Showing posts with label toys. Show all posts
Showing posts with label toys. Show all posts

Friday, February 15, 2008

Banyaknye!! Fenin.. Fenin...

Ini adalah gambar sebahagian daripada barang-barang permainan Nurin (yang sesetengahnya dah ditukar hakmilik kepada Akeef). Pening kepala aku tengok barang-barang ni semua. Ni baru sebahagian. Tak termasuk lagi dia punya soft toys - dolls, teddy bears and all sorts of soft toys dari sekecik-keciknya sampailah yang besar-besar.. Ada lagi.. Dia punya Mega Blocks (blok2 macam Lego tapi bigger), puzzles, tent Mickey Mouse and ironing board + iron + spray - digunakan bila dia sibuk nak tiru gaya aku menggosok baju.. Oh!! And also kereta-kereta mainan dia (termasuk kereta remote control yang ayah dia beli..).


Dalam container yang warna oren tu, penuh dengan kitchen set dia. And setiap kali dia nak 'main masak-masak' dia akan suruh aku turunkan container tu, dan dia pun akan keluarkan segala-gala benda dari dalam container tu. Lagi la pening kepala aku... hehe.. Tapi aku memang dah ajar dia, after main kena kemas dan simpan balik. Alhamdulillah, setakat ni dia ikut walaupun kadang-kadang sebelum mengemas tu dia akan komplen "Nurin penatla... Mama cimpanla.." Hmm... alasan la tu.. Tapi aku suruh gak dia kemas dan kadang-kadang aku tolong dia mengemas sama, konon-konon berlumba siapa yang cepat. Hmm.. Selesai satu masalah.. Yang dalam container yang kat bawah tu pulak, entahlah... macam-macam ada.. tak tau aku nak cakap.. Yang tu, sesekali je dia akan suruh aku bukak, untuk ambik apa-apa barang yang dia teringat nak main.. Kadang-kadang bila dia mintak nak 'main masak-masak' dan aku rasa cam malas je nak ambik, aku suruh dia main dia punya Mega Blocks. Dia suka buat keretapi dari blok-blok tu, so dia pun dengan cergasnya akan pergi ambik blok tu dari dalam bilik (yang buat masa ni aku jadikan stor). Actually, barang-barang permainan Nurin ni bukanlah semuanya yang aku n hubby beli, tapi ditukar hakmilik daripada anak buah hubby aku kepada Nurin (kakak ipar aku ada sorang je anak. So, segala barang-barang permainan anak dia, dia bagi kat Nurin, and dia kata tak payah beli barang permainan lagi.. Memang betul pun.. segala-galanya ada)..


Yang ni pulak buku-buku Nurin (yang tengah-tengah tu je.. atas n bawah tu ayah n mamanye punye).. Btw, some of the books pun, pemberian daripada kakak ipar aku gak (termasuklah a few colouring books). Buku-buku ni pun favourite Nurin gak and everyday dia akan mintak aku bacakan buku-buku ni untuk dia. Pasal bab membaca ni, aku tak pernah refuse dan akan ikutkan aje. And dia pun tau, each time lepas baca buku, dia akan simpan balik all the books kat tempatnya balik. One thing for sure, aku nak tanamkan sikap suka membaca kat dia. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebung, kan??

Nurin.. posing di tepi rak buku sambil makan biskut. Sengaja aku letakkan tempat duduk dia kat situ so that senang dia nak ambik buku-buku dia.
Yang ni pulak barang-barang permainan Akeef kat dalam playpen - Nampak Akeef tengah nak berdiri tu. Selalunya Nurin akan main sama-sama dengan Akeef. Tapi kadang-kadang tu bukan main je kat dalam ni, siap bergusti sekali dengan adik dia.. hehe..

Monday, September 10, 2007

Manjakan Anak?

Hmm.. Aku baru je selesai mengemaskan playpen si Nurin. Tapi sekejap je, dah berselerak balik. Pagi aku kemas, tak sampai tengahari, dah tunggang-langgang balik. Dah lah permainannya penuh satu playpen tu. Itupun tak masuk lagi yang satu container lagi kat tepi dinding tu. Aduh! Banyak sungguh. Tapi salah sapa? Mama dan ayahnya jugak la punya pasal. Pantang tengok permainan yang cute-cute sikit, mesti nak beli. Maklumlah, masa tu anak baru sorang, anak sulung pulak tu. Nampak je apa-apa yang best-best sikit, mesti beli. Now ni pulak, pantangla anak tu minat apa-apa sikit kat TV. Dia minat Barney, beli Barney. Dia minat Spongebob, beli Spongebob. Yang dia tak minat, tapi mama and ayahnya minat pun, beli gak. Kalau teddy bear tu, jangan cakaplah.. Berlambak-lambak. Tak cukup yang kat dalam playpen, kat dalam stor pun ada lagi. Aku rasa kalau Nurin menyorok kat dalam timbunan teddy bear tu pun, aku tak nampak. Aku pun tak tau la aktiviti membeli permainan banyak-banyak ni nak dikategorikan dalam apa. Manjakan anak ke or memenuhi keperluan. Kadang-kadang, benda tu, tak perlu pun. Tapi disebabkan seronok tengok anak tu happy, beli je la. Or is it because dulu masa kecik-kecik tak pernah dapat benda-benda macam tu, jadi kita tak nak anak-anak kita miss all that so, kita pun beli la. Macam kata abang aku, bila kakak aku komplen, banyak sangat mainan anak-anak dia. Dia pun jawap, "dulu masa kecik-kecik tak dapat benda-benda macam ni. Jadi beli la untuk anak-anak lak".. Tapi ye la.. bila cakap pasal zaman aku kecik-kecik, memang berbeza. Barang mainan pun takla sebanyak mana. Masa tu, bukan senang nak dapat barang-barang permainan. Kalau ada 1 tu pun, dah cukup bagus. Ye la, lagipun masa tu, keluarga aku bukannya orang senang. Tambah pulak, abah aku dah meninggal sejak aku umur 2 1/2 tahun. Jadi, mak aku sorang je la yang membesarkan aku, dengan pendapatannya bekerja di lombong bijih masa tu. Manalah mampu belikan barang mainan banyak-banyak dan mahal-mahal. Dapat sekolahkan aku, memenuhi keperluan makan pakai aku dan bagi pelajaran kat aku pun, dah bersyukur sangat-sangat. Satu-satunya barang permainan kepunyaanku yang aku masih ingat ialah set periuk mainan. Dulu, kalau nakkan sesuatu, bukan boleh dapat kejap-kejap tu jugak. Selain daripada tu, kalau nak main congkak, arwah uci (nenek) aku akan korekkan lubang kat tanah, sama ada kat bawah pokok rambutan atau kat bawah rumah, dan buahnya daripada biji getah. Tu pun dah cukup happy. Selesai je main, tu dia.. kuku pun hitam. Tapi masa tu, tak kisah. Janji dapat main. Lagi satu, balik je mengaji, mesti main ngan kawan-kawan kat padang sekolah kat depan rumah aku. Macam-macam permainan, sampaikan bolasepak pun aku main. Haha.. Tu lah dia, zaman kanak-kanak ku. Berbeza sungguh dengan anak-anak zaman sekarang. Diorang ni, apa nak, semua dapat.. Tapi actually, pokok pangkalnya, mak bapak.. Budak besar tu, mana la pandai nak mintak apa-apa lagi.. Mak bapaknya yang lebih.. hehe.. Well, manjakan anak ke tu?? Entahla..