Dari satu tahun baru ke satu tahun baru (dari tahun baru Masihi ke tahun baru Hijrah).. blog ni masih di sini... tak berganjak-ganjak.. Bukan takde aktiviti or bahan-bahan yang boleh dimasukkan, tapi entah mengapa, berat sungguh nak mengadap dan menaip di computer ni.. Nampaknya, aku kena ubah, jadi rajin 'memblog' semula. Sebenarnya, banyak bahan-bahan yang sepatutnya aku share kat sini, tapi tak tertaip dah, coz banyak sangat and sesetengahnya dah lupa pun... Kadang-kadang tu, bila bukak blog ni, setakat bukak je la, tanpa menaip apa-apa.. Entah mengapa la yang jadi rajin sangat macam tu.. tak tau la.. Aktiviti 'berchatting' dengan kawan-kawan di YM pun dan jadi berkurangan.. Sebenarnya, bukan setakat malas mengadap computer je, sekarang ni, membaca novel pun dah jadi tertangguh.. Beberapa buah novel yang dibeli a few months back, masih belum disentuh lagi.. Ada jugak yang masih belum dibuka dari pembalut plastiknya.. Maybe jugak semua ni terjadi coz aktiviti bersama anak-anak dah bertambah. Maklumlah, dua-dua dah semakin membesar. Nurin asyik mintak dilayan membaca. Macam-macam buku yang dia suruh aku bacakan untuk dia. So, aku layankan ajelah, coz nak gak aku pupuk minat membaca pada dia. Akeef pulak, sekarang ni dah kurang sangat tidur siang. Kalau tidur pun, pagi/tengahari/petang paling lama pun, 2 jam.. Kadang-kadang tu, setengah jam or 1 jam je.. So, maybe itulah sebabnya blog ni masih tak bergerak-gerak... Tak pe lah, just wait and see lepas-lepas ni camne lak..
Wednesday, January 23, 2008
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)

|