Saturday, February 2, 2008

Another Unforgettable Memory...

Lagi satu memori yang tak pernah dapat aku lupakan, still lagi di masa zaman kegemilangan dulu.. Masa tu aku bekerja as a Secretary kat one developer company kat Jalan Ampang, betul-betul kat depan KLCC. Tapi masa tu KLCC belum ada lagi, sedang dalam pembinaan. Aku start kerja kat situ dalam bulan Ogos, 1995. So, peristiwa ni terjadi, if i'm not mistaken around that year or maybe dalam tahun 1996. Masa tu aku nak balik kerja, tunggu bas kat bus stop kat depan ofis aku. Tunggu punya tunggu, tetiba ada la satu couple ni, entah datang dari mana tah. Masa diorang duduk di bus stop tu, aku terdengar balak dia tengah membebel-bebel kat awek dia. Macam tengah marah-marah. Awek dia senyap je. And then, bas awek dia pun sampai. Mamat tu pun hantar la awek dia kat depan pintu bas. Lepas salam tangan mamat tu, awek tu pun naik bas tu. Mamat tu, aku agak maybe nak tunggu bas lain kot, duduk balik kat bus stop tu. At that time, aku sorang je kat bus stop tu. Tetiba mamat tu start tegur aku dan 'mengayat' aku lak, boleh?? Aku nak tergelak gak... Macam-macam aku kutuk mamat tu dalam hati. Dah la terang-terang aku nampak dia dengan awek, siap membebel-bebel kat awek dia, boleh lak dia nak mengorat aku?? Betul ke tak mamat ni? Memacam dia tanya aku, bermula dari nama, dok mana and then memacam lagi. Masa tu aku just jawab je la semua pertanyaan dia tu. Bukan nak melayan sangat pun, tapi sekadar nak melepaskan rasa boring sementara tunggu bas tu. Lepas tu dia tanya aku kerja katne. Kebetulan kat dinding bus stop tu ada iklan rumah, kepunyaan company tempat kerja aku, so aku just tunjuk je. Tak lama lepas tu bas aku pun sampai. Suspen gak aku, tetiba dibuatnya mamat tu ikut aku naik bas lak.. Tak ke haru.. Tapi nasib baik tak.. hehe..
The next day, aku terima satu panggilan misteri. Dari mamat tu!! (Sebenarnya aku dah tak ingat dah nama mamat tu. Maklumla, tak penting!!) Aik!! Dari mana lak dia dapat nombor telefon ofis aku ni?? Alamak!! Baru aku teringat, kat iklan kat bus stop tu ada nombor telefon laaa... Isk!! Rupa-rupanya cekap jugak mata mamat sekor tu. Masa kat phone tu aku tak layan sangat, aku cakap aku busy. Malas aku nak layan. Entah apa-apa tah.. Bila tiba time lunch hour, tetiba aku nampak lak mamat tu kat cafe yang aku selalu lunch. Apa kena la mamat ni!! Selama ni tak pernah lak aku nampak dia. Bila dia nampak aku, dia sengih-sengih macam kerang busuk. Menyampessss!! Petang tu pulak, dia call lagi.. Tanya aku balik pukul berapa.. Aku kelentong, cakap aku stay back, sampai pukul 7.00pm. Tapi tepat pukul 5.00pm aku cepat-cepat cabut. Fuhh!! Lega tak terserempak dengan dia.
Esoknya dia call aku lagi kat ofis. Aduh!! Parah dah mamat ni. Dia tanya kenapa semalam dia tunggu aku kat bus stop, aku takde pun. Aku pun kelentong la, cakap aku tak jadi stay back, ada hal. And then, dia tanya lagi hari tu aku nak balik pukul berapa lak. Aku cakap gak la yang aku stay back tapi tak tau sampai pukul berapa. And then, sama macam semalamnya tepat pukul 5.00pm aku terus cabut. Turun-turun je, tanpa disangka-sangka aku ternampak mamat tu kat bus stop. Alamak!! Biar betul!! Cepat-cepat aku patah balik, naik ke ofis. After sometime, aku rasa lebih kurang pukul 6.00pm, aku turun balik. Tapi mamat tu still ada kat bus stop tu. Aku pun terus lepak kat tempat guard kat bawah tu. Guard-guard and a few bro2 maintenance yang ada kat situ semua heran tengok aku. Semua tanya kat aku, "kenapa Zieha?" Aku pun dengan penuh semangat ceritala kat diorang semua pasal mamat senget tu. Lama gak la aku lepak kat situ. Actually, aku bukan setakat lepak je, aku siap duduk kat tepi or lebih tepat dikatakan bawah meja guard tu. Nasib baik la tempat tu luas, boleh la aku bernafas. Kejap-kejap aku mintak guard or bro2 maintenance yang still ada kat situ tolong jenguk-jengukkan whether mamat tu still ada kat situ ke tak. Selagi diorang kata ada, selagi tu la aku tak keluar dari bawah meja tu. Isk!! Haru betul la mamat ni.. Menyusahkan aku je. Tengah lepak-lepak and sembang-sembang dengan diorang tu, tetiba sorang bro tu sound aku.. "Alamak!! Zieha. Dia datang sini la.." Haaa??? Biar betul!! Menggelabah gak aku. Atas nasihat semua yang ada kat situ, aku pun dok diam-diam kat bawah meja tu. Aku tengok jam, lebih kurang pukul 7:30pm. Tetiba aku dengar suara mamat tu tanya kat guard. (Dialog seperti dibawah)..
Mamat tu: Encik, tumpang tanya.. Kenal Zieha tak?
Guard: Kenal. Kenapa?
Mamat tu: Dia dah balik ke?
Guard: Tak perasan pulak. Tapi rasanya semua dah balik.
Mamat tu: Tapi saya tunggu dia dari tadi, tak de pun. Saya call ofis dia, tak de sapa pun jawab.
Guard: Ye la, semua dah balik la tu. Lagipun saya baru je cek, semua dah gelap. Kenapa, ada janji dengan dia ke?
Mamat tu: Ada (Ceh!! Masa bila aku janji dengan dia entah!!). Dia kat tingkat berapa? Boleh saya naik?
Guard: Mintak maaf lah, lepas office hour tak boleh naik la.
Mamat tu: Ok, takpelah, terima kasih ye.
Guard: Sama-sama..
Tamat je perbualan tu, aku betul-betul lega. Guard and bro2 kat situ semua gelakkan aku. Aku cukup berterima kasih kat guard and bro2 tu. Nasib baik diorang tolong aku. And then, after a while bro yang jadi pengintip tak rasmi aku tadi, lagi sekali menjalankan tugasnya dengan baik. "Zieha, dia dah blah naik bas dah." Fuh!! Leganya!! Betul-betul menyusahkan orang la mamat tu!! Lepas tu baru la aku boleh balik dengan selamatnya.
The next day dia call aku lagi, tanya aku balik pukul berapa semalamnya. Aku kelentongla cakap aku balik awal tapi tumpang member, naik kereta. After that, during lunch hour nampak lagi dia kat cafe. Isk!! Memang sah mamat ni dah sewel. Bila dia call lagi petang tu, aku suruh member aku jawab, kata aku takde, meeting. And begitulah seterusnya setiap kali dia call. And then quite sometime gak aku dah tak nampak dia sama ada kat cafe or bus stop. Tetiba one day tanpa disangka-sangka dia muncul semula kat cafe. And bila nampak aku, sengih-sengih as usual. Aku buat biasa je, buat-buat tak nampak. Kebetulan pulak masa hari tu aku makan dengan member ofis aku yang lelaki. Bagus gak. Biar dia ingat aku occupied. Petang tu aku receive call dari dia. Tetiba je dia tanya aku dah kawin ke. Aku pun apa lagi, mengaku je la. Habis cerita. After that, takde la gangguan lagi dari mamat sewel tu..
Cerita ni tak la menarik sangat sebenarnya. Tapi kadang-kadang tu, bila teringat balik, memang boleh buat aku tersenyum sorang-sorang, tambah-tambah lagi bila teringat yang aku terpaksa menyorok kat bawah meja guard tu. Tapi one thing aku terkilan, masa peristiwa tu jadi aku ada janji dengan guard tu nak belanja dia makan nasi ayam. But, nak dijadikan cerita, guard tu kantoi lak kes kecurian kat ofis aku. Entahlah, orang kata, dia terlibat bagi info kat pencuri-pencuri tu.. Aku pun tak tau. Aku pun tak tau sama ada dia ditahan polis or tak coz lepas tu dia terus diberhentikan kerja. So, aku dah tak jumpa dia and tak dapatla aku belanja dia makan.
Ada banyak lagi story yang aku rasa nak share.. Nanti-nanti aku post lagi..