Friday, May 23, 2008
Holla!! I'm Back..
Tuesday, September 4, 2007
'Pantang Tanah' dan Adat 'Berjojak' Melayu RAWA
Jadi, bila teringat pasal article yang pendek tu, aku pun rasa teruja pulak nak menulis mengenai 'adat berjojak' ni, coz tak semua orang tau mengenai keujudan adat yang unik ni.
Actually, 'Adat berjojak' ataupun dalam bahasa standardnya 'berjejak' atau 'turun tanah' ini ialah adat turun-temurun orang-orang RAWA yang berasal dari Sumatera Barat. Adat 'berjojak' ini diamalkan oleh orang-orang RAWA yang 'pantang tanah' dipercayai daripada keturunan raja-raja di Sumatera tersebut (termasuk la aku!! Keturunan raja tau!! hehe).
Anyway, aku takla mengamalkan betul-betul adat ni, coz rasanya daulat raja tu dah takde kot. Maklumla, kitorang ni keturunan yang dah entah ke berapa ribu kot.. Lagipun, ini just adat. Kalau buatpun, just untuk menyedapkan dan menjaga hati emak aku, supaya dia tak rasa terkilan. So, kitorang just buat yang basic je.
Dari apa yang diceritakan pada aku oleh emak, orang-orang tua RAWA dulu, akan memastikan sekiranya anak-anak perempuan mereka mahu melahirkan anak, perutnya mestilah diikat dengan kain kuning dan bayi yang lahir itu juga mesti disambut dengan kain kuning (tapi aku tak buat cam tu pun.. hehe). Sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, bayi tersebut akan mula 'berpantang tanah', yang bermaksud tak boleh terkena tanah langsung. Bayi tersebut juga dilarang daripada terkena bunga-bunga wangi, memakai perhiasan yang dibuat daripada emas, dan naik buaian (sekiranya nak naik buaian juga, mestilah menggunakan kain hitam dan dijampi oleh bidan or orang yang expert dalam adat ni). Sebelum urinya ditanam ia mestilah dibalut dengan kain kuning, bersama-sama dengan bahan-bahan lain, seperti bertih and a few other things (aku tak ingat apa benda-benda yang lainnya). Kemudian, bidan or expert (tak tau nak sebut apa, coz expertise ni bukan pengamal perubatan or bomoh. Dalam kes aku ni, the 'adat' expert is my uncle) tu akan menjampi ibu kunyit hidup untuk bayi tersebut. Kegunaan kunyit ni adalah untuk disapukan kepada sendi-sendi bayi tersebut sekiranya dia terkena tanah atau barang larangan tadi (anak-anak aku ada gak kunyit ni, tapi tak pernah guna pun... orang kata, buat cukup syarat je...hehe). Orang-orang tua RAWA dulu percaya bahawa sekiranya bayi tersebut menangis tak henti-henti, tapi bukan disebabkan sakit atau sebagainya, bermakna bayi tu mungkin terkena tanah atau terlanggar pantang. Jadi kunyit tu akan disapukan kepada bayi tersebut. Mereka juga percaya, kalau pantang tanah ini dilanggar dan adat 'berjojak' tu tak disempurnakan, akan terjadi sesuatu yang tak elok kepada budak tersebut. Aku tak nak la percaya benda ni, coz kalau percaya, dah jatuh syirik namanya. Aku laksanakan adat ni pun, as I said earlier, just nak penuhi kehendak mak aku supaya dia tak kecil hati.
Pantang tanah ni akan berterusan sampai bayi tersebut boleh berjalan dan dah pandai melangkah bendul pintu, maka bolehlah dibuat upacara 'berjojak' ni. Walaubagaimanapun, mengikut kata pak cik aku tu, tak perlu menunggu sampai boleh berjalan, sebaliknya bila bayi tersebut berumur 10 bulan pun, dah boleh dibuat upacara ni, dengan beberapa syarat yang ditentukannya. Namun, syarat-syarat tu bukanlah syarat-syarat yang berat.
Pada malam sebelum upacara 'berjojak' tu, budak kecil tersebut akan dipakaikan dengan inai di tapak tangan dan kakinya (jenuhlah aku membalut tangan dan kaki anak aku malam tu, takut terkena inai kat cadar). Pada hari 'berjojak' tu pulak, dia akan dipakaikan dengan pakaian berwarna kuning. Kalau perempuan, baju kurung atau gaun kuning dan kalau lelaki, baju melayu kuning, siap dengan sampin dan tengkolok, yang juga berwarna kuning, ala-ala raja, gitu.. Alat-alat yang diperlukan untuk acara ni pula ialah 7 jenis bunga (yang ditabur dan budak tu akan berjalan atas bunga-bunga tersebut), bertih, beras putih dan kuning (beras yang digaul dgn kunyit serbuk), 3 ketul bedak sejuk yang di warnakan 3 warna iaitu putih, kuning dan hitam, tanah liat yang juga diwarnakan 3 warna, tiga batang lilin, sebentuk cincin emas, sebilah keris kecil, sebiji limau dan seketul kunyit (macam dalam gambar kat bawah ni). Kalau tempat upacara tersebut dijalankan tak ada kawasan bertanah, selonggok tanah akan disediakan ditepi tempat 'berjojak' tersebut. Sekaki payung kuning dan sebiji gong kecil pun akan disediakan dan gong tu akan diketuk masa upacara ni berjalan. Kadang-kadang, mercunpun digunakan juga. In my case, semua bahan ni, pak cik aku yang sediakan. Aku just bawak anak aku je.
Sebelum dipimpin untuk berjalan di atas bunga-bunga tu, pak cik aku membaca jampi (tak taula jampi apa) dengan memegang tangan dan kaki anak aku. Masa ni, anak aku dah menangis-nangis dah. And menurut kata pak cik aku tu, kebanyakan budak akan menangis masa upacara tu (kecuali sorang! Anak saudara aku @ Along. Masa tu dia boleh tido!) And then tangan dan kakinya disapukan dengan tanah liat tadi. Aku tak ingat berapa kali kena berjalan atas bunga tu dan berapa kali di sapukan dengan tanah liat dan cincin emas tadi, tapi after that, kakinya dicecahkan ke atas longgokan tanah yang kat tepi tu. And then, lepas selesai, anak aku dipayungkan dengan payung kuning tadi, ke tempat mandi yang disediakan. Kalau tak silap aku, ada limau nipis dalam air tu. After that, selesailah upacara tu. Sesetengah expert akan suruh berpantang, i.e takleh berjalan bawah rumah dan bawah penyidai. Tapi in my case, tak payah pantang coz pakcik aku kata tak de pantang apa-apa. Dia cuma membekalkan sebiji limau nipis.
After three days, barulah aku boleh melepaskan anak aku di atas kawasan yang bertanah (atas padang pun tak apa, asalkan ada tanah sikit-sikit) dengan berkaki ayam (sekejap je). And then, after that di mandikan dengan air limau nipis yang dah dibekalkan before balik tadi. So, selesailah semuanya. For more photos on adat 'berjojak' ni, tengok la gambar-gambar anak aku kat sini.
