Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Monday, October 13, 2008

Cerita pasal balik kampung..

Really don't know where to start.. bukan apa, agaknye lemak rendang n lemang dah tepu dalam perut ni.. jadi otak pun ikut sama jadi beku. Ni, nak cerita pasal balik kampung masa raya ari tu.. Actually cadangnye bertolak awal sesangat2.. konon2 nak sahur or paling tidak pun, subuh tengah jalan. Tapi, biasalah bila dah ada anak2 kecik ni, plan mmg selalu lari. So, 29/9 tu(Monday), kitorang kuar rumah after subuh.. Pegi ke Ampang, wat exchange program. Dropkan Akeef kat rmh sepupu hubby and one of their daughters ikut naik kete kitorang.. Bukan apa, kalau setakat 2 bdk kecik boleh la tahan lagi.. Tapi bila dah ada 3 budak kecik dalam 1 kereta utk perjalanan yang jauh (6-8 hours ikut keadaan trafik) susah gak.. Kalau dibuatnye tiga2 nak membuang.. kalau pada masa yg sama, tak pe.. kalau masa lain2.. fuh!! jenuh nak berenti.. So, sbb tu lah di export kan sorang.. and yang selalu jadi mangsa, Akeef la.. sian dia... tapi dia yg paling senang pun.. dengan sesapa pun boleh.. kalau kakaknye, jgn harap la..
Ahamdulillah, perjalanan lancar.. tak de kesesakan langsung n perjalanan kitorang pun mengambil masa lebih kurang 6 jam je. Kitorang stop kejap je untuk ke toilet n then sambung perjalanan. Anak-anak pun ok.. tak de yg buang air besar.. so, tak payah stop utk salin diapers. Sempat gak aku snap a few photos dalam perjalanan tu, especially dari Gua Musang ke Tanah Merah..
Tengok lah, betapa sunyi nye jalan.. best betul!!.. kalau tak, time jem nye, tak tau nak ckp laa.. mesti berderet2 kete..

Muqri, kebanyakan masanye, tido je..

Nurin lak 2-3 kali tido, bangun. Kelihatan gak Nana (anak sepupu hubby) sedang nyenyak tido, siap peluk pooh lagi..

Pintu gerbang kat Gua Musang


Gunung/bukit batu kapur di Gua Musang


Isk!! tengok la kesan2 penggondolan bukit2 di Gua Musang ni..

Hijau... Gunung /bukit yg msh lg terpelihara.. akan digondolkan jgk ke bukit ni nnt? Entahlah..
Bila kitorang sampai di Kuala Kerai, hubby sempat membeli lemang. Mmg byk betul gerai lemang kat situ.. Tak tau nak pilih yg mana satu.. So, kitorang just pilih yang ni..

Mesti makcik2 ni semua heran, apasal la kitorang ni tangkap gambar diorang.. Ni semua idea hubby aku le.. srh masuk dlm blog (supportive giler.. hehehehe..).. Tapi takpe lah.. terasala glamour sikit depa tu.. After that, kitorang meneruskan perjalanan . Nurin, cam biasalah.. kalau dah sampai kat Kelantan ni, mesti cari 'cow' la , 'sheep' la.. 'goat' la.. suke betul dia menengok haiwan2 yg byk kat kampung ni.. n yang kelakornye, binatang apa ntah yang dia tengok, di katanye kangaroo.. hahaha.. nak tergelak gak aku, kat Kelantan ni ade kangaroo..
Yang ni plk, dah masuk town Kuala Krai. Setiap kali raya, akan kelihatan lah banner hari raya 'Selamat Pulang Perantau' cam tu. N aku tak pernah nampak pulak kat negeri2 lain. Tapi now ni, kat Perak pun dah ada.. maybe disbbkan oleh pemerintahan PAS di Perak..

Bila dah sampai ke Tanah Merah, aku sempat la snap gambar Masjid Tanah Merah ni, yang dkt dengan rumah MIL aku..

Ini lah dia juadah berbuka pose kitorang petang tu.. dah siap potong lemang yang hubby aku beli tu.. sedap gak lemang n rendangnye..

Yang ni pulak, air tuak yang hubby aku beli masa dlm perjalanan nak smp ke Tanah Merah. Air tuak ni, bukan la cam air tuak yg boleh mabuk tu. Sebenarnye air nira.. tapi kat Kelantan dipanggil air tuak..

So, setakat ni dulu cerita hari pertama balik kg. To be continued dalam "Cerita Pasal Balik Kampung Part II".
p/s: udah ghope cerita bergambar, entry aku nih.. nsb baik tak jadi dictionary bergambar.. tu le pasal.. ini semuanye disbbkan udah lama sgt idak memblog.. hambik!! Siap ada part II lagi.. tungguuuu!!

Friday, May 23, 2008

Holla!! I'm Back..

Wow! Lama betul tak menulis kat sini.. Dah sebulan lebih rupa-rupanya.. Hmm... Dalam jangka masa sepanjang sebulan lebih ni, actually byk betul yang berlaku.. Kalau nak ikutkan chronological order, mmg dah tak leh nak ingat dah.. Puncanya aku tak menulis kat sini, ialah kekeringan idea + Vitamin M.. Biasa la, vitamin M tu mmg sentiasa ada dalam badan ni.. haha.. Oh! Ya!.. ditambah pulak penglibatan dalam FB.. So, masa aku lebih banyak dihabiskan dengan mengadap FB.. Addicted?? Hmmm.. Nak kata addicted sangat tu, tak la.. tapi boleh la sikit2, coz bila 1 hari tak bukak FB ni, rasa cam tak lengkap je hidup ni.. haha!! Ye ke?? Sebenarnya ada satu game kat situ yang membuatkan aku terus mengadap FB tetiap hari.. Adik ipar aku la yang punya angkara ni!!.. Isk!! Masa memula upload game tu, aku n hubby tetiap hari tido pukul 2-3 pagi.. Dasat sungguh!! Hehehe.. Now ni la baru slow sikit. Slow2 pun, tapi tetiap hari mesti nak bukak gak game tu.. Ok, enough of FB.. Last week, on 18th May, 2008 aku balik kampung coz nak wat 'berjojak' Akeef. Dulu aku penah post kat sini gak pasal 'berjojak' Nurin masa dia dah pandai berjalan. Boleh view the post kat sini. Now ni bila Akeef dah pandai berjalan, so, buat la 'berjojak' untuk Akeef lak. Asal-usul keturunan Rawa dan adat 'Berjojak' ni pun aku pernah post kat blog ni. To view the post, click here. To view gambar Akeef 'Berjojak' pulak, please click here.

Monday, February 11, 2008

13 Jam???

Chinese New Year ari tu, kitorang 1 family blk Kelantan.. Balik on Thursday tu, jalan smooth. Tapi bila balik ke KL on Sunday, Mak aiii!!! Jem giloss... Kitorang keluar rumah lebih kurang pukul 11:00 pagi. Memula tu, bila sampai di persimpangan Machang-K.Krai, kenderaan beratur panjang. So, hubby aku buat decision balik ikut Terengganu. Aku pun excited gak coz dah lama sangat tak pegi Terengganu. Dapat lalu pun, jadi laa... Hehe.. So, awal-awal tu, perjalanan kitorang very smooth.. Sempat la singgah kat tepi jalan, beli keropok lekor. Singgah di KT, had our lunch, nasi bungkus yang MIL bekalkan and after that, hubby aku bawak nurin jalan-jalan jap kat tepi pantai.. And then, kitorang singgah di masjid, for solat, bancuh susu n tukar diapers anak-anak2 aku. After that, kami pun teruskan perjalanan. Tak lama lepas tu, ada la sangkut sikit-sikit di few places. Tapi boleh tolerate lagi la. Bila masuk LPT (Lebuhraya Pantai Timur), punya la banyak kenderaan di setiap R&R.. Hmm... tu tak pe lagi, coz jalan still smooth. Kitorang singgah jap di petrol station kat Gambang to refuel. Memang banyak sangat kereta, tapi nasib baik tak queue lama sangat. Kitorang sambung balik perjalanan yang smooth tu. But then, bila dah nak masuk tol Karak... My goodness!! Kenderaan semua bergerak macam siput. Punyala banyak kereta.. Queue punya la panjang.. Entah berapa lama la kitorang terperangkap kat dalam jem tu.. Dan di sepanjang highway tu pun, bergerak perlahan, sampailah ke tol gombak. Lepas daripada tol, barulah hubby aku boleh pecut sikit, masuk ke MRR, nak balik ke rumah di USJ. Ends up, kitorang sampai kat rumah pukul 12:30a.m!! Wow!! Record betullah... 13 jam setengah dok dalam kereta.. Sian hubby aku, penat drive.. Aku pulak, bukan tak nak tolong drive, tapi aku tak biasa dengan jalan tu, and lagipun masa tu aku rasa-rasa cam lesen aku dah mati (at that time I was not so sure until today I find out that my driving licence dah mampos on 5th February ari tu... huhu..) So, itulah dia pengalaman jem yang paling dasat aku penah lalui (tapi hubby aku kata dia dulu lagi teruk, penah stuck 24 hours!!) Fuhh!!

Wednesday, November 21, 2007

I'm Back..

Fuh!! Lama sungguh tak menjenguk dunia blog ni.. lebih 2 weeks.. Hmm.. Actually banyak gak activity2 sepanjang 2 minggu lebih tu. On 8hb-11hb November hari tu, aku and family balik ke Kelantan. My mother-in-law nak ke Mekah lagi. Since father-in-law aku dah meninggal pada 1hb August 2004, lebih 3 tahun yang lepas, so, kali ni emak mertua aku pergi dengan adik dan adik iparnya. On Friday, 9hb November, 2007 buat kenduri doa selamat sikit and sembahyang hajat kat rumah Kelantan. On 13th November, 2007 emak mertuaku, adik and adik iparnya berangkat ke Mekah. Semoga selamat pergi dan pulang. Actually banyak lagi yang aku nak post di blog ni, setelah sekian lama menyepi. Nantilah, bila ada masa terluang lagi, dan yang pentingnya, dah upload semua foto, aku akan post lagi. Adios!!

Wednesday, October 17, 2007

Balik Kampung..Ooooo... Balik Kampung.. Raya!!

Memandangkan pada bulan puasa emak aku berada di rumah Kak Ngahku di Ipoh, so, pada 11hb Oktober 2007, lebih kurang pada pukul 6.30 pagi, aku dan hubby pun bertolaklah ke Ipoh. Cadangnya, nak gerak pada pukul 2 or 3 pagi tu.. Tapi nampak gayanya hubby aku tak larat and ngantuk. So, lepas sahur dan sembahyang subuh, kami pun berangkat. Alhamdullilah, jalan tak jem. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun sampai di rumah kakakku di Ipoh. Di Ipoh, takde apa aktiviti sangat and the next day, on 12th October, lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak ke Kelantan, melalui East-West Highway. Alhamdulillah jugak, perjalanan kami lancar, walaupun ada beberapa orang pemandu yang bawak kereta macam orang gila - double line pun nak memotong. Sampai di Kelantan lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Sampai je kat rumah my mother-in-law, rupa-rupanya kakak iparku dah sampai terlebih dahulu. Nasib baik gak la kitorang ke Kelantan ikut Perak, coz menurut cousin hubby aku, jalan Gua Musang- Kuala Krai, jem sesangat.. Hmm.. biasala, kalau time nak balik raya, kat area tu selalu jem. Petang tu, berbuka puasa ramai-ramai.. memang best. On 13th October, Raya. Pagi tu, masa semua orang sembahyang sunat Aidilfitri, aku tinggal kat rumah jaga anak-anak dan menghidangkan makanan di atas meja makan. On hari raya ni, seperti biasa, kat rumah mother-in-law aku, memang ramai orang datang. But anyway, sempat gak la kami berposing sakan. Klik kat sini for our Raya photos. Actually, banyak lagi gambar2 lain, tapi tu je yang aku masukkan kat FP. On 2nd and 3rd day raya, kitorang ke rumah sedara mara hubby aku. Biasa la, kalau dah raya tu, makan, makan dan makan je la... Habis diet aku!! hehehe.. On the 4th day raya, kami gerak ke Perak. Bertolak lebih kurang pukul 3.30pm dan sampai ke rumah Mak aku di Gopeng, lebih kurang pukul 9.30pm. Lambat sikit dari masa balik Ke Kelantan hari tu, coz maklumla, masa balik Kelantan, bulan pose, tak payah berenti makan... Tapi time balik Perak ni, kami berenti makan kat Lenggong, 1 jam setengah gak la berenti tu.. Masa dalam perjalanan, kat Kelantan tu sempat gak la aku snap gambar kereta-kereta yang memotong ikut kiri...



Ni la antara kurita-kurita yang kureng ajar tu...Isk! Ikutkan hati, nak je aku hantar gambar tu kat polis.. biar kena saman... padan muka! Sabar je la.. Anyway, perjalanan ok dan lancar gak walaupun ada sangkut sikit-sikit kat highway nak ke Ipoh disebabkan kereta-kereta yang tak sabar-sabar nak memotong lori-lori. So, lebih kurang pukul 9.30pm tu, kami pun sampai rumah and nasib baik masa sampai tu, Mak aku belum tidur lagi. Kalau tak, jenuh gak la nak mengetuk pintu. Lepas setel-setel semua benda, letak je kepala kat bantal, mata pun terus pejam... ZZZZZZZZ

Tuesday, October 9, 2007

Tukar Plan..

Pagi tadi lepas sahur hubby aku bagitau yang my mother-in-law called him yesterday and tanya boleh tak kita orang balik ke Kelantan dulu raya ni (means 1st raya kat Kelantan), coz nanti Raya Haji she won't be around coz dia akan ke Mekah lagi.. Well, aku ok je. Balik mana-mana pun sama je, kampung gak, kan? So, nampaknya kena tukar plan lah.. 1st - 3rd raya kat Kelantan and 4th raya baru balik ke Perak. Lagipun aku fikir, takpe lah coz raya ni, family Kak Long dan abang aku akan balik Perak and most probably semua akan balik ke KL balik on 3rd raya. So, kalau aku balik on 3rd raya, at least mak aku tak la sunyi bila diorang semua dah balik KL, coz aku still ada. Hmm.. Ok la tu..