Wednesday, October 17, 2007

Balik Kampung..Ooooo... Balik Kampung.. Raya!!

Memandangkan pada bulan puasa emak aku berada di rumah Kak Ngahku di Ipoh, so, pada 11hb Oktober 2007, lebih kurang pada pukul 6.30 pagi, aku dan hubby pun bertolaklah ke Ipoh. Cadangnya, nak gerak pada pukul 2 or 3 pagi tu.. Tapi nampak gayanya hubby aku tak larat and ngantuk. So, lepas sahur dan sembahyang subuh, kami pun berangkat. Alhamdullilah, jalan tak jem. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun sampai di rumah kakakku di Ipoh. Di Ipoh, takde apa aktiviti sangat and the next day, on 12th October, lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak ke Kelantan, melalui East-West Highway. Alhamdulillah jugak, perjalanan kami lancar, walaupun ada beberapa orang pemandu yang bawak kereta macam orang gila - double line pun nak memotong. Sampai di Kelantan lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Sampai je kat rumah my mother-in-law, rupa-rupanya kakak iparku dah sampai terlebih dahulu. Nasib baik gak la kitorang ke Kelantan ikut Perak, coz menurut cousin hubby aku, jalan Gua Musang- Kuala Krai, jem sesangat.. Hmm.. biasala, kalau time nak balik raya, kat area tu selalu jem. Petang tu, berbuka puasa ramai-ramai.. memang best. On 13th October, Raya. Pagi tu, masa semua orang sembahyang sunat Aidilfitri, aku tinggal kat rumah jaga anak-anak dan menghidangkan makanan di atas meja makan. On hari raya ni, seperti biasa, kat rumah mother-in-law aku, memang ramai orang datang. But anyway, sempat gak la kami berposing sakan. Klik kat sini for our Raya photos. Actually, banyak lagi gambar2 lain, tapi tu je yang aku masukkan kat FP. On 2nd and 3rd day raya, kitorang ke rumah sedara mara hubby aku. Biasa la, kalau dah raya tu, makan, makan dan makan je la... Habis diet aku!! hehehe.. On the 4th day raya, kami gerak ke Perak. Bertolak lebih kurang pukul 3.30pm dan sampai ke rumah Mak aku di Gopeng, lebih kurang pukul 9.30pm. Lambat sikit dari masa balik Ke Kelantan hari tu, coz maklumla, masa balik Kelantan, bulan pose, tak payah berenti makan... Tapi time balik Perak ni, kami berenti makan kat Lenggong, 1 jam setengah gak la berenti tu.. Masa dalam perjalanan, kat Kelantan tu sempat gak la aku snap gambar kereta-kereta yang memotong ikut kiri...



Ni la antara kurita-kurita yang kureng ajar tu...Isk! Ikutkan hati, nak je aku hantar gambar tu kat polis.. biar kena saman... padan muka! Sabar je la.. Anyway, perjalanan ok dan lancar gak walaupun ada sangkut sikit-sikit kat highway nak ke Ipoh disebabkan kereta-kereta yang tak sabar-sabar nak memotong lori-lori. So, lebih kurang pukul 9.30pm tu, kami pun sampai rumah and nasib baik masa sampai tu, Mak aku belum tidur lagi. Kalau tak, jenuh gak la nak mengetuk pintu. Lepas setel-setel semua benda, letak je kepala kat bantal, mata pun terus pejam... ZZZZZZZZ