Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Tuesday, December 18, 2007

Here I am...

Aduh!! Lama betul tak post ke blog ni.. Seperti biasa, ada 3 sebab.... 1) Malas... 2) Malas... 3) Malas!!!.. Hmm... Bukan malas apa.. actually, the main reason is tak de bahan yang nak dipost. And lagi satu, malas nak tunggu lelama kat depan computer, sementara nak upload foto di fotopages. Lembab... Tu la yang ambik masa lama sangat nak upload foto di FP tu.. By the way, gambar kenduri kawin cousin hubby aku, baru je berjaya aku uploadkan di FP. Boleh tengok di sini.
Masa 9hb Disember hari tu pulak, sekali lagi bawak Nurin and Akeef ke Zoo negara.. Tapi punya la ramai manusia.. Maklumla, time cuti sekolah. Masa ni la parents nak bawak anak-anak berjalan-jalan. Zoo ni, memang la salah satu destinasi popular kalau nak bawak budak-budak time cuti sekolah.. Masa kitorang pergi this time, nak parking pun susah.. bila tengok multi animal show tu, punya la ramai penonton, tak macam masa kitorang pergi last time (mana taknye, masa pergi dulu tu, awal2 bulan pose.. memang la tak ramai).. foto kali ni pun tak la banyak. Boleh view di sini.
Last Sunday, 16hb Disember, 2007.. bawak Nurin n Akeef ke Desa Waterpark. Memang ramai giler orang kat sana. Salah satu sebab, ada banyak group yang buat family day kat situ. Desa Waterpark tu, bukak pukul 10 pagi.. Time kitorang sampai kat situ, lebih kurang pukul 10:10 am. Tapi parking dah quite full, as if kitorang pergi tu dah pukul 12.. padahal, lambat 10 minit je dari time bukak.. Nasib baik berjaya jugak dapat tempat nak parking barang-barang kitorang masa kat dalam tu. Bila dah tengok orang ramai sangat macam tu, hubby aku pun mula hilang mood nak masuk air... tapi, bila dah masuk air tu, dah ok dah.. hehe... Walaupun ramai, tapi okla.. Bawak Nurin and Akeef masuk air. Nurin suka betul main slide kat tempat children tu... yang si Akeef lak, betul-betul kelakar.. Masa bawak dia masuk air tu, dia memang dah kekenyangan.. baru lepas makan. So, bila bawak masuk air and duduk dalam float tu, dia boleh tidur!!.. Memang kelakar tengok dia. Cute je tidur kat atas float tu.. Mamat safety crew kat situ pun, tersenyum je tengok dia. So, kalau nak view foto Nurin n Akeef (yang tengah tidur atas float) boleh view di sini.

Wednesday, November 28, 2007

Virus 'M'..

Entah kenapa, semenjak dua menjak ni, virus 'M' ni dah menular teruk dalam badan aku. Bukan je malas nak meng'upload' foto-foto, nak membukak blog ni pun, malas. Kadang-kadang tu, nak on computer pun malas. Sometimes, 2-3 hari tak on computer. Kalau on pun, setakat nak tengok email je, and then off balik. Badan rasa lemah je. Bila dok je kat sofa tu, sambil baca buku (Once Removed yang tak habis-habis lagi...) mata pun mula la rasa macam nak terpejam. Cepat-cepat aku bangun, minum air dan cuba-cuba buat kerja lain. Anyway, hari ni berjaya jugak aku menggagahkan diri meng'upload' foto-foto kitorang bercuti di Tiara Beach Resort (TBR) hari tu, ke FP. Actually, masa di TBR, Nurin cukup suka main air. Tapi dia ni cepat pulak fobia. Masa naik slide, ayahnya terlambat nak sambut dia, so dia terjatuh ke dalam air. Lepas tu, terus dia tak nak naik slide tu lagi. Tapi still nak main air, but she would prefer main kat kolam yang luas, yang ada spiral slide (tapi dia takleh la naik slide tu, coz slide tu untuk kanak2 and dewasa je). So, diapun main-mainla kat pool yang besar tu, dengan floatnya. The next day, pagi-pagi lagi kitorang dah turun, bawak Akeef jalan2 dengan strollernya and Nurin main basikal. Oh! actuallay, dari memula kitorang sampai, pagi Sabtu tu baru bawak Akeef turun. Sebelum-sebelum tu, kitorang tinggalkan dia tidur kat bilik... Sian Akeef. But anyway, he is such a good boy. Tak nangis pun. Bila kitorang balik bilik, baru dia bangun. Wanna view our photos kat TBR? Click here. TBR memang family oriented. So, bagi parents-parents yang nak bawak anak-anak bercuti, boleh la bawak ke sini. Macam-macam aktiviti boleh buat. TBR ni jugak di anugerahkan 'Malaysia's Best Family Destination 2007'. So, for me, out of 10 points, aku bagi 9 1/2..