Tuesday, October 2, 2007

Kesian Anakku.. Demam..

Petang semalam aku dah rasa badan Nurin panas sikit. So, aku sponge dia dengan air sejuk (atas nasihat doctor) untuk menurunkan suhu badan dia. Lepas tu, rasa cam dah ok sikit. Before berbuka, suami aku perasan yang Nurin dah tertidur di depan TV. Maybe sebab badan dia lemah. After berbuka, bila dia terjaga aku rasa badan dia panas betul! Bila aku cek tempreture nya, 39.9 darjah Celcius. Alamak!! Aku pun apa lagi, terus mengajak husband aku ke klinik. Before pegi, kitorang makan dulu. Nak jugak la Nurin makan beberapa suap nasi. Lepas makan, kitorang bergegas ke klinik. Nasib baik pediatrician tu still belum balik lagi. Masa kat klinik, sempat gak aku berkenalan dengan sorang mother ni.. hehe.. Saja, nak menambah kenalan. Sempat gak bertukar-tukar contact number. So, bila dipanggil masuk bilik doctor, doctor tu cek tempreture Nurin, 38.6 darjah celcius. Still high. Appointment untuk Pneumococcal on this Thursday terpaksa di tangguh ke next Monday, 8hb October. Lepas jumpa doktor and dibekalkan dengan ubat demam, ubat selsema & batuk dan antibiotik (RM84 hinggit!!) kitorang pun balik. Sampai je kat rumah, aku bagi Nurin ubat. Bila masuk je ubat selsema & batuk tu, dia terus muntah. Alamak! Camne nih? Last-last, aku tak bagi dia apa-apa ubat pun masa tu. Lepas tu hubby aku lap-lap badan dia and tukar baju. And then, hubby aku masukkan ubat 'rectal' kat Nurin. After that, untuk turunkan suhu badan dia lagi, aku jeram kepalanya dengan air asam jawa. Lama gak aku buat. Nangis-nangis dia coz sejuk. Sambil-sambil tu aku pujuk-pujuk gak dia. And then, letakkan towel basah kat atas kepala dia. After that, dia tidur. Tengah-tengah malam, aku cek tempreture dia lagi, still 38.6. Bila aku usap-usap tangan dia, tiba-tiba rasa sedih tengok anak aku tu. Tiba-tiba gak bergenang air mata aku. At 3.30am, aku bangun bagi susu kat Akeef. After that aku prepare makanan untuk sahur. Sambil-sambil tu, aku tengok-tengok gak Nurin, and then aku basahkan lagi towel atas kepala dia tu. Masa aku letak towel basah tu kat atas kepala dia, dia tersedar. Dia mintak tengok TV, dan akupun pasangkan TV. After sahur, aku dan hubby duduk mengadap Nurin. Badannya masih tersangatlah panasnye. Aku nak cek tempreture dia, tapi tak jadi coz dia nangis. And then, dia sembang-sembang dengan kitorang. Tanya 'Mama dah makan?" "Ayah dah makan?" And then bila aku tanya dia, dia nak makan tak, surprisingly dia kata dia nak makan 'fish'. Aku pun ambilkan ikan dan nasi, bagi dia makan. Alhamdulillah, dia makan habis walaupun tak banyak sangat. After that aku bagi dia ubat demam dan selsema. Memang dia meronta-ronta gak, taknak makan ubat, tapi terpaksa bagi dengan cara paksa.. And then dia sambung tengok TV sampai tertidur. Bila bangun pagi, Alhamdulillah tempreture nya dah surut ke 37 darjah celcius, dan dia nak minum susu. Setakat ni, dah 3 botol dia minum susu (walaupun ada gak tinggal balance sikit2 dalam botol tu). Dan aku pun dah bagi dia makan ubat lagi. Harap-harap by tomorrow dia dah sihat betul. Sian dia..