Pagi tadi, selepas menyusukan Akeef, dengan bersemangatnya aku ke dapur untuk menyediakan makanan for bersahur. Masa tu pukul 4.15am. Memandangkan nasi malam tadi masih berbaki, aku just panaskan je. Udang masak lemak cili api pun masih ada. So, aku panaskan gak. Aku cuma menggoreng ikan masin dan masak air. Lepas semua settled, akupun hidangkan everything kat atas meja. Masa tu aku tengok jam baru pukul 4.30am. "Masih awal.." fikirku. Ingatkan, dalam pukul 4.45am barula aku nak kejutkan hubby aku. So, aku pun baring jap kat atas sofa. Tapi, nak dijadikan cerita, aku tertidur pulak. Sedar-sedar dah pukul 5:45am. Alamak!! Macam mana ni? Dengan kelam-kabutnya aku bangun. Tengok dalam bilik, hubby aku tengah tidur lagi. Alamak... camne ni.. Masa tu jugak aku memarahi diri sendiri sebab tidur kat sofa tu.. Adusss!!! Miss la sahur hari ni.. Sian hubby aku, tak bersahur hari nih.. Pas ni aku nekad tak nak baring-baring dah before sahur.. Hmmm.. hampeh!
Friday, September 14, 2007
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)

|