week.. setiap kali bagi biskut ni kat dia, dia akan bina bangunan.. at first aku tangkap gambar biskut tu je.. the second time dia buat lagi, dia srh aku tangkap gambar biskut tu dgn dia sekali... hhmm...