Wednesday, January 23, 2008

Hari-hari Yang Berlalu...

Dari satu tahun baru ke satu tahun baru (dari tahun baru Masihi ke tahun baru Hijrah).. blog ni masih di sini... tak berganjak-ganjak.. Bukan takde aktiviti or bahan-bahan yang boleh dimasukkan, tapi entah mengapa, berat sungguh nak mengadap dan menaip di computer ni.. Nampaknya, aku kena ubah, jadi rajin 'memblog' semula. Sebenarnya, banyak bahan-bahan yang sepatutnya aku share kat sini, tapi tak tertaip dah, coz banyak sangat and sesetengahnya dah lupa pun... Kadang-kadang tu, bila bukak blog ni, setakat bukak je la, tanpa menaip apa-apa.. Entah mengapa la yang jadi rajin sangat macam tu.. tak tau la.. Aktiviti 'berchatting' dengan kawan-kawan di YM pun dan jadi berkurangan.. Sebenarnya, bukan setakat malas mengadap computer je, sekarang ni, membaca novel pun dah jadi tertangguh.. Beberapa buah novel yang dibeli a few months back, masih belum disentuh lagi.. Ada jugak yang masih belum dibuka dari pembalut plastiknya.. Maybe jugak semua ni terjadi coz aktiviti bersama anak-anak dah bertambah. Maklumlah, dua-dua dah semakin membesar. Nurin asyik mintak dilayan membaca. Macam-macam buku yang dia suruh aku bacakan untuk dia. So, aku layankan ajelah, coz nak gak aku pupuk minat membaca pada dia. Akeef pulak, sekarang ni dah kurang sangat tidur siang. Kalau tidur pun, pagi/tengahari/petang paling lama pun, 2 jam.. Kadang-kadang tu, setengah jam or 1 jam je.. So, maybe itulah sebabnya blog ni masih tak bergerak-gerak... Tak pe lah, just wait and see lepas-lepas ni camne lak..

Wednesday, January 2, 2008

Anak-anakku sayang..

Now Akeef dah berusia 7 bulan, dan dah pandai duduk dah. Sebelum tu, aku tunggu-tunggu gak bila la dia nak mula merangkak.. Rupa-rupanya dia terus pandai duduk. Kalau lepas ni dia merangkak or mula bertatih, tak tau la macam mana aku nak control dia. Hehe... Mesti penat, macam masa Nurin mula merangkak dan bertatih dulu.. Tapi walau apa pun, aku tetap seronok sebab dapat tengok sendiri perkembangan anak-anakku. Nurin pun dah mula banyak cakap. Macam-macam yang keluar dari mulutnya. Kadang-kadang tu, bila marah pun, tak jadi marah bila dengar dia bercakap. Menyanyi tu, jangan cakap lah.. Kadang-kadang tu, entah apa-apa yang dia nyanyi. Lagu lain, lirik lain. Favourite song yang dia selalu tukar lirik, lagu 'Aspalela'.. Ikut suka hati dia je nak tukar word 'lela' tu jadi apa-apa.. Bila aku marah dia pasal anything, dia dah mula pandai merajuk and dia akan cakap "taknak kawan!!" And the best thing is, walaupun dia cakap 'taknak kawan', tapi a few seconds after that, dia akan bercakap balik dengan aku, macam tak de apa-apa yang berlaku. Hihi... Tapi iyalah, budak-budak... hati diorang memang bersih... tak pernah berdendam. Saaayaaaang anak-anakku...

Tuesday, January 1, 2008

Happy New Year..

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk tahun 2008.. rasanya macam baru beberapa hari yang lepas je, sambut tahun 2007. Hmm... Bila cakap pasal tahun baru ni, mula la kita dengar orang bercakap pasal azam sana... azam sini... tapi selalunya azam tu, hanya tinggal azam je.. Awal-awal tahun je la berkobar-kobar pasal azam ni... Lepas tu, lupa terus. Orang yang menulis ni pun sama... hehe... Last-last, dah beberapa tahun ni, aku dah takde nak berazam-azam lagi. Last few days aku ada tengok satu rancangan kat TV, sorang selebriti bercakap pasal azam... Katanya, azam ni bukanlah pada tahun baru je. Tapi sebaliknya, setiap kali kita menemui kegagalan, setiap kali tu lah kita akan berazam. Aku sokong 100% kata beliau. Memang betul gak apa yang dia cakap tu, kan? Well, actually terpulanglah pada individu tu sendiri, bila dia nak berazam, kenapa dan apa azamnya. Tepuk dada, tanya selera..

Tuesday, December 18, 2007

Here I am...

Aduh!! Lama betul tak post ke blog ni.. Seperti biasa, ada 3 sebab.... 1) Malas... 2) Malas... 3) Malas!!!.. Hmm... Bukan malas apa.. actually, the main reason is tak de bahan yang nak dipost. And lagi satu, malas nak tunggu lelama kat depan computer, sementara nak upload foto di fotopages. Lembab... Tu la yang ambik masa lama sangat nak upload foto di FP tu.. By the way, gambar kenduri kawin cousin hubby aku, baru je berjaya aku uploadkan di FP. Boleh tengok di sini.
Masa 9hb Disember hari tu pulak, sekali lagi bawak Nurin and Akeef ke Zoo negara.. Tapi punya la ramai manusia.. Maklumla, time cuti sekolah. Masa ni la parents nak bawak anak-anak berjalan-jalan. Zoo ni, memang la salah satu destinasi popular kalau nak bawak budak-budak time cuti sekolah.. Masa kitorang pergi this time, nak parking pun susah.. bila tengok multi animal show tu, punya la ramai penonton, tak macam masa kitorang pergi last time (mana taknye, masa pergi dulu tu, awal2 bulan pose.. memang la tak ramai).. foto kali ni pun tak la banyak. Boleh view di sini.
Last Sunday, 16hb Disember, 2007.. bawak Nurin n Akeef ke Desa Waterpark. Memang ramai giler orang kat sana. Salah satu sebab, ada banyak group yang buat family day kat situ. Desa Waterpark tu, bukak pukul 10 pagi.. Time kitorang sampai kat situ, lebih kurang pukul 10:10 am. Tapi parking dah quite full, as if kitorang pergi tu dah pukul 12.. padahal, lambat 10 minit je dari time bukak.. Nasib baik berjaya jugak dapat tempat nak parking barang-barang kitorang masa kat dalam tu. Bila dah tengok orang ramai sangat macam tu, hubby aku pun mula hilang mood nak masuk air... tapi, bila dah masuk air tu, dah ok dah.. hehe... Walaupun ramai, tapi okla.. Bawak Nurin and Akeef masuk air. Nurin suka betul main slide kat tempat children tu... yang si Akeef lak, betul-betul kelakar.. Masa bawak dia masuk air tu, dia memang dah kekenyangan.. baru lepas makan. So, bila bawak masuk air and duduk dalam float tu, dia boleh tidur!!.. Memang kelakar tengok dia. Cute je tidur kat atas float tu.. Mamat safety crew kat situ pun, tersenyum je tengok dia. So, kalau nak view foto Nurin n Akeef (yang tengah tidur atas float) boleh view di sini.

Friday, December 7, 2007

Finally...

Hmm... Finally, I've finished reading 'The Alchemist' just recently. Nice story. "A beautiful book about magic, dreams and the treasures we seek elsewhere and then find at our doorstep" - as commented by Madonna on the book and she's absolutely right. So, lepas ni aku boleh la start membaca buku-buku lain pulak (and tak tau la pulak bila nak habis.. hehe) especially a few malay novels yang dah lama berhabuk kat atas rak tu.. Ok, enough of books and novels. Just nak cerita that on 1/12 yang lepas, my family and I, pergi ke Melaka, cousin hubby aku kawin. Meriah sungguh.. Pada malam nya, siap ada acara cabutan bertuah lagi.. ahaks! Kitorang dapat ashtray.. Haha.. sapa la nak guna, ek? Hubby aku tak merokok... nampak gayanya, buat hiasan je la.. hehe.. But anyway, foto2 aku belum upload ke FP lagi.. soon.. Adios!!