Hari ini, genaplah seminggu arwah emak meninggalkan kami semua. Namun aku rasa baru semalam je aku menatap wajah arwah emak buat kali yang terakhir. Rasanya seperti baru semalam jugak aku mencium dahi dingin emak. Bila bersendirian, aku tetap terkenangkan arwah. Aku masih tetap merasa sedih dan airmata tetap mengalir. Setiap kali mengadap juadah, aku sentiasa menjadi sebak, bila terkenangkan arwah emak yang tidak dapat lagi merasa makanan yang sedap-sedap seperti yang sedang aku makan. Aku akan menangis setiap kali terpandang baju arwah emak yang kusimpan dalam almari. Kadang-kadang aku seperti tidak percaya bahawa emak telah meninggalkan aku. Sebelum tidur, aku selalu berharap agar dapat bermimpikan emak. Aku rindukan emak. Rindukan suaranya, rindukan senyumannya, rindukan ciumannya.
Sebenarnya aku masih rasa terkilan. Terkilan sebab aku tiada di sisi emak ketika arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terkilan, sebab aku tak dapat melafazkan kalimah syahadah ketelinganya, di saat-saat terakhirnya. Terkilan, sebab ada hajat-hajat arwah yang tidak kesampaian. Masa arwah emak mula-mula sakit dulu, arwah pernah berkata padaku "asalkan emak dapat tengok anak kau nanti, cukuplah.." Namun, tak kesampaian jugak hajat emak yang satu itu. Namun, aku harus redha. Allah lebih mengetahui. Pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya.
Aku cuba jadi kuat, dan aku harus jadi kuat. Dalam seminggu ini, aku cuba melupakan. Bukan cuba melupakan emak, kerana emak tetap di hati.. Tetapi sebenarnya aku cuba melupakan segala rasa terkilanku. Aku buat aktiviti seperti biasa. Ajak hubby keluar, bawak anak-anak jalan-jalan. Kalau orang lain tengok, mesti ada yang cakap "Eh! Dia ni.. Emak baru je meninggal. Tapi tengok cam takde apa-apa je.." Namun hakikatnya, orang tak tau apa yang aku rasa.
Hidup mesti diteruskan.. Life must go on... Yang pergi tetapkan pergi. Kita yang hidup ni harus meneruskan perjuangan. Lagipun, bukan aku sorang je yang pernah kehilangan orang yang disayangi. Sedih tetap sedih.. Siapa yang tak sedih kalau kehilangan emak yang disayangi. Tapi at the same time, aku harus tabah. Jadikan segalanya sebagai pedoman dan ikhtibar. Doaku sentiasa mengiringi emak. Semoga Allahyarhamah emak sentiasa sejahtera di sana. Amin..

|