Monday, April 14, 2008

2nd week..

Hari ni, Isnin 14/4/2008.. bermakna dah 2 minggu arwah emak pergi mengadap Ilahi.. Walaupun masih sedih setiap kali terkenangkan arwah emak, tapi aku cuba tabah. Setiap kali selepas membaca al-quran, aku sedekahkan pada emak dan abah. Semoga roh emak aman di sana. Amin..

Sunday, April 13, 2008

Sunway Wildlife Interactive Zoo..

Last weekend, since kitorang takde plan ke mana-mana, aku ajak hubby ke Sunway Wildlife Interactive Zoo (SWIZ). Tempatnya, kat Sunway Theme Park. Sampai je kat sana, aku quite excited gak coz dapat bayangkan nak pegang-pegang haiwan-haiwan kat sana. Terasa-rasa nak pegang-pegang anak harimau or haiwan-haiwan yang sewaktu dengannya. So, masuk-masuk je, kitorang disambut dengan seekor harimau yang tengah mundar-mandir kat dalam kandang. Besar gak harimau tu. And then masuk lagi, ada seekor pony lak tgh lepak kat depan pintu.. Sempat gak la bergambar.. Tapi Nurin takut lak dengan pony tu.. isk!! Ok after that, jalan-jalan kat dalam tu.. nampak la beberapa ekor haiwan-haiwan lain kat dalam kandang masing-masing.. Jalan-jalan lagi, nampak lak burung kat kawasan yang bersangkar. So, kitorang pun masuk kat situ. Ada la a few jenis burung kt situ. Ada gak kandang-kandang yang under maintenance. As usual, tangkap gambar lagi, dengan burung merak n merpati.. And then, kitorang tengok animal show, yang aku kira ok la.. takde la best sangat.. tapi quite impressive la gak tengok haiwan2 tu punye show. After that, we were taken to a train ride, ke sekeliling kawasan tu. Tetiba hujan lak.. isk!! Nasib baik ada bumbung.. Tapi kena gak la tempias2 hujan tu. And then, bila sampai balik ke train station tu (bukan la station pun.. tempat parking train tu je..), kitorang ke pondok yang diorang letak ferret (teringat kat ferret yang pernah aku bela dulu.. :( huhu..). So, kitoang pun amik peluang la pegang-pegang ferret tu (chewah!! mentang-mentang la dah ada pengalaman.. hehe). Kali ni, Nurin tak takut pulak.. Asik suruh ayah dia amik ferret tu, dia nak pegang, usap-usap.. Biasa la, tangkap gambar lagi.. And then, sebelum keluar dari kawasan tu, tangkap gambar dgn burung lak.. Hmm.. that's it!! Mana anak harimau nye? Ilek!! quite disappointing gak la... Takde la apa sangat yang interactive nya pun.. Harga lak, tak berbaloi dengan apa yang kita dapat kat dalam tu.. Patutla tak ramai orang pun.. Actually, pendek kata, pergi zoo lagi puas hati la.. to view our photos kat SWIZ ni, please click here.

Monday, April 7, 2008

Masih Aku Terasa....


Hari ini, genaplah seminggu arwah emak meninggalkan kami semua. Namun aku rasa baru semalam je aku menatap wajah arwah emak buat kali yang terakhir. Rasanya seperti baru semalam jugak aku mencium dahi dingin emak. Bila bersendirian, aku tetap terkenangkan arwah. Aku masih tetap merasa sedih dan airmata tetap mengalir. Setiap kali mengadap juadah, aku sentiasa menjadi sebak, bila terkenangkan arwah emak yang tidak dapat lagi merasa makanan yang sedap-sedap seperti yang sedang aku makan. Aku akan menangis setiap kali terpandang baju arwah emak yang kusimpan dalam almari. Kadang-kadang aku seperti tidak percaya bahawa emak telah meninggalkan aku. Sebelum tidur, aku selalu berharap agar dapat bermimpikan emak. Aku rindukan emak. Rindukan suaranya, rindukan senyumannya, rindukan ciumannya.


Sebenarnya aku masih rasa terkilan. Terkilan sebab aku tiada di sisi emak ketika arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terkilan, sebab aku tak dapat melafazkan kalimah syahadah ketelinganya, di saat-saat terakhirnya. Terkilan, sebab ada hajat-hajat arwah yang tidak kesampaian. Masa arwah emak mula-mula sakit dulu, arwah pernah berkata padaku "asalkan emak dapat tengok anak kau nanti, cukuplah.." Namun, tak kesampaian jugak hajat emak yang satu itu. Namun, aku harus redha. Allah lebih mengetahui. Pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya.


Aku cuba jadi kuat, dan aku harus jadi kuat. Dalam seminggu ini, aku cuba melupakan. Bukan cuba melupakan emak, kerana emak tetap di hati.. Tetapi sebenarnya aku cuba melupakan segala rasa terkilanku. Aku buat aktiviti seperti biasa. Ajak hubby keluar, bawak anak-anak jalan-jalan. Kalau orang lain tengok, mesti ada yang cakap "Eh! Dia ni.. Emak baru je meninggal. Tapi tengok cam takde apa-apa je.." Namun hakikatnya, orang tak tau apa yang aku rasa.
Hidup mesti diteruskan.. Life must go on... Yang pergi tetapkan pergi. Kita yang hidup ni harus meneruskan perjuangan. Lagipun, bukan aku sorang je yang pernah kehilangan orang yang disayangi. Sedih tetap sedih.. Siapa yang tak sedih kalau kehilangan emak yang disayangi. Tapi at the same time, aku harus tabah. Jadikan segalanya sebagai pedoman dan ikhtibar. Doaku sentiasa mengiringi emak. Semoga Allahyarhamah emak sentiasa sejahtera di sana. Amin..

Friday, April 4, 2008

Kau Pergi Jua...

I just don't know where to start. Actually sehari dua ni, takde mood sangat nak ngadap comp and menulis. Masih terasa kehilangan Allahyarhamah Mak yang tercinta. Aku cuba jadi kuat. Tapi, bila berseorangan, sekali-sekala air mata tetap mengalir. Cepat-cepat aku beristighfar. Tak elok menangisi orang yang dah pergi, kan.. Tambahan pulak dalam keadaan aku yang sedang berbadan dua macam ni. Allahyarhamah pergi pada usianya 75 tahun, setelah terlantar akibat sakit tua selama 3 bulan. Aku harus redha. Memang dah tiba masanya untuk arwah meninggalkan kami semua.
Pada pukul 6.44pm 31hb Mac, 2008, aku menerima panggilan telefon daripada kakak iparku. "Mak dah takde".. Itulah ayat yang aku paling tak nak dengar. Tak tau nak cakap lah, macam mana aku menangis masa menerima berita tu. Cepat-cepat aku memaklumkan kepada hubby ku. Selepas maghrib aku membawa anak2 ke rumah abang dengan menumpang kereta anak saudaraku yang sedang belajar di UPM. Hubby aku tak dapat sampai cepat coz dari office di KL dan jalan yang sesak. Sampai di rumah abang, Kak Long and family dah ada. Aku terus mangambil wudhu' dan duduk di sebelah jenazah mak. Sambil menangis, aku peluk dan cium pipi mak. Aku terus membacakan surah yassin. Pun, airmata tetap mengalir. Kemudian, aku solat Isyak dan tak lama selepas itu hubby aku sampai. Setelah berbincang-bincang adik beradik kak long dan abang long membuat keputusan untuk membawa sendiri jenazah mak ke kampung dengan menaiki MPV diorang, malam itu jugak. Sambil mengemas barang-barang Allahyarhamah (dan dah tentunya airmata ni tetap mengalir), aku sempat mengambil 2 helai baju yang selalu dipakai oleh arwah ketika masih sihat.
So, lebih kurang pukul 10:30pm mereka semua bertolak dari rumah abang dan jenazah emak diriba oleh cucu2nya (anak2 kak long yang dah besar2). Aku tak ikut sama disebabkan anak2 ku yang masih kecil dan barang-barang yang belum di pack. Balik ke rumah, aku pun packing barang-barang yang nak dibawa balik kampung. Bila mengeluarkan baju2 arwah yang kuambil tadi daripada dalam beg ku, sekali lagi aku menangis. Sebelum menyimpannya ke dalam almari, aku cium baju2 tersebut. Malam itu aku tak dapat tidur. Aku bacakan yassin sampai pukul 2:30 pagi. Kemudian, aku tatap gambar arwah emak yang sentiasa aku simpan dalam purse. Dan, airmata ini tetap mengalir.
Pagi esoknya, setelah solat subuh dan menyiapkan anak2, kami sekeluarga bertolak ke kampung. Susah jugak hati aku bila tengok keadaan jalan yang sesak di USJ. Aku berharap sangat supaya sempat sampai sebelum jenazah dimandikan. Aku nak mandikan emak buat kali yang terakhir. Dalam perjalanan, aku call anak2 saudaraku dikampung dan lega bila dimaklumkan jenazah belum dimandikan lagi. Sampai di kampung, aku tengok orang dah ramai. Cepat-cepat aku mengambil wuduk dan membaca surah yassin di sisi jenazah emak. Tak lama kemudian, jenazah emak diangkat untuk dimandikan. Kami adik-beradik, kecuali abangku, sama-sama memandikan jenazah emak. Selepas itu, kami sama-sama mengafankan jenazah. Kemudian sesiapa yang ingin mencium jenazah buat kali terakhir, dibenarkan berbuat demikian sebelum muka jenazah ditutup. Masa itulah jugak, airmataku tak henti-henti mengalir. Berhentilah airmata, aku nak cium emak buat kali terakhir.. berhentilah.. Puas aku mengelap air mata. Bila kering saja airmata, aku cepat-cepat mencium jenazah emak. Tapi tak dapat berlama sebab airmata terus nak keluar lagi.
Setelah disempurnakan semuanya, dan setelah disembahyangkan, jenazah emak pun dibawa ke pusara yang tak berapa jauh daripada rumah. Setelah memastikan ada anak saudaraku yang dapat menjaga Akeef, aku pun turut serta ke pusara dengan membawa Nurin. Sempatlah jugak aku melihat jenazah emak sebelum dikebumikan.
Sampai di situ sajalah, dan aku tak akan dapat melihat emak lagi. Ketika berada dirumah Allahyarhamah 2 hari itu, aku betul-betul sedih melihat barang-barang peninggalannya. Kami adik-beradik sama-sama mengemas rumah tersebut. Baju-baju dan kain-kain dibahagikan bersama adik-beradik dan sesetengahnya disedekahkan. Sedih jugak bila tengok beberapa helai kain batik dah telekung yang masih baru dan tak sempat dipakai.
Malam kedua itu, selepas tahlil kami semua bertolak balik. Memang sedih nak meninggalkan rumah itu. Terasa betul-betul kosong, dan aku terkenang semasa hayatnya, aku akan mencium tangan dan pipi arwah dan beliau akan duduk ditangga, memerhatikan kami bertolak. Sekarang tiada lagi. Semuanya tinggal kenangan. Emak... Amanlah kau disana, di sisi Tuhan yang Esa.. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.. Amin..