Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

Nurin's 'morey' cum pyjama-birthday bash :)

Maaflah, entry ni terlambat post.. dah ditaipkan dlm draft, tapi takde masa nak post..
On Nurin's bday haritu, kitorang berbuka pose kat rmh kakak ipar aku di rumah barunye. Actually before this, sebelum abang aku nak ke Dubai, dia penah ajak kitorang pegi makan-makan kat sana. Tapi masa tu aku baru je bersalin. So, tak dapat la nak pegi. And masa hujung minggu pertama bulan Ramadhan pun, kakak ipar aku ada gak ajak kitorang berbuke kat sana tapi, since kitorg ada hal, so tak dapat pegi. Disebabkan 17/9 ari tu, Selangor public holiday, so kakak ipar wat masak2 sikit, and ajak lagi kitorang ke rmh dia tu. So, kali ni kitorang pegi la. Time buke tu, cam biasa la.. makan.. Nurin bukan main seronok lg main2 dengan sepupu2 dia. Akeef pun tak ketinggalan.. :)
Lepas je berbuka, aku bgtau kat kakak ipar aku tu, hari tu bday Nurin. Dia pun ckp, apsal tak bgtau awal2, blh beli kek n celebrate. Aku senyum je la. Rupe2nye, lepas je setel berbuka, dia ajak kitorang ke Starbucks dekat dengan rmh dia tu, nak celebrate bday Nurin.. :)
At first, aku n hubby rasa cam tak payah la.. lagipun nak ngangkut budak2, dgn Akeef n Muqri lg.. Tapi last2 kitorang agree je, since anak2 dia pun ada.. So, after setel2 sumer kat rmh dia tu, kitorang pun gerak le ke Starbucks tu.. Kakak ipar aku belanja sumer.. air, kek 2 potong (sbb kat situ ada kek2 yg dah dipotong jek.. ) n chicken cajun (yg mmg yummy)
Actually, yg kelakarnye budak2 sumer pakai baju tido.. since kakak ipar aku insist gak nak pegi starbucks tu, takpe le.. nak wat camne.. anak2 dia pun pakai baju tido sumernye.. hihi.. dia ni mmg kepala rock skt.. tak de hal punye.. :)
So, here are the photos masa hari tu, kat rumah my SIL and also kat starbucks..





Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan hadir lagi..

Selamat datang Ramadhan. Entah kenapa, setiap kali hadirnya Ramadhan pasti sesetengah dari kita akan teringatkan kampung halaman, terutamanya kepada ibu dan ayah di kampung. Boleh balik kampung untuk merasa masakan ibu ketika berbuka. Tapi, itu kepada sesiapa yang masih mempunyai orang tua lah.. Macam aku ni, hanya kerinduan yang hadir dalam diri. Rindu dengan masakan emak. Rindu dengan segala-galanya yang berkaitan dengan emak, ketika Ramadhan ini. Tapi apa kan daya, semuanya hanya tinggal kenangan. Kalau dulu, seboleh-bolehnya akan cuba jugak balik kampung walaupun sehari dua (tak kira di awalan atau di akhiran Ramadhan) untuk menikmati suasana berbuka bersama-sama dengan emak. Tapi kali ini dah tak dapat nak menikmati semua tu. Sedih? Ye, memang aku sedih. Setiap kali selepas solat dan setiap kali selepas membaca al-quran, setiap kali itu jugak lah aku akan teringatkan emak dan kadang-kadang airmata akan bergenang. Sentiasa jugak lah aku mendoakan kesejahteraan emak..
Ok, cerita pasal Ramadhan ni, 1st day Ramadhan memang agak memenatkan. Especially macam aku ni, yang masih menyusukan baby. Memang dibolehkan berbuka bagi orang-orang macam aku ni, tapi aku cuba je dulu. Alhamdulillah, aku dapat bertahan sampai ke waktu berbuka, walaupun sedikit penat. Tapi, walaupun penat-penat macam tu, sempat gak la aku buatkan jeli yang dah aku transfer jadi agar-agar untuk juadah berbuka. Aku dan hubby hanya berbuka dengan tamar (dan sedikit kuih jika ada) dan air. Lepas solat maghrib baru lah kami makan nasi. Untuk 1st day puasa ni, aku just masak simple2 je. Nanti2lah, baru buat special2 sikit (special keww?? hihihi..)

Inilah dia gambar jeli yang sempat di 'snap' oleh hubby ku..

Note: Jeli yg warna merahnye, rasa sama je.. tapi buah2annye je lain2.. satu, buah mangga, satu lagi longan..

Sunday, October 7, 2007

Sahur di Bagan Lalang, Sepang

On last Friday, 5th October, 2007 aku, hubby and anak-anak pegi sahur kat Bagan Lalang. Actually, kitorang pegi konvoi ramai-ramai dengan my hubby's friends. 12 biji kereta semuanya. Macam konvoi nak pergi kenduri kahwin lak.. hehe.. Tapi memang best. Eventhough this is my first time joining them in their TT session ('TT' means Teh Tarik - their meeting or gathering term) but tak rasa left out pun coz they're very friendly. Kitorang keluar dari rumah lebih kurang pukul 9:50pm and meet my hubby's friends at their usual meet-up point in KJ. Bila semua dah ada, lebih kurang pukul 12 kitorang gerak ke Bagan Lalang. Kitorang sampai at the 'makan place tu dah almost pukul 1 pagi. Dah lama jugak aku tak ke Bagan Lalang nih.. Dulu memang selalu. Boleh dikatakan sebulan or dua bulan sekali, mesti pergi sini, makan seafood. Seafood kat sini memang murah and tak keterlaluan kalau aku katakan lebih murah daripada seafood kat Muara, Kelang. Kedai makan kat sini pun banyak. Pilih je nak pergi yang mana. Kalau pergi siang, boleh main-main or jalan-jalan kat tepi pantai. Best! Aku and hubby, kalau pergi makan kat sini, mesti tak miss makan ketam, pepahat dan sotong. Ketam tu, bakar, pepahat masak cili dan sotong goreng tepung. Fuh!! Mengancam! Lepas makan, and kekenyangan, lepak-lepak jap and lebih kurang dekat-dekat pukul 3 a.m kitorang gerak dan sampai ke toll USJ lebih kurang pukul 3.30 am. Hubby aku sembang-sembang jap ngan member-member dia and tak lama lepas tu semua bersurai. So, conclusionnya, konvoi dengan kawan-kawan hubby aku ni memang best! Klik sini for more photos.

Menu wajib aku dan hubby: Ketam bakar, Pepahat masak cili dan Sotong goreng tepung.. Mmmm... Yummy!! Silakan, silakan.. tambah nasik!