Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan 2 di tahun 2008 dah.. cepat sungguh masa berlalu. Bila di check2, sejak a few months back aku kurang 'mengpost' ke blog ni. Dalam tahun 2008 ni pun, baru ada 3 entry je. Hmm... tak boleh jadi nih... Now ni dah 1 haribulan February.. That means dah lebih kurang 32 hari kita berada di tahun 2008... Tapi baru 3 post aje? Oh! Tidak!! Camne boleh jadi camni nih?? Tapi iye lah.. sejak2 berisi ni, memang jarang betul aku mengadap komputer. Pembawakan ke?? Hehe... Takde maknanya.. Oklah, enough of pembawakan2 nih... What I want to share today is about my memories. Memang banyak memori-memori masa zaman-zaman kegemilangan dulu (or as my hubby mentioned it 'zaman jahiliah'.. hehe.. memang jahil sikit la masa tu..) See the pic below? Ni masa aku jadi model (ceh!! model konon!!) untuk Malay Mail. Entah macam mana tah, boleh terlibat dengan dunia modelling (yang tak berapa nak model sebenarnya) masa tu.

Gambar di 1st page Malay Mail
Gambar and write up kat Page 5 Sayangnya aku tak ingat date Malay Mail ni. Yang aku tau, masa tu tahun 1998 (wow! dah 10 tahun ye??) dan write up tu pasal vandalism. Kengkonon kita orang Malaysia ni, jangan la melakukan vandalism coz nak jaga imej Malaysia sempena SUKOM 1998. Actually umur aku masa tu 25, tapi diorang letak 21 tahun. Haha... aku kelihatan muda 4 tahun dari umur sebenar.. hehe. Bila kuar muka kat paper macam ni, masa tu kecoh satu ofis. Ahaks!! Kelakar betul.. Rasa glamour sekejap. Tapi sekejap je la.. Kat luar, orang bukan kenal pun.. Lain la kalau artis or model terkenal.. hehe.. After that, I think about a few months later, ada lak syarikat model mana tah, ajak aku join kursus modelling diorang for free. So, dengan penuh semangat aku join la course tu yang dibuat every weekend kat Istana Hotel. Kat situ diorang ajarla cara-cara nak jadi model. Nak posing camne, nak make-up camne, nak jalan camne, nak wat portfolio camne and segala-gala about modelling dia ajar. TAPI... aku ni selalunya 'hot-hot tahi chicken'.. Aku rasa adala about 3-4 classes je yang aku attend. Pastu, hampeh.. Bukan apa, malas lak rasanya nak membazirkan weekend aku. Masa tu, aku rasa baikla pi shopping ke merayau-rayau ke dengan my cousin. Oh! ya.. lupa lak nak cerita.. aku pi posing for Malay Mail tu, dengan cousin aku la.. A week after that, muke dia lak kuar paper.. hehe.. Gila glamer kitorang nih.. Ahaks!! Aku ni, kalau apa-apa mesti dengan cousin aku nih (actually 2nd cousin.. tapi kami very close masa tu). Ke hulu, ke hilir mesti berdua. Banyak memori kitorang. Nanti-nanti aku share lagi about our memories. Bila dikenang-kenangkan zaman tu, kadang-kadang tersenyum sensorang.. Takpe lah, semua tu pengalaman, kan? At least, merasa la jugak muke kuar kat paper, walaupun ciput jek.. hehe..
