Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Tuesday, February 5, 2008

Apa Nak Jadi Ni???

Saya tidak mahu lagi bergelar Sasterawan Negara - A. Samad Said

“SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).
“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Beliau menegaskan, tindakan tersebut merupakan aksi demi masa depan generasi sastera dan dunia kreatif di negara ini yang kelihatan semakin terpinggir. Ia berkaitan dengan desas-desus terbaru bahawa karya-karya Sasterawan Negara dan penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award) tidak akan tersenarai sebagai buku yang dicadangkan untuk teks baru Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.
Selain itu, semakan tersebut juga tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama dari pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta. Kementerian Pelajaran telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja popular seperti karya Ahadiat Akashah.
Antara alasan yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran ialah sebahagian teks sedia ada terlalu berat dan tidak sesuai untuk pelajar di peringkat sekolah menengah. Sebaliknya, karya-karya popular yang banyak beredar di pasaran tempatan hari ini dapat mengurangkan tekanan dan kebosanan yang dihadapi oleh pelajar. Hingga kini antara pengarang karya popular yang disenaraikan ialah Ahadiat Akashah, Zaid Akhtar (Mohamad Yazid Abdul Majid) dan Sharifah Abu Salem.
(This news was extracted from UtusanOnline.com)
Last few days hubby aku bagitau aku pasal berita ni. Sakit hati gak dengar, apatah lagi bila membaca sendiri berita tu. Apa la nak jadi dengan dunia pendidikan sekarang ni. Bayangkanlah, kalau diorang guna karya-karya Ahadiat Akashah untuk matapelajaran Sastera dan Bahasa Melayu.. Novel apa agaknya yang diorang nak guna pakai ya?? 'Budak Setan'? 'Awek Cun'? 'Balak Blues'? 'Balak Cun'? 'Budak Lanun'? Dan entah apa-apa tajuk yang merapu lagi.. Ya Rabbi!! Tak tau la aku nak cakap apa.. Bukannya mengelokkan lagi bahasa budak-budak sekolah tu. Menjahanamkan lagi, adalah. Tengok tajuk pun dah cukup haru, ni pulak isi kandungannya. Ada ke pulak alasannya sebab terlalu berat dan tak sesuai dengan students tu. Kengkononnya susah nak faham!!! Hey!! Appa daa?? Come on laaa... Kalau tak faham, belajarla bagi faham. Itulah gunanya ada cikgu. Pas tu, kata nak kurangkan tekanan. Please la wooii!! Tekanan amendanya setakat belajar sastera sikit-sikit tu. Selama ni, tak penah pulak aku dengar student tertekan teruk sangat disebabkan subjek Sastera or Bahasa Melayu. Amenda laa.. Diorang ni nak bagi students tu semua pandai Bahasa Melayu ke, jadi lagi bodoh? Isk!! Tak faham betul aku!! Siapa la yang punya idea budus nak mam.. ni!! Agaknya orang tu dulu kantoi BM kot. Dia salahkan la karya-karya sasterawan2 negara tu. Tu yang tekanan sampai sekarang tu agaknya.. Isk!!