Thursday, September 13, 2007

Sabar lah Duhai Hati...

Pagi tadi, selepas Nurin menyusu dan tidur balik, aku merenung wajah anak sulung ku itu. Masih terngiang-ngiang suara suamiku yang dengan lembut menegurku sebelum dia ke office pagi tadi. "Janganla marah-marah dia sangat". Ku usap rambut Nurin, kucium pipinya yang lembut. Memang terasa juga sesalan dalam hatiku kerana memarahi budak kecil yang tak tau apa-apa tu. Tapi entahlah.. bila berhadapan dengan kerenahnya, seringkali kemarahan mengatasi kesabaran. Dulu, sebelum ada Akeef, Nurin tak macam ni. Sejak ada Akeef ni, perangainya makin menjadi-jadi. Mungkin jugak dia cemburu sebab perhatian lebih banyak diberikan kepada adiknya. Dan mungkin pada dia, dengan cara merengek-rengek, menangis dan buat perangai yang bukan-bukan, boleh menarik perhatian aku padanya. Tapi bukannya dia ni tak cukup attention. Bila Akeef tidur je, aku mesti layan dia bermain-main. Dan setiap hari, balik dari kerja, hubby aku mesti melayan dia. Tapi tu lah, maybe dia jealous gak sikit-sikit kat adik dia. Kadang-kadang, yang buat aku hangin satu badan tu, bila dia menangis-nangis mintak susu. Bila aku dah kelam-kabut buat, tiba-tiba dia tak nak pulak. Habis tu, camne? Kadang-kadang pulak, benda-benda yang dilarang tu lah yang dia nak buat. Yang aku ni pulak, bila dah banyak kali cakap, still tak dengar, dan kesabaran ku dah hilang, aku pun mulalah melancarkan serangan. Bukan sekali dua aku memarahi Nurin. Dan bukan sekali dua juga tanganku naik ke badannya. Tapi selalunya, selepas memarahi dia, aku akan rasa menyesal dan menggosok-gosok balik tempat yang kena penangan ku tadi. Aku akan memeluk dan mencium Nurin dan bercakap lembut-lembut dengan dia. Lepas tu, seringkali juga aku berkata-kata sendiri, "dah tak nak marah-marah or pukul Nurin lagi. Dia budak kecik, bukan tau apa-apa". Bila merenung mukanya selepas setiap kali kena marah, aku akan jadi tambah menyesal sebab budak kecik ni tak pernah dan tak tau nak berdendam. Nurin akan bermain-main dengan aku macam tak ada apa-apa yang terjadi pada dia. Macam aku tak pernah menyakiti dia. Dengan lembut dia memanggil 'Mama' dan memeluk aku. Aku pun bila dah macam tu, mulalah melayan dia. Bermain-main dengan dia, membacakan buku untuk dia dan menyanyi dengan dia. At the same time, aku sebenarnya cuba menyedapkan dan memujuk hati yang tengah menyesal masa tu. Tapi after that, selalunya bila time marah, syaitan dah masuk dalam badan, semua tu jadi lupa. Dan Nurin pun kena lagi. Kesian anak aku tu. Hmm.. Nampaknya aku kena belajar banyak-banyakkan bersabar. Aku berharap bulan Ramadhan tahun ni adalah permulaan untuk mengasuh diri aku jadi penyabar. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini, dan jadikanlah aku orang yang penyabar dan tabah dalam mendidik anak-anakku, amanah dari Mu ini. Amin..