Showing posts with label rawa. Show all posts
Showing posts with label rawa. Show all posts

Friday, May 23, 2008

Holla!! I'm Back..

Wow! Lama betul tak menulis kat sini.. Dah sebulan lebih rupa-rupanya.. Hmm... Dalam jangka masa sepanjang sebulan lebih ni, actually byk betul yang berlaku.. Kalau nak ikutkan chronological order, mmg dah tak leh nak ingat dah.. Puncanya aku tak menulis kat sini, ialah kekeringan idea + Vitamin M.. Biasa la, vitamin M tu mmg sentiasa ada dalam badan ni.. haha.. Oh! Ya!.. ditambah pulak penglibatan dalam FB.. So, masa aku lebih banyak dihabiskan dengan mengadap FB.. Addicted?? Hmmm.. Nak kata addicted sangat tu, tak la.. tapi boleh la sikit2, coz bila 1 hari tak bukak FB ni, rasa cam tak lengkap je hidup ni.. haha!! Ye ke?? Sebenarnya ada satu game kat situ yang membuatkan aku terus mengadap FB tetiap hari.. Adik ipar aku la yang punya angkara ni!!.. Isk!! Masa memula upload game tu, aku n hubby tetiap hari tido pukul 2-3 pagi.. Dasat sungguh!! Hehehe.. Now ni la baru slow sikit. Slow2 pun, tapi tetiap hari mesti nak bukak gak game tu.. Ok, enough of FB.. Last week, on 18th May, 2008 aku balik kampung coz nak wat 'berjojak' Akeef. Dulu aku penah post kat sini gak pasal 'berjojak' Nurin masa dia dah pandai berjalan. Boleh view the post kat sini. Now ni bila Akeef dah pandai berjalan, so, buat la 'berjojak' untuk Akeef lak. Asal-usul keturunan Rawa dan adat 'Berjojak' ni pun aku pernah post kat blog ni. To view the post, click here. To view gambar Akeef 'Berjojak' pulak, please click here.

Friday, September 7, 2007

Aku Anak Rawa

**Sumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat. Yang menjadi masalah dua putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah seorang puteri yang di panggil PUTI. Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan menjadi raja, iaitu anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti juga perempuan. Lantas, rakyat bukit siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja, puti membantah namun tak diendahkan.

"Kalau kamu berkehendak juga, ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR, TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari tingkap dan cacakkan tombak ditanah."

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung tanah melayu.**

Itulah cerita Sumpahan Raja Rawa yang aku dapat mengenai asal-usul keturunan Rawa yang berpantang tanah di Malaysia ni. Maybe ramai yang tahu tentang beberapa suku kaum di Malaysia ni, seperti Jawa, Banjar, Mandailing dan sebagainya. Namun, tak ramai yang tau tentang kewujudan Kaum Rawa. Kaum ni merupakan kaum minoriti, dan kebanyakannya terdapat di Gopeng, Perak dan segelintirnya di Tanjung Malim dan juga Tapah. Ada juga terdapat di beberapa tempat lain, tapi bilangannya tak la banyak. Walaubagaimanapun, aku bukanlah nak bercakap mengenai Kaum Rawa ni in detail, coz aku ni bukanla 'Pejuang Kaum Rawa' atau, 'Perempuan Rawa Terakhir', jauh sekali pakar tentang kaum Rawa ni. Namun sebagai salah seorang anak keturunan Rawa, aku tetap rasa bertanggungjawab gak nak memperkenalkan sedikit tentang kaum aku ini, walaupun banyak gak site yang kita boleh surf untuk cari pasal 'Rawa' ni. Kalau orang boleh kenal Jawa, kenapa tak boleh kenal Rawa, dan kalau Mawi bangga dengan 'Jaworld'nya, kenapa aku tak boleh berbangga dengan 'Raworld' ku, kan?

Rawa ni, seperti juga kaum-kaum lain, ada keunikannya yang tersendiri. Dari makanannya, sehingga ke dialeknya juga berbeza. Sejenis kuih Rawa yang dipanggil 'Kelamai' hanya orang Rawa je yang tau buat. Kalau orang cakap 'kelamai' je, mesti tau yang tu kuih orang Rawa. Dan kalau cakap je 'Rawa', orang akan tau pasal kelamai. Pendek kata, 'kelamai' dan 'Rawa' tu dah jadi sinonim. Nak buat kelamai ni bukan mudah. Banyak sungguh prosesnya dan tak semua orang Rawa pulak yang tau camne nak buat kelamai ni (termasukla aku..haha). Walaubagaimanapun, disebabkan semangat yang berkobar-kobar nak memperkenalkan kelamai ni kepada umum (chewah!!) pagi-pagi buta lagi aku pun telefon mak aku, tanya dia camne nak buat kelamai. Terkejut mak aku, bila tanya pasal kelamai. "Aku dah tak larat nak buat dah.." kata makku, lalu aku pun bagitau kat dia yang aku bukan nak suruh dia buat, tapi aku just nak tau je. Memang dulu, masa aku kecik-kecik, kalau raya je mak aku mesti buat kelamai, without fail. Masa tu dia akan dibantu oleh Allahyarham Pak Teh aku. Memang aku ingat sikit-sikit proses nak membuatnya, tapi to confirm in detail, tu yang aku tanya mak aku tu. Dia pun terangkan satu-satu. Firstly, kena cari buluh kelamai. Dulu, masa kecik-kecik, aku selalu ikut mak aku masuk hutan, cari buluh ni. Buluh kelamai ni, bukan buluh biasa cam buluh lemang. Buluh kelamai ni tebal, dan kena cari buluh yang muda sikit. Bahan-bahannya pulak:

  1. Beras Pulut - 1 gantang (mak aku bagi sukatan dalam gantang, so aku pun ikut la)
  2. Gula Merah - 3 kati
  3. Gula Putih - 3 kati
  4. Kerisik daripada 2 biji kelapa
  5. Tahi minyak daripada 3 biji kelapa

Beras pulut tu dikisar jadi tepung, tapi tak lehla terlalu halus cam tepung tu.. and then gula merah dan gula putih tu dimasak, jadi air gula. And then, digaulkan bersama tepung tadi. After that, adunan tu disimpan. On the 2nd day, masukkan kerisik dan tahi minyak (make sure kerisik and tahi minyak tu dah sejuk). And then simpan balik. Sementara adunan tu disimpan, boleh la mengerjakan buluh tu pulak. Buluh tu, dipotong (lebih kurang cam panjang lemang) and kena buang lak ruas-ruas kat dalamnya tu. After that, kena kupas kulitnya sehingga bila kita pegang dan tgk kat matahari, boleh nampak bayang-bayang tangan kita kat buluh tu. Selagi tak nampak bayang-bayang tangan tu, kena la kupas lagi. Coz, kalau still tebal, mentah pulak la kelamai tu. After that, basuh la buluh tu. And then on the 4th day, barulah boleh dimasukkan adunan tadi tu ke dalam buluh. Pastu, bakar la cam bakar lemang. Tapi nak bakar kelamai ni, ambil masa lebih kurang 8 hours. Pendek kata, sementara nak tunggu kelamai ni masak, kita yang masak dulu.. hehe.. Nak test sama ada kelamai ni masak ke tak, kena guna buluh yang dah di raut jadi cam lidi (tapi besar sikit dari lidi). Pastu, cucuk ke dalam kelamai tu and kalau adunan tadi dah tak melekat kat buluh tu, that means kelamai tu dah masak. Boleh la di angkat. Dah la memasaknya bukan main susah, nak makan pun satu hal lagi. Nak memotong or membelah kelamai ni, bukan boleh sebarang potong or belah. Bukan boleh belah je, cam belah lemang. Ada caranya pulak, iaitu macam mengupas tebu. Bila dah belah tu, potongla macam potong lemang tu. Fuh!! Barulah boleh dimakan. Kalau nak lagi sedap, boleh la makan dengan kelapa.

Bahasa atau dialek Rawa pulak, kalau orang tak biasa dengar, memang pening kepala.. Haha.. Tapi macam mana pun, aku tetap bangga. Contohnya, panggilan nenek bagi orang Rawa ialah 'Uci'. Kalau atuk lak, jadi 'Nenek', tapi sebutannya 'Ninek'. Pakcik atau yang berpangkat ayah saudara lak, dipanggil 'Mamak' dan Makcik, yang berpangkat mak saudara, dipanggil 'Uwo'. Hmm.. kalau nak belajar dialek Rawa ni, banyak gak. Rasanya tujuh hari tujuh malam pun tak khatam lagi. Tapi takpe, korang boleh belajar dialek Rawa ni kat http://rawaku.blogspot.com

Aku ni bukanlah pakar dialek Rawa, tapi demi untuk memperkenalkan dialek Rawa ni kepada umum, aku rasa, dalam blog tu ada la aku bagitau sikit-sikit setakat yang aku tau. Bukan apa, aku rasa ramai generasi baru Rawa sekarang ni (especially yang mak or ayah bukan dari kaum Rawa) yang tak berapa tau cakap Rawa. Maybe diorang faham, tapi nak cakap tu, payah sikit. Contoh yang terdekat dengan aku, anak-anak buah aku sendiri. And aku rasa, anak-anak aku sendiri pun nanti, mesti tak tau nak bercakap dialek Rawa ni.

Tapi apa-apa pun, Rawa ke, Jawa ke, Banjar ke or apa-apa aja lah, kita tetap rakyat Malaysia, dan jangan sekali-kali lupakan asal-usul kita. Jika merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.

Tuesday, September 4, 2007

'Pantang Tanah' dan Adat 'Berjojak' Melayu RAWA

Pada hari Khamis, 19 Julai 2007, balik daripada ofis, suamiku membawa bersamanya senaskhah surat khabar. Katanya ada one article kat dalam paper tu yang dia nak aku baca. So, akupun belek-belek la paper tu. Rupa-rupanya mengenai 'Adat Berjojak Melayu Rawa'. Aku terus tersenyum dan membacanya. Tapi bila dah habis baca, agak hampa gak coz apa yang ditulis oleh penulis tu, bukanlah specifically mengenai adat 'berjojak' tu. Dia sebenarnya just nak bercerita mengenai 'homestay' kat Gopeng yang dia pergi and secara tak langsung bercerita sikit mengenai adat 'berjojak' tu. So, cerita mengenai adat tu, tak la diceritakan dengan detail. View the article kat http://www.hmetro.com.my/ (variasi - santai).

Jadi, bila teringat pasal article yang pendek tu, aku pun rasa teruja pulak nak menulis mengenai 'adat berjojak' ni, coz tak semua orang tau mengenai keujudan adat yang unik ni.

Actually, 'Adat berjojak' ataupun dalam bahasa standardnya 'berjejak' atau 'turun tanah' ini ialah adat turun-temurun orang-orang RAWA yang berasal dari Sumatera Barat. Adat 'berjojak' ini diamalkan oleh orang-orang RAWA yang 'pantang tanah' dipercayai daripada keturunan raja-raja di Sumatera tersebut (termasuk la aku!! Keturunan raja tau!! hehe).

Anyway, aku takla mengamalkan betul-betul adat ni, coz rasanya daulat raja tu dah takde kot. Maklumla, kitorang ni keturunan yang dah entah ke berapa ribu kot.. Lagipun, ini just adat. Kalau buatpun, just untuk menyedapkan dan menjaga hati emak aku, supaya dia tak rasa terkilan. So, kitorang just buat yang basic je.

Dari apa yang diceritakan pada aku oleh emak, orang-orang tua RAWA dulu, akan memastikan sekiranya anak-anak perempuan mereka mahu melahirkan anak, perutnya mestilah diikat dengan kain kuning dan bayi yang lahir itu juga mesti disambut dengan kain kuning (tapi aku tak buat cam tu pun.. hehe). Sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, bayi tersebut akan mula 'berpantang tanah', yang bermaksud tak boleh terkena tanah langsung. Bayi tersebut juga dilarang daripada terkena bunga-bunga wangi, memakai perhiasan yang dibuat daripada emas, dan naik buaian (sekiranya nak naik buaian juga, mestilah menggunakan kain hitam dan dijampi oleh bidan or orang yang expert dalam adat ni). Sebelum urinya ditanam ia mestilah dibalut dengan kain kuning, bersama-sama dengan bahan-bahan lain, seperti bertih and a few other things (aku tak ingat apa benda-benda yang lainnya). Kemudian, bidan or expert (tak tau nak sebut apa, coz expertise ni bukan pengamal perubatan or bomoh. Dalam kes aku ni, the 'adat' expert is my uncle) tu akan menjampi ibu kunyit hidup untuk bayi tersebut. Kegunaan kunyit ni adalah untuk disapukan kepada sendi-sendi bayi tersebut sekiranya dia terkena tanah atau barang larangan tadi (anak-anak aku ada gak kunyit ni, tapi tak pernah guna pun... orang kata, buat cukup syarat je...hehe). Orang-orang tua RAWA dulu percaya bahawa sekiranya bayi tersebut menangis tak henti-henti, tapi bukan disebabkan sakit atau sebagainya, bermakna bayi tu mungkin terkena tanah atau terlanggar pantang. Jadi kunyit tu akan disapukan kepada bayi tersebut. Mereka juga percaya, kalau pantang tanah ini dilanggar dan adat 'berjojak' tu tak disempurnakan, akan terjadi sesuatu yang tak elok kepada budak tersebut. Aku tak nak la percaya benda ni, coz kalau percaya, dah jatuh syirik namanya. Aku laksanakan adat ni pun, as I said earlier, just nak penuhi kehendak mak aku supaya dia tak kecil hati.

Pantang tanah ni akan berterusan sampai bayi tersebut boleh berjalan dan dah pandai melangkah bendul pintu, maka bolehlah dibuat upacara 'berjojak' ni. Walaubagaimanapun, mengikut kata pak cik aku tu, tak perlu menunggu sampai boleh berjalan, sebaliknya bila bayi tersebut berumur 10 bulan pun, dah boleh dibuat upacara ni, dengan beberapa syarat yang ditentukannya. Namun, syarat-syarat tu bukanlah syarat-syarat yang berat.

Pada malam sebelum upacara 'berjojak' tu, budak kecil tersebut akan dipakaikan dengan inai di tapak tangan dan kakinya (jenuhlah aku membalut tangan dan kaki anak aku malam tu, takut terkena inai kat cadar). Pada hari 'berjojak' tu pulak, dia akan dipakaikan dengan pakaian berwarna kuning. Kalau perempuan, baju kurung atau gaun kuning dan kalau lelaki, baju melayu kuning, siap dengan sampin dan tengkolok, yang juga berwarna kuning, ala-ala raja, gitu.. Alat-alat yang diperlukan untuk acara ni pula ialah 7 jenis bunga (yang ditabur dan budak tu akan berjalan atas bunga-bunga tersebut), bertih, beras putih dan kuning (beras yang digaul dgn kunyit serbuk), 3 ketul bedak sejuk yang di warnakan 3 warna iaitu putih, kuning dan hitam, tanah liat yang juga diwarnakan 3 warna, tiga batang lilin, sebentuk cincin emas, sebilah keris kecil, sebiji limau dan seketul kunyit (macam dalam gambar kat bawah ni). Kalau tempat upacara tersebut dijalankan tak ada kawasan bertanah, selonggok tanah akan disediakan ditepi tempat 'berjojak' tersebut. Sekaki payung kuning dan sebiji gong kecil pun akan disediakan dan gong tu akan diketuk masa upacara ni berjalan. Kadang-kadang, mercunpun digunakan juga. In my case, semua bahan ni, pak cik aku yang sediakan. Aku just bawak anak aku je.

Sebelum dipimpin untuk berjalan di atas bunga-bunga tu, pak cik aku membaca jampi (tak taula jampi apa) dengan memegang tangan dan kaki anak aku. Masa ni, anak aku dah menangis-nangis dah. And menurut kata pak cik aku tu, kebanyakan budak akan menangis masa upacara tu (kecuali sorang! Anak saudara aku @ Along. Masa tu dia boleh tido!) And then tangan dan kakinya disapukan dengan tanah liat tadi. Aku tak ingat berapa kali kena berjalan atas bunga tu dan berapa kali di sapukan dengan tanah liat dan cincin emas tadi, tapi after that, kakinya dicecahkan ke atas longgokan tanah yang kat tepi tu. And then, lepas selesai, anak aku dipayungkan dengan payung kuning tadi, ke tempat mandi yang disediakan. Kalau tak silap aku, ada limau nipis dalam air tu. After that, selesailah upacara tu. Sesetengah expert akan suruh berpantang, i.e takleh berjalan bawah rumah dan bawah penyidai. Tapi in my case, tak payah pantang coz pakcik aku kata tak de pantang apa-apa. Dia cuma membekalkan sebiji limau nipis.

After three days, barulah aku boleh melepaskan anak aku di atas kawasan yang bertanah (atas padang pun tak apa, asalkan ada tanah sikit-sikit) dengan berkaki ayam (sekejap je). And then, after that di mandikan dengan air limau nipis yang dah dibekalkan before balik tadi. So, selesailah semuanya. For more photos on adat 'berjojak' ni, tengok la gambar-gambar anak aku kat sini.