"Ayah dan Ibu...
Ayah dan Ibu
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari... aaaaaa..
Ayah dan Ibu...
Ayah dan Ibulah mesti dihormati.."
Semua orang mesti pernah dengar lagu ni, kan? Nurin pun dah hafal lagu ni..Sebuah iklan raya di TV yang berlatar belakangkan lagu ni cukup menyentuh hati aku. Pada pertama kali menonton iklan tersebut, hati aku tersentuh dan tiba-tiba airmataku bergenang.. Bila menonton iklan tu, dan melihat bagaimana si ayah tetap menjawab pertanyaan anaknya walaupun berkali-kali ditanya, membuatkan aku terkenangkan bagaimana ibu bapa kita menyayangi kita dan akan tetap melayan kerenah kita semasa kecil dengan penuh sabar. Terbayang juga, begitulah emak membelai dan melayan kerenahku semasa kecik-kecik dulu. Tapi kenapa ya, sesetengah kita tak pernah pula dapat melayan orang tua kita sebagaimana mereka membelai dan melayan kita dengan penuh kasih sayang. Mengenangkan itu, aku sedar, banyak sungguh dosaku pada emak. Bukan sekali dua aku pernah meninggikan suara dengan emak. Disebabkan panas baranku agaknya, aku jadi tak sabar bila emak tak dengar apa yang aku katakan. Entahlah... padahal aku tau, sebagai orang tua, pendengaran emak dah kurang. Aku sedar tu... tapi tetap juga aku meninggikan suara dengan emak. Sebenarnya, setiap kali selepas melakukan kesalahan tu, aku sedar dan menyesal. Kadang-kadang, mengalir jugak airmataku bila mengenangkan segala yang telah kulakukan pada emak. Bila terbaca pula satu email dari seorang kawan mengenai IBU, hatiku makin tersentuh..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Bila aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku pergi dengan pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Kata ibu...
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah...
Sedih, kan? Itulah, bila dikenang-kenangkan, emak akupun dah tua. Hati orang tua memang cepat tersentuh. Aku tau, emak dah banyak terluka dengan sikap aku... Bila dah jadi macam cerita kat atas tu, baru la nak menyesal.. Aku tak nak jadi macam tu. Sementara emak masih ada ni, aku bertekad, tak nak lagi buat apa-apa kesalahan pada emak. Tak nak lagi melukakan hati emak. Raya ni, aku nak mintak ampun pada emak. Aku akan selalu telefon emak, tanya khabar. Emak, ampunkan segala salah dan silapku. Segala kekasaranku dan kekhilafanku. Aku sayang emak. Aku hanya ada satu emak dan tak ada sesiapa pun yang boleh menggantikan emak dalam hidupku. Emak, aku sayangkan emak....
Wajah Emak...

|