Semenjak dua menjak dok kat rumah ni, tetiba timbul lak satu minat baru dalam diri aku nih. Kekadang bila dok sensorang time rileks-rileks and anak-anak tido, tetiba je rasa cam nak menjahit. Entah kenapa ntah... Kalau dulu, cakap pasal menjahit ni, aku lari dulu.. hehe... Tapi now ni, rasa cam nak buat macam-macam. Tetiba rasa macam nak pergi kursus menjahit lak. Macam-macam idea, nak buat itu, nak buat ini. Aku rasa minat ni timbul masa aku mengandungkan Akeef dulu. Masa tu aku banyak gak menghabiskan masa dengan menjahit manik pada baju-baju kurung aku (termasuklah baju2 kurung kakak-kakak aku n anak-anak buah aku). At that time terfikir gak nak buat duit dengan hobi tu, tapi fikir punya fikir, takut tak terlarat pulak. Kalau setakat suka-suka tak pe lah, coz kita tak payah nak set date bila benda tu kita boleh siapkan. Tapi kalau dah dibayar ni, nak kena meet client punye demand pulak. Payah pulak nanti nak kena ikut time. So, niat tu terkubur je la macam tu je.
Masa berminat sangat menjahit manik-manik tu, aku siap ajak hubby pegi Jalan Masjid India, beli manik-manik and benang yang nak digunakan. Banyak gak yang aku beli.. hehe.. And lagi satu, aku dulu pernah gak buat sarung bantal masa habis belajar ITM dulu. Masa tu belaum kerja and mak aku kata, daripada buang masa macam tu je, baik la dia ajar aku menjahit sikit-sikit. Masa tu mak aku ajar buat jahit bunga sulam tangan. Dapat gak la 2 sarung bantal, hasil kerastangan aku. At the same time, mak aku ada gak ajar buat seprah (aku tak tau tempat lain panggil apa, tapi seprah ni digunakan untuk alas makanan kalau makan atas lantai). Buat seprah tu pulak, mak aku ajar buat bunga timbul. Actually aku tak tau nak panggil bunga apa, tapi prosesnya, jahit bunga tu dengan satu jenis jarum khas, and then, benang yang dijahit tu, digunting dan digosok dengan berus gigi sampai bunga tu jadi berbulu timbul dan lembut. Cantik. Sayangnya seprah tu ada kat rumah my mom and aku tak dapat nak ambik gambar nak tunjuk kat korang. And semasa mengandungkan Akeef, pulak, aku dapat menyiapkan dua sarung bantal Nurin. Walaupun tak de mesin jahit kat rumah, tapi aku jahit gak, walaupun dengan jahit tangan je (thank god, aku belajar Sains Rumahtangga kat sekolah dulu). And then aku siap jahitkan bunga sulam tangan lagi kat bantal tu. Sebenarnya, all these bersangkut-paut dengan kepuasan hati. Memang betul, aku rasa puas hati sangat bila tengok Nurin tido atas bantal yang aku buat. Actually, bantal2 tu pun aku buat sendiri. Aku cari kain untuk buat batang bantal and aku jahit. And then aku ambil kekabu dari bantal-bantal yang dah tak digunakan, and recycle buat bantal Nurin. After that baru aku buat sarung bantal tu. Bila dah siap, rasa seronok sangat. Masa tu, timbul la pulak idea nak buat satu set cadar, selimut and sarung bantal dengan bunga sulam tangan jugak.. hehe.. Tapi belum la tercapai lagi hasrat tu.. But anyway, one day nanti aku mesti nak buat jugak. Itu hasrat dan cita-cita aku. Maybe masa mengandung anak ketiga ni pulak aku buat semua tu.. hehe.. Kat bawah ni gambar-gambar baju2 yg aku dah jahit manik and sarung-sarung bantal yang aku buat..
Gambar atas ni sarung bantal pertama yang aku buat, atas tunjuk ajar mak aku. Motif bunga tu aku ambil dari kain batik mak aku, and aku tekap guna carbon paper.
Ni pulak bantal and sarung2 bantal Nurin yang aku jahit masa mengandungkan Akeef. Motif bunga tu, idea aku sendiri and aku lukis free hand je. Sebab tu la saiz tiap2 bunga tu tak sama..
Yang ni pulak antara beberapa helai baju kurung yang menerima sentuhan kreatif aku.. hehe.. Ada a few lagi... tapi cukup la aku tunjuk 4 helai ni je..
Selepas ni, tunggu la pulak hasil kerastangan aku yang lain.. hehe..