Again, disebabkan kebosanan, jari jemariku bermain-main lagi di komputer. Klik sana, klik sini, aku pun bukak Radio Era di internet. Maka, berkumandanglah lagu Alhamdulillah by Too Phat di DVR Player..

Too Phat
Setelah mendengar lagu tu, teringin pulak aku mencari liriknya di internet, coz selama ni, aku cuma mendengar je lagu ni tanpa menghayati liriknya. Hmm.. Nasib baik ada..
Hayatilah lirik lagu ini;
Alhamdulillah Too Phat bersama Yassin, Ahli Fiqir & Dian Sastrowardoyo
saat waktu berhenti kosong
dimensi membutakan mata
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka sadarku akan hadirmu
mematahkan sendi sendi yang biasanya tegak berdiri
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
merenungi luar jendela
mengagungi kebesaran yang Maha Esa
kumenilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
mahukan harta yang mampu beli satu semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betul diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta
saling tukar wanita senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yg diberi percuma
guna kelebihan utuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus ada melencong ada yang lurus
bukan semuanya tulus ada sempurna ada kurang upaya
ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah Alhamdulillah
bukannya sukar kerana
semana kaya atau besar tetap Allahuakbar
jadikanlah tentera ku fisabilillah
yang tertera di kalimah harap memanduilah kita
apabila persimpangan tiba hidup penuh dengan rintangan
harus kuhadapinya
harap ku tidak lupa diri gembira
dan cuma mula mencari Kau bila di saat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dikalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan pengaruh kuasa dan perempuan ahh
sentiasa legar di minda dikejar dan diminta
dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapaku tanpa Mu disisi
dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi nukilan tulisan
dan bisikan isi hati mencari keterangan
menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
moga tidak leka dalam perjalanan ini
aku yang memandang di dalam lubuk hati
mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi
wujud menyertai lalu ku pindakan alam
ke dalam mata hati
aku hakiki aku mengerti
segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi pelik dan benar
qada’ dan qadar
kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biarkan nafsu ku terliur dari pandangan majazi ini
aku yang hodoh lagi hina
amat benar merindui
moga cahaya lailatu
tak membutakan mataku
semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi
moga dapat ku hadang tikaman dari belakang
lidah setajam pisau
ku tidak akan risau
dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah syukur!
sujudku
pun takkan memuaskan inginku
untuk hamburkan sembah segala kalbu
adapun ku sembahkan syukur pada Mu ya Allah
Untuk nama harta dan keluarga yg mencinta
dan perjalanan yg sejauh ini terhampar
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik
tentang makna diri
semua lebih bererti apabila dihayati
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alangkah baiknya jika lebih ramai penggiat seni, lebih-lebih lagi penulis lirik mencipta lirik seperti lagu Alhamdulillah yang dinyanyikan oleh Too Phat ni. Too Phat dianggotai oleh dua anak muda berbakat, Joe Flizzow dan Malique. Too Phat bukan kumpulan nasyid. Tapi Too Phat berjaya membawa mesej dakwah dengan caranya yang tersendiri, yang mungkin boleh mengalahkan lirik sesetengah lagu nasyid. Walaupun bunyinya agak janggal kerana dinyanyikan dalam bentuk rap, liriknya terkandung maksud yang jelas dan sarat dengan pesanan yang baik untuk diikuti. Sebagai insan yang ghairah mengejar cita dan mencari kejayaan di dunia ni, kita harus sedar diri, ke mana arah dan destinasi. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Awas dengan cobaan dunia. Jadilah seperti layang-layang, melayang-layang di awan, tapi jangan sampai putus talinya. Setiap insan ada tugas, walau sekecil manapun sumbangan kita, sudah pasti akan dibalas Nya juga.

|