Wednesday, September 19, 2007

Apa Nak Jadi??

Belum habis lagi berita mengenai kehilangan adik Nurin Jazlin sejak 20 Ogos lalu, kita dikejutkan pulak dengan berita penemuan mayat seorang budak perempuan yang disumbat ke dalam sebuah beg sukan. Selepas dibedah siasat, mayat yang dijumpai di tangga sebuah rumah kedai tu didapati mati akibat kecederaan kerana dirodok dengan terung dan timun secara seksual.. Astaghfirullahal'azim.. Apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni? Manusia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan. Bagi aku yang ada anak perempuan ni, cukup risau dengan berita-berita macam ni. Itu baru dua kes. Banyak kes-kes lain lagi. Takut betul nak membesarkan anak perempuan dalam dunia yang kejam macam ni. Rasanya binatang pun tak macam tu punya kejam.. Kalau sekiranya binatang tu kejam sekalipun, takpelah, dia binatang, tak boleh berfikir. Ni, manusia yang Allah kurniakan otak untuk berfikir pun, tak nak guna otak tu. Ada satu kes yang aku baca, sorang hamba Allah ni hantar anak dia pergi mengaji. Masa tu baru habis cuti raya. Anak-anak orang lain belum balik dari cuti lagi. So, anak dia sorang je mengaji malam tu. Kebetulan si hamba Allah ni nak cepat, so dia tak cek dulu whether ada ke tak budak-budak lain masa tu. Kebetulan pulak, bini si guru mengaji ni pergi beraya ke rumah jiran-jiran. Masa tu lah anak dia dicabul. Kena cabul dengan guru mengaji? Ya Rabbi.. Apa la nak jadi ni?? Siapa yang harus kita percaya sekarang? Sealim-alim manusia pun kita tak leh nak percaya sekarang ni. Bukan tu aje, kes kena cabul dengan cikgu pun ada.. Jadi, tu la.. sambil mengingatkan diri aku jugak, janganlah tinggalkan anak kita dengan orang lain (walaupun orang yang kita percayai dan kenal, hatta saudara sendiri sekalipun) kecuali kita dah pastikan keadaan tu memang betul-betul selamat. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua. Amin..