Monday, June 30, 2008

Andai Ku Tahu...

Yahoo!! Akhirnya berjaya gak aku memasukkan autoplay youtube dlm blog ni.. ahaks!! udah jenuh aku try dari malam tadi, sampai pukul 3.30 pagi, tak tido (last2 tengok EURO2008 smp pukul 5:00 pagi..) And pagi2 lagi aku dah sms Peanutbutter. Cam ni le bunyi SMS tu (bunyi ke?? sms ada suara ke?? hantam sajalah..)
AKU: "Salam, PB (bukan nama sebenar.. heheh), ko bz ke? Aku nak mintak tlg ko ni. Urgent! (Cheh! Urgentla sgt, kn? :P) hehe.. Actually aku nak tnye ko, cmne nk wat autoplay youtube nye vid kt dlm blog, cam yg ko wat vid clip 'dewiku' tu? Smp pkl 3.30pg aku menggodek comp ni, x jugak! hampeh!
PB: "Siot je urgent :P Boleh le aku ajor tp kena tunjuk ko dpn laptop. Kt phn susah nk explain"
Hmm.. Nak tunggu si PB ngajor kat laptop la pulek.. Ok lah, takpe lah, nak wat camne.. Kena la tunggu time dia dtg rumah (maybe time aku dalam pantang nanti kot), ngajor.. Sementara tu, tanpa putus asa, aku godek2 & godek lagi laptop nih.. cari lagi tutorial kat Youtube tu.. Voila!!! Akhirnya!! Aku berjaya!! Cepat-cepat aku sms PB, bgtau akhirnya aku dah berjaya gak wat autoplay youtube tu.. ahaks!! Besh! Besh! Hasilnya, seperti yg korang tengok video UNGU kat tepi tu.. Hihihi.. Gumbiranya!! Apa2pun, tq gak to PB, coz.. 1) sebab aku tgk video clip dlm blog ko la aku teringin gak nak ada video clip.. ahaks!! 2) sebab nak jugak usaha tolong aku nanti, bila datang rumah, walaupun tak sempat nak tolong.. hehe..
Anyway, aku nak gak letak lirik lagu ni kat sini (walaupun dah ada dalam video clip tu), coz this song is one of my hubby's favourites.. Actually, aku pun sama.. :P
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
MalaikatMu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu…

- By UNGU

Friday, June 27, 2008

Dah Boleh Bersalin Dah... ?

Semalam pergi rutin check-up.. Memula tu bwk nurin jumpa pediatrician kat situ dulu for her Hepatitis A injection.. Lepas tu, aku lak jumpa my doc. Masuk je bilik doc tu, and bila doc tengok je kad/folder aku, dia pun cakap "Oohh.. you ni dah 37 minggu dah ni.. boleh bersalin anytime je.. So, bila dah rasa sakit-sakit and ada cecair or darah keluar, you cepat-cepat datang, ok?".. Aku pun angguk-angguk je la, sambil menjeling kat hubby aku.. Anytime from now?? Isk!! suspen gak.. Hehe... walaupun ini bukan 1st time bersalin, tapi aku tetap suspen.. Entah kenapa la.. So, from now on aku kena ready n standby je la.. Hopefully jangan lah terawal daripada apa yang doc predict dulu tu.. Supposedly 16/7.. Hopefully tak lari jauh dari date tu.. Kalau terawal or terlewat setakat sehari dua dari date tu, takpe lah.. Jangan la dibuatnya terawal seminggu or dua minggu.. isk!! Susah gak.. Memang kelam kabut jadinya.. Tapi apa-apapun, yang penting aku berdoa, segala-galanya selamat.. aminn...

Thursday, June 26, 2008

Updating.. updating..

Dalam minggu ni aku penat meng'update' blog n fotopages aku.. Memang banyak sungguh yang dah ditinggalkan.. Disebabkan aku tgh sarat n sakit-sakit pinggang ni, kerja meng'update' tu ambik masa lebih panjang sikit daripada yang sepatutnya.. Mana tak nya, setiap a few minutes, aku kena rest.. baring.. sakit pinggang dok lama-lama depan computer.. Baru nak start lagi, dah kena pegi toilet lak.. asik nak buang air kecik je.. isk!! Memang penat.. And baru je nak start balik, Akeef lak merengek2 nak susu.. hehe.. Kadang-kadang, punya sibuk meng'update', sampaikan tak sedar masa berlalu.. kelam-kabut nak solat, sebab dah dekat-dekat hujung-hujung waktu.. Macam-macam.. Anyway, walaupun macam tu, aku tetap nak update kan gak blog n FP, coz nnt bila aku dah bersalin, kena tinggal lagi blog ni n FP aku tu.. Mayb after a few days or seminggu dua lepas bersalin, baru la aku boleh mengadap comp ni balik.. isk!! boleh ke?? Boleh ke aku tak ngadap comp ni selama tu?? Hehehe.. Balik kampung sehari dua pun, rasa cam tersiksa je bila tak menaip or ngadap comp ni.. apa lagi la 2-3 minggu.. Lagi satu bila teringatkan FB... lagi la tak sabar-sabar nak ngadap comp.. hhmm.. takpe, wait n c.. hehe..

Wednesday, June 25, 2008

New Member..

Hehe.. bukan new member apa.. new member kat bookshelf aku je.. New member dalam family, kena tunggu lagi 3 minggu.. Anyway, tajuk buku yg baru aku beli tu.. "Can You Keep A Secret?" by Sophie Kinsella. My friend si Mims Peanutbutter yang rekomen, srh baca buku nih... Thanks Mims.. (Mims.. bila aku baca buku ni, aku tengok cara penulisan kau, sama mcm dia.. Now I know where u get the inpiration from.. hehe.. ) Memang best giler buku ni.. Eventhough aku baru je start baca a few pages, tapi dah tergelak-gelak sakan.. Hehe.. nasib baik tak terberanak.. haha.. Maybe after this, aku akan beli all the books by Sophie Kinsella ni pulak, and jadi her fan macam si Mims.. hehe..

Monday, June 23, 2008

Akeefku Botak!!

Bila setiap kali menyikat rambut Akeef, aku akan terfikir untuk potong rambut dia.. Dah panjang sangat. Aku pernah gak tanya-tanya kat hubby, bila nak potong rambut Akeef.. And akhirnya, satu hari tu, projek pun dijalankan. Aku ingatkan nak potong sikit je. Rupa-rupanya botak terus si Akeef.. hehe.. After one year, baru 1st time Akeef botak. Dulu, masa Akeef masih baby, masa bercukur pun, just cukur n potong sikit je. Tak dibotakkan pun.. Kelakar gak tengok dia botak ni. Ayah dia memang suka la tengok Akeef botak.. hehe.. Kakak dia pun asyikla tergelak masa mula-mula tengok Akeef botak tu.. hehe.. Tapi bila acah-acah nak botak kan dia, dia tau pulak tak nak.. hehe.. So, ini lah dia si Akeef bila dah botak..



During the process..



After..


.. Oh, No!! My hair!!

Akeef dah Setahun..

Pada 25/5/08 hari tu, genap lah umur Akeef setahun.. Aku n hubby tak plan pun nak buat apa-apa untuk birthday Akeef memandangkan keadaan aku yang tgh sarat sgt ni. Tapi kakak ipar aku yang memang suka sangat kat Akeef ni, insist gak nak buat. Dia cakap bukan nak buat besar-besar, just kitorang2 je, (which means kakak ipar aku n family, adik ipar aku, my MIL and family aku..). So, dia la yang belikan kek untuk Akeef. Aku n hubby cuma beli kuih sikit2 n drinks.. tu je.. Orang kata, cukup syarat je.. Memang simple giler... Here are the photos..

Like Father, Like Daughter!

Aduh!! Perangai ayah and si daughter, sama je.. Dua-dua suka membuli Akeef.. Hehe.. Tengok la gambar kat bawah ni, and u'll know what I mean.. Si kakak memang la cukup suka bila tengok adik dia pakai topeng tu.. Yang si Akeef tu pulak, diam je bila orang buat macam-macam kat dia. Tapi kadang-kadang dia merengek-rengek gak datang kat aku, dengan topeng tu kat muka dia.. Maybe suruh aku bukakkan. Aku pun, bila tengok dia merengek-rengek camtu, mula la membebel kat dua-dua beranak tu, suruh bukak topeng tu.. Ada ka pakaikan topeng Doraemon kat Akeef?? Haha.. Kalau topeng Power Rangers ke, Superman ke.. ok la gak.. hehe.. Hmm.. tengok la photos kat bawah ni... isk!!

Sunday, June 22, 2008

Thank God.. It's Not Dengue..

Since dah lama tak menulis kat sini, banyak betul cerita n peristiwa yang aku tertinggal.. Antaranya bila Nurin demam early May hari tu.. Memang merisaukan. Demamnya turun naik, turun naik.. 2 kali bawak ke klinik, still the same. At the same time, dia cirit-birit pulak.. Aduh!! lagi aku risau. Bila makan ubat, panas badannya akan surut kejap. But then, after a few hours, dia akan naik balik.. Naik pulak tu, bukannya sikit-sikit.. sampai 40 darjah celcius.. Parents mana yang tak risau, kan? Dia pun lembik semacam dan asyik baring je. Bila suhu badannya turun sikit, barula dia bangun n nak main-main gak dengan Akeef. Tapi bila tempreture naik balik, dia akan terbaring balik.. Sian betul, aku tengok. Last-last, aku n hubby bawak Nurin jumpa Pediatrician. Doctor tu bagi different kind of ubat. Masa jumpa doctor tu, aku terus tanya if ada simptom2 lain sebenarnya. And doctor tu pun cakap dia pun afraid if it is dengue.. tapi dia tak nak cakap dulu.. And dia cakap lagi, after makan ubat ni, if still tak ok, dia suruh cek darah.. takut2 denggi. Isk!! Risaunya!! Risaunya!! Setiap kali Solat, aku mesti berdoa supaya disembuhkan demam Nurin dan janganla ada penyakit-penyakit lain disebalik demamnya. After 2 kali makan ubat tu, Alhamdulillah.. Nurin kembali sihat. Suhu badannya makin turun n tak naik-naik dah.. Lega betul aku.. Selera makan dia pun dah ok balik..

One thing aku nak cerita, dulu before Nurin demam teruk tu, dia cukup senang nak makan ubat. Suruh je makan ubat, dia akan nganga dengan senang hatinya. Tapi, maybe sebab dah terlalu lama demam and bermacam-macam ubat yang dia kena makan, dia jadi fobia dengan ubat. Setiap kali suruh makan ubat, dah jadi macam 'wrestling' lak.. Aku terpaksa kepit-kepit dia. And dia pulak akan menangis-nangis.. Sian betul.. Tapi nak buat camne? Ubat tu kena bagi gak.. Kalau tak camne nak sihat, kan? So, setiap kali nak bagi ubat tu, aku terpaksa kuatkan dan tabahkan hati, tengok dia menangis2 dan menjerit.

Nak dijadikan cerita lak, after 1 month demam tu, on early June (malam before tido) aku rasa badan Nurin panas sikit. Tak pasal2 Nurin demam lagi. Nasib baik ubat demam dia yg last month still ada lagi. Cepat-cepat aku bagi ubat tu kat dia. Cam biasa, kena la aku berperang lagi dengan dia, time nak bagi ubat tu. The next day, suhu badannya naik tinggi, dekat2 40 darjah celcius. Nak bagi ubat, masalahnya dia tak makan. Mayb takde selera. Susu pun dia tak minum. Last-last terpaksa la aku bagi ubat rectum. So, setiap 6 jam sekali, aku akan bagi Nurin ubat, and setengah jam sekali aku akan monitor tempreture dia. Kalau dia tak makan or minum susu, aku terpaksa guna ubat rectum.. After 2 days, suhu badannya betul-betul turun and tak naik-naik dah. Alhamdulillah. Aku memang betul-betul lega.

Tapi Nurin ni memang suka berposing, dalam demam-demam dia pun, dia sempat lagi posing kalau nampak camera.. Ayahnya pun memang suka tangkap gambar dia, walau dalam keadaan apa pun.. Here are the photos time Nurin demam..