Friday, August 29, 2008

My transformation

This website is really cool!! :)

Ok tak?? :P

Aku dah try byk2 gambar, setiap gambar tu, mesti ada persamaan dengan Kelly Hu.. and semuanya 80% and above.. hihi.. :P

Thursday, August 28, 2008

Thanx again, FB..

Hari ni, aku happy dapat contact balik kawan lama yang dah lost contact about 3 tahun. (Kak Awa.. FYI, the person is Suhaila). Last sekali aku dapat contact dia, masa Nurin still lg dlm perut.. And then, bila Nurin lahir and aku dah tak bekerja, aku lost contact dengan member aku ni coz aku dah hilang nombor dia. Ada la phone number dia yang aku simpan, tapi phone number lama. Nombor baru yang dia bagi kat aku, aku tulis kat dalam notebook kat ofis. So, bila dah berhenti kerja, aku tak dapatla nak trace balik nombor handphone dia tu. Tanya kat kawan-kawan yg kenal dia pun, semua takde nombor baru dia tu.
Actually, bukan la aku jumpa balik dengan kawan aku ni kat FB. Tapi dari FB la aku dapat nombor handphone dia balik.. Ada kawan aku kat FB yang tau nombor handphone dia, and bagi kat aku. Alhamdulillah.. Seronoknya bila dapat berbual semula dengan dia. Dia pun kedengarannya happy gak dapat berbual dgn aku.. Terkejut gak dia bila aku bagitau, aku dah ada 3 org anak (hihi.. 3 org, dlm masa 3 tahun yg kitorang lost contact.. ahaks!!). Well, harap-harapnye lepas ni dapat berjumpa dengan dia semula, setelah sekian lama. Amin..

Tuesday, August 26, 2008

4th Parenthood Expo - Mid Valley Exhibition Centre

Last Saturday (23rd August, 2008) aku ke Mid Valley dgn hubby, Nurin n Muqri (Akeef takde, SIL bwk blk kg). Bukan apa, saja-saja je nak pegi ke 4th Parenthood Expo kat sana. Dari yang 1st-3rd expo, tak penah-penah aku pegi pun.. :) Ni sumer sebab nak merayau selepas habis pantang la ni.. hihi.. actually pantang yg 60 hari, blm lepas lg. 6/9 nnt baru cukup 60 hari. Tapi pantang yg 44 hari, dah lepas.. tu yang tak sabar-sabar nak kuar rumah tu.. hihi..
Anyway, Expo yang kitorang pegi tu, best gak la.. semua barang-barang keperluan for mommies and babies, semua ada kat sana. Ramai gak la orang kat sana. Nasib baik Muqri tak meragam.. Mana nak meragam, dah dok dalam sling je, berkepit dengan mamanye, memang la tak meragam.. asik tido je la.. hihi.. Memula lepas je nyusu, dia memang dah nak tido. Letak dalam stroller, nangis. So, aku pun pakai le sling yang mmg dibawak. Masuk je dlm sling tu, dia terus diam and tak lama lepas tu, tido dengan lenanya. Suasana bising-bising dengan bunyi muzik la, apa la.. semua dia tak heran.. tiiiidddddoooooo je.. Yang si Nurin lak, seperti biasa, dia ni takut kat mascot. Memula seronok je. Bila nampak je mascot yang ada kat situ, terus nak balik.. Kelakar pun ada.. hihi..
And then, kitorang merayau dari satu booth ke satu booth. Tak tau nak tengok mana satu... Kalau ikut kan rambang mata aku ni, semua barang-barang for babies n kids, especially baju-baju, semua aku nak beli... Hihi.. Mana tak nye, memang murah-murah.. Tapi orang ramai sangat, pening kepala aku, tengok.. Nak memilih, lagi satu hal. Jadi, aku lupakan je niat tu.. :) So, aku just beli nursing bra, kipas kecik yang utk stroller, diapers for anak2. Tu je.. cukup lah.. itu pun dah berpusing-pusing punye lama kat dalam tu.. hihi..
And then, kitorang ke Jusco. Memula ingat just nak beli pakaian Nurin. Kebetulan lak Jusco tengah SALE now ni.. After hubby solat Asar kat surau, kitorang pun pusing-pusing kat bahagian perfume. Nampak lak handbag.. Biasa la, pompuan.. hihi.. Kebetulan lak hubby mmg cakap dia nak belikan handbag untuk aku.. So, pilih punya pilih punya pilih punya pilih (tu nak tunjuk punya lama memilih la tu.. hihi) akhirnya dapat la satu yang betul-betul berkenan. After that baru kitorang pegi beli pakaian Nurin. And then, after hubby solat Mahgrib, kitorang pun gerak balik rumah. Penat gak berjalan walaupun dari lepas Zohor sampai Maghrib. Aku ni, rasa nak rebeh gak bahu mendukung Muqri dalam sling tu.. huhuhu..


Muqri lena je dalam sling

Kak Nurin menggantikan Akeef dalam stroller..

Sempat gak aku ajak amoi yang punye booth nursing bra ni berposing.. hihi..

Thursday, August 21, 2008

Akeef di 'kidnap' lagi...

Well, lagi sekali rumah aku terasa sunyi. Walaupun Nurin and Muqri ada, tapi suasana tak macam biasa. Akeef di 'kidnap' lagi.. huhuhu.. Kali ni, pagi semalam (Wed 20/8) SIL aku bawak dia blk kampung ke KLTN, ke rmh MIL aku.. Disebabkan takut Nurin akan mengamuk-ngamuk sebab orang nak amik adik dia, so SIL aku terpaksa amik Akeef pagi-pagi, around pukul 7.30 sebelum Nurin bangun tido. At first, aku risau gak if bila Nurin bangun, tengok adik dia takde, dia akan nangis.. Tapi Alhamdulillah, tak. Dia just tertanya-tanya mana adik dia. So, aku pun terpaksa pura-pura cakap kat dia, yang aku tak tau adik dia ke mana. Aku ckp kat dia "Mama tak tau la Akeef pegi mana.. Dia tak bagitau mama pun, dia pegi mana. Mama bangun-bangun tido, tengok-tengok Akeef dah tak de. Kak Nurin tau ke Akeef pegi mana? Akeef ada cakap kat kak Nurin tak, Akeef pegi mana?".. Hehe.. nampaknye taktik tu sungguh berjaya. Dia pulak ckp adik dia pergi ke rumah 'Kak Dira' (anak kepada cousin hubby aku). And then, tetiba je pulak, dia cakap Akeef pegi Giant. Sesuka hati dia je.. :) And then, untuk lebih dramatik lagi (chewah!!) aku cakap kat dia "Tak pe, nnt kita call Akeef, tanya dia kat mana. Kenapa dia keluar rumah tak bagitau kat Mama, Ayah n kak Nurin.." Dia pun senyum-senyum sambil mengangguk. Hehe.. lega, bila dia tak ngamuk-ngamuk.. Tapi kesian gak kat Nurin ni, tak de kawan nak main-main. Kalau ada adik dia, itu lah kawan, itu lah lawan.. :) kejap-kejap dengar diorang dua orang tu terkekek-kekek gelak. Kejap lagi pulak, tetiba je adik dia nangis. Hehe.. macam-macam.. Memang riuh-rendah rumah ni.. (termasuk la dengan aku sekali, terpaksa jadi tarzan as i told u in my earlier post.. hehe) Sebab tu lah bila Akeef takde, bukan je Nurin rasa sunyi, aku pun terasa gak.. huhu.. So, untuk mengelakkan Nurin rasa teramat bosan, aku terpaksa biar dia main semua permainan yg dia nak. Terpaksa la bukakkan pintu stor yang sebelum ni sengaja dikunci. Nasib baik la Nurin ni pandai kemas and simpan sendiri semua permainan dia selepas dia main.. Kalau tak, aduh!! akuuuu jugak.. huhu..

Monday, August 18, 2008

27?? Betul ke? Macam tak caya je..

Apa yang 27 tu? Hihi.. nak tau cerita? Skrg ni, now, at this moment.. aku dah leh pakai seluar lama aku yg saiz pinggang nye 27!!! Kenapa? Tak percaya ke? Aku pun tak percaya.. haha.. Tapi ini bukan cerita dongeng, fantasi, atau rekaan semata-mata ek.. Ini kisah benar.. Memang betul.. Semalam, aku try-try seluar/long pants aku, sambil berfikir, bila laaa aku blh pakai balik suar2 lama ni... try punye try, tengok-tengok aku boleh pakai pulak, walaupun rasa ketat sikit, tapi still, boleh di zip dan di button.. and, yg penting seluar tu bukannye jenis yang stretchable, ok?? At first aku ingatkan seluar tu saiz 29, coz ada gak seluar-seluar aku yang saiz 29. So, bila boleh pakai tu, aku fkr, hmmm.. that's good.. Tapi bila aku tengok balik, dengan tak percayanya aku nampak angka 27 kat seluar tu. Wow!! This is even better!! Walau macam mana pun, aku kena gak la work harder utk kecikkan bhgian peha aku ni, (Mims, any tips nak kecikkan peha? Hihi...) coz dulu, masa pakai seluar tu, ada la ruang-ruang udara kat bhgian peha.. now ni dah takde ruang udara dah.. ngam-ngam je.. Tapi apa-apa pun, aku hepi sesangat, dah boleh pakai saiz 27 balik!! Yahoo!!! And if saiz 27 tu dah blh pakai, apa lagi la yang saiz 29, kan?? Yes!! Yes!!
p/s: Muqri lak, dah tak leh pakai diaper utk newborn, coz yg newborn punye, kebanyakannya 3-5kg. So, dah kena beli yang saiz S. So, adakah ini bermakna Muqri dah bukan newborn dah, walaupun dia still dalam pantang? Hehe.. :-)

Thursday, August 14, 2008

Mana boleh masuk dalam kepala!!

Yesterday, aku tengah siap-siapkan Muqri selepas memandikan dia. Macam biasa, Nurin mmg suka sangat menyibuk bila time aku nak siap-siapkan adik dia tu. Masa tu la dia nak tukar diaper yang aku dah siap-siap letak kat atas katil, utk dipakaikan kat Muqri. Bukan apa, dia nak tukar diaper colour lain. Diaper Muqri tu ada macam-macam colour. So, si Nurin ni, bila dia tengok aku amik diaper colour yang dia tak suka, dia akan tukar. Favourite colour dia, merah (like father like daughter).
At the same time, dia ada pegang jeli colour merah. Each second dia akan tanya kat aku, jeli tu colour apa. Tengah aku siap-siapkan Muqri tu jugakla, dia sibuk nak bertanya. Bukan setakat 2-3 kali tanya.. tapi banyaaaaaaaaaaakkkkkkk kali... So, Bila dah setiap 1-2 saat dia bertanya jeli tu colour apa, time-time aku tengah busy tu, aku pun cakap kat dia.. "Kak Nurin, Mama dah cakap kat Kak Nurin banyak kali, jeli tu colour red. Kak Nurin ingatla. Masuk la dlm kepala, colour red". And then dia dengan selambanya cakap balik kat aku.. "Mama.. mana boleh masuk dalam kepala.. ha! tengok ni.. (sambil meletak-letakkan jeli tu atas kepala dia).. Isk! Budak ni.. Apa lagi la yang aku nak cakap.. senyum je la.. huhu..

Tuesday, August 12, 2008

A song for my beloved hubby

I Promise You
It’s in the silences,
The words you never say
I see it in your eyes,
It always starts the same way
It seems like everyone we know is breaking up
Does anybody ever stay in love, anymore?
I promise you,
From the bottom of my heart
I will love you till death do us part
I promise you as a lover and a friend
I will love you like I never love again
With everything I am
Ooh I see you look at me,
When you think I’m not aware
You’re searching for clues,
Of just how deep my feelings are
How do you prove the sky is blue, the oceans wide?
All I know is what I feel,
When I look into your eyes
I promise you,
From the bottom of my heart
I will love you till death do us part
I promise you as a lover and a friend
I will love you like I never love again
With everything that I am ooh yeah
Oh there are no guarantees
That’s what you always say to me
But late at night I feel the tremble in your touch
Oh what I’m trying to say to you,
I never said to anyone
I promise you,
From the bottom of my heart
I will love you till death do us part
(I do my darling I promise you)
I promise you as a lover and a friend
I will love you like I never love again
With everything I am I promise you,
From the bottom of my heart
I will love you till death do us part
( I love you I love you I love you I love you)
I promise you as a lover and a friend
I will love you like I never love again
With everything I am
You’re everything I am oh yeah
With everything I am

Berat.. Naik dan turun..

On 11/8/08 Akeef n Muqri ada appointment dgn doc. Aku pun ada appointment gak. So, semalam, at about 6.30pm, after hubby balik dari office, kitorang gerak ke klinik. Memula, aku jumpa doc. Alhamdulillah, doc kata semua ok.. and then, giliran Muqri and Akeef lak, jumpa paediatrician. Muqri for Hepatitis A injection. Bila timbang, berat Muqri dah 5.2kg. Wow!!.Dah naik about 1.7kg dari berat dia masa lahir. (see below for his photos). Umur dia baru je sebulan, or to be exact 34 days.. Ok la tu.. (bak kata Saida AF.. hehe) And then, Akeef lak jumpa doc for his pneumococcal injection - last/final dose.. fuh!! lega.. Next appointment for his injection is on December.. lambat lagi.. Tapi, berat akeef lak dah turun.. ni mesti akibat dia cirit birit masa last day kat rumah cousin hubby (Kak Ni) hari tu. Lama gak dia cirit birit, a few days gak la.. I think ada la about one week. Before hantar ke rmh Kak Ni tu, berat dia 9.5kg. Masa tu doc kata berat dia ok. And then, masa hubby bawak pegi clinic for his chicken pox injection, berat dia dah turun 9kg. And then semalam baru naik 9.2kg. That means baru naik 0.2 kg je dari 2 or 3 minggu lepas. And, doc kata dia underweight. Sian lak Akeef. Nurin lak, memang dari dulu lagi la doc kata dia tu underweight. Mana taknye, susah sangat nak makan. Kalau makan pun, sikit je. Isk.. tak tau la, anak dara aku sorang tu. Tapi aku fikir-fikir, takpe lah, asalkan anak-anak aku sihat, Alhamdulillah..
Rasa nak geget pipi and lengan dia tu....
Note: click here for his photos masa dia lahir, and see the difference. :-)

Thursday, August 7, 2008

Bedak Sejuk

Time aku mengadap cermin semalam, aku terpandang satu bekas yang berisi bedak sejuk yang aku ambil dari rumah arwah emak kat kampung. Aku rasa, semua orang tau bedak sejuk, kan? Tak tau la pulak aku if ada sesapa kat Malaysia ni, especially orang melayu, yang tak tau apa bendanye bedak sejuk tu.. Yang pasti, bedak sejuk ni, bukanlah bedak yang dimasukkan ke dalam peti sejuk, ye..
Talking about bedak sejuk, masa kecik-kecik dulu aku selalu tolong arwah emak buat bedak sejuk ni. Memang best.. especially time menitikkan bedak sejuk tu.. Arwah emak ajar aku gunakan daun bunga melur sebagai acuan untuk menitik bedak tu.. Tapi aku lupa la pulak, bedak tu dititikkan atas apa.. yang pasti, bukan atas kain or kertas coz bentuk bedak tu akan jadi tak cantik or leper coz kain or kertas tu akan menyerap cecair dari bedak tu. So, aku tak berapa ingat la bedak tu dititikkan atas apa.. Proses membuat bedak sejuk ni pun aku tak berapa tau sangat, coz time tu aku rajin tolong time menitik bedak je.. :) Yang aku tau, bedak sejuk ni dibuat daripada beras.. Beras tu, seingat aku, arwah emak rendam dalam air, for how long, entahlah.. bila dah jadi lembut, baunya.. Ya Rabbi!! busuk yang amat.. and then, beras yang dah lembut tu, emak buang airnya and kering kan.. Masa ni, beras tu dah jadi tepung dah. pastu bila dah tiba masa dia nak buat bedak tu, tepung beras tu dia campurkan dengan air, and then sedikit pewangi. And then, tibalah masa menitikkan bedak tu. Bila dah dititikkan, dan dah kering, bedak tu akan dimasukkan ke dalam balang. Before that, arwah emak akan potong daun pandan halus-halus untuk dimasukkan sekali dengan bedak tu. Bila dah jadi bedak, hilang terus bau beras yang busuk sesangat tadi tu. Hmm.. kalau tak silap aku, macam tu lah serba sedikit proses membuat bedak sejuk tu..
Hari tu, masa balik kampung, aku terpandang satu bunjut tepung beras kat bawah meja. Aku tau sangat, dulu kat situlah tempat arwah emak mengeringkan tepung beras yang nak dibuat bedak sejuk. Nampaknya, sewaktu arwah emak sihat dulu mmg dia bercita-cita nak buat bedak sejuk tu lagi. Kat dalam almari kat atas rumah pun, aku ada terjumpa sebotol pewangi yang arwah emak selalu gunakan untuk dicampur dengan bedak sejuknya. Sedih gak, bila tengok semua tu. Hmm.. Sekarang ni, sapa lah yang akan meneruskan kepakaran arwah emak membuat bedak sejuk tu?? Aku?? Nampak gayanye tak la kot, sebab prosesnya pun, aku tak berapa tau.. Kakak-kakak aku?? Pun, nampak gayanya tak de sorang pun yang berminat nak buat bedak sejuk tu.. So, nampaknya kepakaran arwah emak tu just berkubur macam tu aje bersama jasadnya... Alangkah ruginya, kan??...

Wednesday, August 6, 2008

Teratai..


TERATAI by SWEET CHARITY

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah
Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah
Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi
Oh tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang
Berseri seperti semula
Tak tau kenapa, aku memang sukakan lagu ni dari dulu lagi. Lagu ni memang best.. tapi aku bukan la nak menulis pasal lagu Teratai ni.. Memang something about 'Teratai' gak.. tapi pasal 'Buah Teratai' a.k.a 'Biji Teratai'. Sapa pernah makan biji teratai ni? Hmm.. Aku rasa tak ramai yang pernah rasa kan? Well, aku ni, dari kecik lagi memang biasa sangat makan biji teratai ni... or dalam bahasa omputihnye "Lotus Seed". Sekarang ni dah di komersial kan.. Sometimes orang letak kat dalam Lenchikang (betoi ke ejaan aku ni??). So, kalau sesapa yang biasa makan Lenchikang tu, mesti biasa gak makan biji teratai ni.. Kadang-kadang orang letak gak dalam ABC.. (Isk!! Dah terbayang ABC lak nih!! Sabar.. Sabar.. Lagi sebulan je nak tunggu habih pantang ni..). TAPI... kalau letak kat dlm Lenchikang or ABC tu, dah tak fresh la.. yang tu yang dah dikeringkan.. Aku biasa makan yang fresh-fresh.. baru petik punye.. Dulu-dulu, masa aku kecik-kecik, aku dok kat Kg. Batu Karang, Kampar, Perak.. Kg. Batu Karang ni, dulunye kawasan lombong bijih timah.. Ada sorang jiran aku, bangsa China.. Kitorang panggil dia Ah Koi je.. Tak tau la apa nama betul nye.. Iye la.. aku pun kecik sangat lagi masa tu.. Anak dia, Ah Lan, kawan baik aku dulu, selalu main masak-masak sesama, kat bawah pokok depan rumah aku.. hihi.. Si Ah Koi ni, tetiap hari akan pegi tangkap ikan.. and tetiap hari, balik je dari menangkap ikan, budak-budak akan berkerumun kat dia, coz dia akan bawak banyak biji teratai untuk bagi kat budak-budak kampung (yg dekat-dekat dgn rumah dia laa..).. Biji teratai yg fresh ni, kena pandai la pulak nak memakannye.. Kalau biji yang tua skt, kena buang dulu benda hijau (benda ni aku rasa akan jadi tunas dia kot..) kat tengah-tengah biji tu, sebab rasanya pahit.. Tapi sesapa yang tahan n tak kisah pahit, belasah je le.. hehe.. Tapi kalau yang muda, benda hijau kat dlm tu akan rasa manis.. so, tak payah le buang.. Nak kenal buah muda n tua, senang je.. kalau muda, warnanya hijau muda.. kalau tua, warnanya hijau tua.. Tapi kalau muda sangat2, takleh le makan coz takde isi..
Now ni, memang dah jarang sangat2 dah aku makan biji teratai ni.. Usah kan nak makan, nak jumpa pun susah.. kena pegi pasar kat Kampar tu, or kalau bernasib baik, ada la orang jual kat tepi-tepi jalan. Entah-entah budak-budak sekarang ni, kenal pun tidak dengan buah @ biji teratai ni.. Insyaallah, anak-anak aku nanti aku akan bagi try makan biji teratai ni, and bercerita kat diorang kenangan aku n buah teratai tu.. hehe..




Ini lah dia buah @ biji teratai...

Sunday, August 3, 2008

Ssyyyyyy!!!.. Jangan Cerita Kat Orang!! :)

This few days aku selalu gak masuk ke website-website nokia n sony ericsson.. saja-saja je tengok-tengok handphone and communicator yang latest edition.. saja suka-suka.. lagipun, hubby kata dia nak upgrade hp. So, aku pun tengok-tengokkan la jugak.. Bila tengok-tengok communicator tu, aku teringat satu peristiwa yang sampai sekarang ni memang la aku tak boleh lupa..
Masa tu aku kerja kat satu architect firm kat Sunway. Dalam tahun 2000 la, lebih kurang. Bos aku masa tu pakai Nokia Communicator 9210. Kira canggih la.. Frankly speaking, before that, aku ni memang la tak penah pegang communicator ni or benda-benda yang sewaktu dengannya. Walaupun communicator yg 1st sekali dikeluarkan oleh Nokia ialah pada tahun 1996, tapi sekali pun aku tak penah sentuh benda yang bernama communicator tu.. :(
One day, bos aku ada meeting. Before dia masuk bilik mesyuarat tu, dia inform aku. "Ziha, saya nak meeting ni. Nanti adik saya nak datang office. Kalau dia call kat communicator saya, awak tolong jawab ye.." Aku pun, ok je la.. After a while, communicator bos aku pun berbunyi.. Hmm.. adik dia la tu.. So, aku pun dengan penuh confidentnya, tengok nama kat communicator tu, and bila nampak nama adik dia, aku pun jawab la panggilan tu.. "Hello..".. tapi senyap je.. aku hello lagi.. senyap gak.. So, aku just hang up.. And then, 2-3 minit, bunyi lagi.. aku pun jawab.. "Hello".. senyap gak lagi.. Isk!!.. line tak elok la tu.. terputus kot.. So, aku just hang up.. Tak lama lepas tu, bos aku pun kuar dr meeting room.. Dia tanya kat aku, ada tak adik dia call.. aku ckp ada.. tapi terputus.. And then, after dia masuk bilik dia, aku dengar dia bercakap kat telefon.. hhmm, I mean communicator dia.. And then, sambil dia bercakap tu, aku nampak dia berjalan keluar... Bila dia lalu kat depan aku, baru lah aku perasan satu perkara... Laaa...! rupa-rupanya aku jawab call tadi terbalik!!.. Speaker dia kat BELAKANG la!!.. aku jawab kat depan, mcm handphone biasa..... Patut la aku tak dengar suara orang yg call.. Isk!! Malunye... Nasib baik bilik tu, bilik aku sorang je, takde staf-staf lain.. so, takde la orang yang nampak kebodohan aku tu... Haha!!.. Kalau tak, mana la aku nak sorok muke nih.. Hihi... Jangan cerita kat orang lain, ek??!!.. Hahaha..