Berdiri Dari Kiri: Kak Rozi, Kak Addy, Kak Fina, Kak Sue, Kak Bani, Kak... (x igt gak), Kak Intan, Kak Kamsina, Kak Norisah.Tengah Dari Kiri: Aku, Wan, Vasan, Kak Dila
Duduk Dari Kiri: Linda, Hazira, Mazlina, Zubaidah, Nishah
Ni gambar masa Form 3. Ada antara kawan-kawan kat sini yang aku dah lost contact and nak cari sangat-sangat, tapi tak tau camne nak cari. Yang lain-lain tu, aku tau la gak khabar berita diorang daripada email di
seratas_alumni@yahoogroups.com and
seratas@yahoogroups.com . Yang aku nak cari sangat-sangat ialah Vasan atau nama penuhnya, Vasanthi a/p Krishna, Zubaidah, dan Nishah. Ke mana la diorang ni menghilang. Selepas je SPM, terus senyap sunyi tanpa khabar berita.
A friend in need is a friend in deed. Sebab tu la aku nak cari sangat diorang ni, coz banyak kenangan aku bersama diorang ni, coz aku close gak ngan diorang masa kat
SERATAS dulu. Linda pun aku nak cari gak. Last sekali aku contact dia, selepas dia kawin (aku pegi ke kenduri kawin dia) and masa tu dia keje kat Maybank Taiping. Tapi now dah lost contact gak, coz bila last few years aku try call dia kat Maybank Taiping, dia dah tak keje kat situ. Rumah dia kat Taiping pun aku dah tak ingat katne. Aku berharap sangat dapat jumpa diorang ni balik. Mesti banyak cerita yang kitorang boleh share.
Yang berdiri no. 2 dari kanan tu, namanya Zahira. Aku panggil dia Za je. Minah ni pun salah seorang yang aku nak cari gak. Dia ni memang close dengan aku, coz kitorang ni leh dikatakan satu kepala. Walaupun dia keluar dari Seratas lepas Form 3, tapi aku tetap contact and jumpa dia, bila time cuti sekolah. Last sekali aku contact dia masa dah keje kat KL. Masa tu dia keje kat FRU. Lepas dia kawin (dia kawin pun tak jemput aku..) rasanya dia dah tak keje di FRU tu coz a few times aku try contact dia, tak de. Tak taula mana minah ni pegi. ada banyak lagi gambar kawan-kawan aku kat Seratas. Click here for more photos.
|