Dari satu tahun baru ke satu tahun baru (dari tahun baru Masihi ke tahun baru Hijrah).. blog ni masih di sini... tak berganjak-ganjak.. Bukan takde aktiviti or bahan-bahan yang boleh dimasukkan, tapi entah mengapa, berat sungguh nak mengadap dan menaip di computer ni.. Nampaknya, aku kena ubah, jadi rajin 'memblog' semula. Sebenarnya, banyak bahan-bahan yang sepatutnya aku share kat sini, tapi tak tertaip dah, coz banyak sangat and sesetengahnya dah lupa pun... Kadang-kadang tu, bila bukak blog ni, setakat bukak je la, tanpa menaip apa-apa.. Entah mengapa la yang jadi rajin sangat macam tu.. tak tau la.. Aktiviti 'berchatting' dengan kawan-kawan di YM pun dan jadi berkurangan.. Sebenarnya, bukan setakat malas mengadap computer je, sekarang ni, membaca novel pun dah jadi tertangguh.. Beberapa buah novel yang dibeli a few months back, masih belum disentuh lagi.. Ada jugak yang masih belum dibuka dari pembalut plastiknya.. Maybe jugak semua ni terjadi coz aktiviti bersama anak-anak dah bertambah. Maklumlah, dua-dua dah semakin membesar. Nurin asyik mintak dilayan membaca. Macam-macam buku yang dia suruh aku bacakan untuk dia. So, aku layankan ajelah, coz nak gak aku pupuk minat membaca pada dia. Akeef pulak, sekarang ni dah kurang sangat tidur siang. Kalau tidur pun, pagi/tengahari/petang paling lama pun, 2 jam.. Kadang-kadang tu, setengah jam or 1 jam je.. So, maybe itulah sebabnya blog ni masih tak bergerak-gerak... Tak pe lah, just wait and see lepas-lepas ni camne lak..
Wednesday, January 23, 2008
Wednesday, January 2, 2008
Anak-anakku sayang..
Now Akeef dah berusia 7 bulan, dan dah pandai duduk dah. Sebelum tu, aku tunggu-tunggu gak bila la dia nak mula merangkak.. Rupa-rupanya dia terus pandai duduk. Kalau lepas ni dia merangkak or mula bertatih, tak tau la macam mana aku nak control dia. Hehe... Mesti penat, macam masa Nurin mula merangkak dan bertatih dulu.. Tapi walau apa pun, aku tetap seronok sebab dapat tengok sendiri perkembangan anak-anakku. Nurin pun dah mula banyak cakap. Macam-macam yang keluar dari mulutnya. Kadang-kadang tu, bila marah pun, tak jadi marah bila dengar dia bercakap. Menyanyi tu, jangan cakap lah.. Kadang-kadang tu, entah apa-apa yang dia nyanyi. Lagu lain, lirik lain. Favourite song yang dia selalu tukar lirik, lagu 'Aspalela'.. Ikut suka hati dia je nak tukar word 'lela' tu jadi apa-apa.. Bila aku marah dia pasal anything, dia dah mula pandai merajuk and dia akan cakap "taknak kawan!!" And the best thing is, walaupun dia cakap 'taknak kawan', tapi a few seconds after that, dia akan bercakap balik dengan aku, macam tak de apa-apa yang berlaku. Hihi... Tapi iyalah, budak-budak... hati diorang memang bersih... tak pernah berdendam. Saaayaaaang anak-anakku...
Posted By
Lady Libra
at
8:27 PM
|
Labels: my offsprings
Tuesday, January 1, 2008
Happy New Year..
Cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk tahun 2008.. rasanya macam baru beberapa hari yang lepas je, sambut tahun 2007. Hmm... Bila cakap pasal tahun baru ni, mula la kita dengar orang bercakap pasal azam sana... azam sini... tapi selalunya azam tu, hanya tinggal azam je.. Awal-awal tahun je la berkobar-kobar pasal azam ni... Lepas tu, lupa terus. Orang yang menulis ni pun sama... hehe... Last-last, dah beberapa tahun ni, aku dah takde nak berazam-azam lagi. Last few days aku ada tengok satu rancangan kat TV, sorang selebriti bercakap pasal azam... Katanya, azam ni bukanlah pada tahun baru je. Tapi sebaliknya, setiap kali kita menemui kegagalan, setiap kali tu lah kita akan berazam. Aku sokong 100% kata beliau. Memang betul gak apa yang dia cakap tu, kan? Well, actually terpulanglah pada individu tu sendiri, bila dia nak berazam, kenapa dan apa azamnya. Tepuk dada, tanya selera..
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
