Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Monday, April 14, 2008

2nd week..

Hari ni, Isnin 14/4/2008.. bermakna dah 2 minggu arwah emak pergi mengadap Ilahi.. Walaupun masih sedih setiap kali terkenangkan arwah emak, tapi aku cuba tabah. Setiap kali selepas membaca al-quran, aku sedekahkan pada emak dan abah. Semoga roh emak aman di sana. Amin..

Monday, April 7, 2008

Masih Aku Terasa....


Hari ini, genaplah seminggu arwah emak meninggalkan kami semua. Namun aku rasa baru semalam je aku menatap wajah arwah emak buat kali yang terakhir. Rasanya seperti baru semalam jugak aku mencium dahi dingin emak. Bila bersendirian, aku tetap terkenangkan arwah. Aku masih tetap merasa sedih dan airmata tetap mengalir. Setiap kali mengadap juadah, aku sentiasa menjadi sebak, bila terkenangkan arwah emak yang tidak dapat lagi merasa makanan yang sedap-sedap seperti yang sedang aku makan. Aku akan menangis setiap kali terpandang baju arwah emak yang kusimpan dalam almari. Kadang-kadang aku seperti tidak percaya bahawa emak telah meninggalkan aku. Sebelum tidur, aku selalu berharap agar dapat bermimpikan emak. Aku rindukan emak. Rindukan suaranya, rindukan senyumannya, rindukan ciumannya.


Sebenarnya aku masih rasa terkilan. Terkilan sebab aku tiada di sisi emak ketika arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terkilan, sebab aku tak dapat melafazkan kalimah syahadah ketelinganya, di saat-saat terakhirnya. Terkilan, sebab ada hajat-hajat arwah yang tidak kesampaian. Masa arwah emak mula-mula sakit dulu, arwah pernah berkata padaku "asalkan emak dapat tengok anak kau nanti, cukuplah.." Namun, tak kesampaian jugak hajat emak yang satu itu. Namun, aku harus redha. Allah lebih mengetahui. Pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya.


Aku cuba jadi kuat, dan aku harus jadi kuat. Dalam seminggu ini, aku cuba melupakan. Bukan cuba melupakan emak, kerana emak tetap di hati.. Tetapi sebenarnya aku cuba melupakan segala rasa terkilanku. Aku buat aktiviti seperti biasa. Ajak hubby keluar, bawak anak-anak jalan-jalan. Kalau orang lain tengok, mesti ada yang cakap "Eh! Dia ni.. Emak baru je meninggal. Tapi tengok cam takde apa-apa je.." Namun hakikatnya, orang tak tau apa yang aku rasa.
Hidup mesti diteruskan.. Life must go on... Yang pergi tetapkan pergi. Kita yang hidup ni harus meneruskan perjuangan. Lagipun, bukan aku sorang je yang pernah kehilangan orang yang disayangi. Sedih tetap sedih.. Siapa yang tak sedih kalau kehilangan emak yang disayangi. Tapi at the same time, aku harus tabah. Jadikan segalanya sebagai pedoman dan ikhtibar. Doaku sentiasa mengiringi emak. Semoga Allahyarhamah emak sentiasa sejahtera di sana. Amin..

Friday, April 4, 2008

Kau Pergi Jua...

I just don't know where to start. Actually sehari dua ni, takde mood sangat nak ngadap comp and menulis. Masih terasa kehilangan Allahyarhamah Mak yang tercinta. Aku cuba jadi kuat. Tapi, bila berseorangan, sekali-sekala air mata tetap mengalir. Cepat-cepat aku beristighfar. Tak elok menangisi orang yang dah pergi, kan.. Tambahan pulak dalam keadaan aku yang sedang berbadan dua macam ni. Allahyarhamah pergi pada usianya 75 tahun, setelah terlantar akibat sakit tua selama 3 bulan. Aku harus redha. Memang dah tiba masanya untuk arwah meninggalkan kami semua.
Pada pukul 6.44pm 31hb Mac, 2008, aku menerima panggilan telefon daripada kakak iparku. "Mak dah takde".. Itulah ayat yang aku paling tak nak dengar. Tak tau nak cakap lah, macam mana aku menangis masa menerima berita tu. Cepat-cepat aku memaklumkan kepada hubby ku. Selepas maghrib aku membawa anak2 ke rumah abang dengan menumpang kereta anak saudaraku yang sedang belajar di UPM. Hubby aku tak dapat sampai cepat coz dari office di KL dan jalan yang sesak. Sampai di rumah abang, Kak Long and family dah ada. Aku terus mangambil wudhu' dan duduk di sebelah jenazah mak. Sambil menangis, aku peluk dan cium pipi mak. Aku terus membacakan surah yassin. Pun, airmata tetap mengalir. Kemudian, aku solat Isyak dan tak lama selepas itu hubby aku sampai. Setelah berbincang-bincang adik beradik kak long dan abang long membuat keputusan untuk membawa sendiri jenazah mak ke kampung dengan menaiki MPV diorang, malam itu jugak. Sambil mengemas barang-barang Allahyarhamah (dan dah tentunya airmata ni tetap mengalir), aku sempat mengambil 2 helai baju yang selalu dipakai oleh arwah ketika masih sihat.
So, lebih kurang pukul 10:30pm mereka semua bertolak dari rumah abang dan jenazah emak diriba oleh cucu2nya (anak2 kak long yang dah besar2). Aku tak ikut sama disebabkan anak2 ku yang masih kecil dan barang-barang yang belum di pack. Balik ke rumah, aku pun packing barang-barang yang nak dibawa balik kampung. Bila mengeluarkan baju2 arwah yang kuambil tadi daripada dalam beg ku, sekali lagi aku menangis. Sebelum menyimpannya ke dalam almari, aku cium baju2 tersebut. Malam itu aku tak dapat tidur. Aku bacakan yassin sampai pukul 2:30 pagi. Kemudian, aku tatap gambar arwah emak yang sentiasa aku simpan dalam purse. Dan, airmata ini tetap mengalir.
Pagi esoknya, setelah solat subuh dan menyiapkan anak2, kami sekeluarga bertolak ke kampung. Susah jugak hati aku bila tengok keadaan jalan yang sesak di USJ. Aku berharap sangat supaya sempat sampai sebelum jenazah dimandikan. Aku nak mandikan emak buat kali yang terakhir. Dalam perjalanan, aku call anak2 saudaraku dikampung dan lega bila dimaklumkan jenazah belum dimandikan lagi. Sampai di kampung, aku tengok orang dah ramai. Cepat-cepat aku mengambil wuduk dan membaca surah yassin di sisi jenazah emak. Tak lama kemudian, jenazah emak diangkat untuk dimandikan. Kami adik-beradik, kecuali abangku, sama-sama memandikan jenazah emak. Selepas itu, kami sama-sama mengafankan jenazah. Kemudian sesiapa yang ingin mencium jenazah buat kali terakhir, dibenarkan berbuat demikian sebelum muka jenazah ditutup. Masa itulah jugak, airmataku tak henti-henti mengalir. Berhentilah airmata, aku nak cium emak buat kali terakhir.. berhentilah.. Puas aku mengelap air mata. Bila kering saja airmata, aku cepat-cepat mencium jenazah emak. Tapi tak dapat berlama sebab airmata terus nak keluar lagi.
Setelah disempurnakan semuanya, dan setelah disembahyangkan, jenazah emak pun dibawa ke pusara yang tak berapa jauh daripada rumah. Setelah memastikan ada anak saudaraku yang dapat menjaga Akeef, aku pun turut serta ke pusara dengan membawa Nurin. Sempatlah jugak aku melihat jenazah emak sebelum dikebumikan.
Sampai di situ sajalah, dan aku tak akan dapat melihat emak lagi. Ketika berada dirumah Allahyarhamah 2 hari itu, aku betul-betul sedih melihat barang-barang peninggalannya. Kami adik-beradik sama-sama mengemas rumah tersebut. Baju-baju dan kain-kain dibahagikan bersama adik-beradik dan sesetengahnya disedekahkan. Sedih jugak bila tengok beberapa helai kain batik dah telekung yang masih baru dan tak sempat dipakai.
Malam kedua itu, selepas tahlil kami semua bertolak balik. Memang sedih nak meninggalkan rumah itu. Terasa betul-betul kosong, dan aku terkenang semasa hayatnya, aku akan mencium tangan dan pipi arwah dan beliau akan duduk ditangga, memerhatikan kami bertolak. Sekarang tiada lagi. Semuanya tinggal kenangan. Emak... Amanlah kau disana, di sisi Tuhan yang Esa.. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.. Amin..

Thursday, March 6, 2008

Takziah...

Hari ni aku baru dapat tau salah seorang kawan aku (my junior kat ITM, actually) Mona, pernah kehilangan permata hatinya yang masa tu baru berusia 10 bulan. And hari ni genap 2 tahun anakandanya tu meninggalkan beliau dan suami. Maybe ucapan takziah aku ni dah terlambat (baru tau hari ni, coz baru dapat contact balik this few days), tapi rasanya doa dan al-fatihah untuk anaknya masih belum terlewat. Macam mana agaknya rasanya ye, kehilangan orang yang kita sayang.. orang yang amat-amat kita sayang? Entahlah.. aku tak dapat bayangkan. Seketika, aku renung anak2ku untuk menyelami perasaan Mona.. Isk!! Nauzubillah.. Aku tak nak bayangkan... Semoga dipanjangkan umur anak2ku.. Apa-apapun aku doakan Mona tabah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anaknya, Juenna Marsha yang dah tentu terjamin tempatnya di Syurga.. Amin..

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah

Baru je pagi tadi masa bersahur aku dan hubby bersembang-sembang pasal adik Nurin Jazlin. Secara tak langsung ada juga sedikit sebanyak kami mempertikaikan mengenai kesahihan ujian DNA yang dilakukan ke atas mayat yang dijumpai di dalam beg sukan last few days tu. Ada juga aku pertikaikan mengenai ketidakujudan parut suntikan BCG pada mayat tersebut. Sehingga ke detik terakhir, aku masih sangsi yang itu adalah mayat Nurin Jazlin. Dan, setiap kali melihat gambar adik Nurin Jazlin dan gambar mayat budak yang tidak dikenali tu, dalam hatiku sebenarnya berdoa agar mayat tersebut bukan mayat adik Nurin Jazlin. Namun, pada hari ini, 21hb September 2007, telah sahlah bahawa mayat tersebut adalah mayat adik Nurin Jazlin. Sedihnya.. Bergenang jugak airmata aku bila tengok berita pukul 12 tadi dan juga rancangan WHI. Memang kejam silaknat yang buat kerja tu. Tak boleh dibayangkan betapa seksanya budak tu dikerjakannya. Memangla sipelaku tu ada masalah mental, sehinggakan macam tu punya teruk dia seksa budak tu. Apa lah salah budak tu pada dia?? Isk! Semoga sipenjenayah tu dapat ditangkap secepat mungkin dan menerima hukuman yang setimpal (hukum bunuh je!!) Eloknya, buat balik kat dia macam mana yang dia dah buat kat budak tu. But anyway, aku turut merasa sedih atas pemergian adik Nurin Jazlin dan aku mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.. Go to http://nurinjazlin.blogspot.com/ for more write-ups.