Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

Nurin's 'morey' cum pyjama-birthday bash :)

Maaflah, entry ni terlambat post.. dah ditaipkan dlm draft, tapi takde masa nak post..
On Nurin's bday haritu, kitorang berbuka pose kat rmh kakak ipar aku di rumah barunye. Actually before this, sebelum abang aku nak ke Dubai, dia penah ajak kitorang pegi makan-makan kat sana. Tapi masa tu aku baru je bersalin. So, tak dapat la nak pegi. And masa hujung minggu pertama bulan Ramadhan pun, kakak ipar aku ada gak ajak kitorang berbuke kat sana tapi, since kitorg ada hal, so tak dapat pegi. Disebabkan 17/9 ari tu, Selangor public holiday, so kakak ipar wat masak2 sikit, and ajak lagi kitorang ke rmh dia tu. So, kali ni kitorang pegi la. Time buke tu, cam biasa la.. makan.. Nurin bukan main seronok lg main2 dengan sepupu2 dia. Akeef pun tak ketinggalan.. :)
Lepas je berbuka, aku bgtau kat kakak ipar aku tu, hari tu bday Nurin. Dia pun ckp, apsal tak bgtau awal2, blh beli kek n celebrate. Aku senyum je la. Rupe2nye, lepas je setel berbuka, dia ajak kitorang ke Starbucks dekat dengan rmh dia tu, nak celebrate bday Nurin.. :)
At first, aku n hubby rasa cam tak payah la.. lagipun nak ngangkut budak2, dgn Akeef n Muqri lg.. Tapi last2 kitorang agree je, since anak2 dia pun ada.. So, after setel2 sumer kat rmh dia tu, kitorang pun gerak le ke Starbucks tu.. Kakak ipar aku belanja sumer.. air, kek 2 potong (sbb kat situ ada kek2 yg dah dipotong jek.. ) n chicken cajun (yg mmg yummy)
Actually, yg kelakarnye budak2 sumer pakai baju tido.. since kakak ipar aku insist gak nak pegi starbucks tu, takpe le.. nak wat camne.. anak2 dia pun pakai baju tido sumernye.. hihi.. dia ni mmg kepala rock skt.. tak de hal punye.. :)
So, here are the photos masa hari tu, kat rumah my SIL and also kat starbucks..





Monday, June 23, 2008

Akeef dah Setahun..

Pada 25/5/08 hari tu, genap lah umur Akeef setahun.. Aku n hubby tak plan pun nak buat apa-apa untuk birthday Akeef memandangkan keadaan aku yang tgh sarat sgt ni. Tapi kakak ipar aku yang memang suka sangat kat Akeef ni, insist gak nak buat. Dia cakap bukan nak buat besar-besar, just kitorang2 je, (which means kakak ipar aku n family, adik ipar aku, my MIL and family aku..). So, dia la yang belikan kek untuk Akeef. Aku n hubby cuma beli kuih sikit2 n drinks.. tu je.. Orang kata, cukup syarat je.. Memang simple giler... Here are the photos..

Monday, March 24, 2008

Happy Birthday, My Darling...

Today, 24th March.. is my hubby's birthday.. Happy Birthday, Dear.. There's no word to express my feelings towards u.. I love you so much till the end of my life, and till death do us part..

Monday, October 1, 2007

Happy Birthday to Me!!

Actually, semalam aku lupa the date was 30/9/2007 dan sekaligus juga semalam aku terlupa yang today is going to be 1st October, sehinggalah suami aku wish birthday pada tengah malam tadi. Alamak!! Dah tua laaa... 34 tahun!! Hmm.. kalaulah angka 3 tu boleh ditukar balik kepada 1 or 2, kan best?? Hmm.. Tak dapek nak nolong... Setelah termenung-termenung tadi dan merenung masa hadapan, aku terfikir, apa yang aku dah capai selama 34 tahun ni ek?? Takde! Zero! Ni tak leh jadi nih! Mesti buat something. Tapi apa? Aku kena majukan diri. Takkan dah 34 tahun, masih di takuk ni jugak.. Oh! No!!.. I have to do something with my life.. Yess!! Azam 34 tahun ni, 'Majukan diri'.. I have to! I have to! (jangan setakat berazam je, dah la.. hehe)..

Monday, September 17, 2007

Happy Birthday My Dear..

Hari ni, 17hb September, 2007 genaplah umur Nurin 2 tahun. Happy Birthday my dear. Tapi sian Nurin, tahun ni tak leh nak celebrate birthday dia, coz bulan puasa. But anyway, semalam 16hb September, 2007 kitorang dah bawak dia ke Zoo Negara, after sekian lama aku tak menjejakkan kaki ke Zoo Negara tu. Actually tak plan pun nak ke sana. Tapi dah kebetulan berada di sekitar area tu, aku pun dengan pantasnya menyuarakan idea aku nak ke Zoo tu kepada hubby aku. At first, hubby aku tak nak coz memandangkan hari yang mendung dan bulan puasa lak tu. Tapi entah kenapa, dia berubah fikiran. So, kitorang pun jadi gak la melawat kawan-kawan lama kat Zoo tu.. hehe.. Mahal gak bayaran nak masuk Zoo now ni.. Lima Belas Hengget.. Masuk je kat dalam tu kitorang naik tram. Maklumla, kitorang tak bawak stroller for Akeef and aku just pakai sling je untuk dukung budak kecik tu. So, terpaksala kitorang naik tram tu. Seronok betul si Nurin dapat tengok haiwan-haiwan secara live. Biasanya dia dapat tengok dalam buku je. And dia pun memang dah kenal a few animals such as elephant, tiger, lion, monkey, bear, donkey, bird, fish and a few other animals. Bila tengok singa, diapun mengaum macam singa. Half way, kitorang pun turun, berjalan. Bila tengok Akeef cam panas je dalam sling, aku pun bukak la sling tu. Penat gak mendukung budak kecik ni. Maklumla, dah 6 kg lebih. Mau tak rebeh bahu aku dibuatnya. Sambil berjalan-jalan tu, sempatla kitorang berposing sikit-sikit.


Yang seronoknya pegi Zoo ni, bila tengok Nurin happy when dia tengok animals kat sana. Dulu memang pernah gak bawak Nurin ke Zoo Taiping, tapi masa tu dia belum pandai sangat lagi. At that time, dia belum pandai berjalan pun lagi. So, dia tak leh la nak explore sangat. Semalam, masa kat zoo tu dia dapat tengok animal show gak. Bukan main seronok dia dapat tengok Seal dan Sea Lion tu beraksi. Bila Seal tu tepuk tangan, dia pun ikut sama tepuk tangan. Tapi macam manapun, tak puas sangat berjalan masa hari tu coz, yang 1stnya, hari hujan and kitorang pun tak dapat la jalan kat dalam tu puas-puas and yang 2ndnya, time puasa. So, kena tahan je la dahaga tu, walaupun banyak kedai kat dalam tu. Maybe next time pergi lagi. Nak view more of our photos, click here.