Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan hadir lagi..

Selamat datang Ramadhan. Entah kenapa, setiap kali hadirnya Ramadhan pasti sesetengah dari kita akan teringatkan kampung halaman, terutamanya kepada ibu dan ayah di kampung. Boleh balik kampung untuk merasa masakan ibu ketika berbuka. Tapi, itu kepada sesiapa yang masih mempunyai orang tua lah.. Macam aku ni, hanya kerinduan yang hadir dalam diri. Rindu dengan masakan emak. Rindu dengan segala-galanya yang berkaitan dengan emak, ketika Ramadhan ini. Tapi apa kan daya, semuanya hanya tinggal kenangan. Kalau dulu, seboleh-bolehnya akan cuba jugak balik kampung walaupun sehari dua (tak kira di awalan atau di akhiran Ramadhan) untuk menikmati suasana berbuka bersama-sama dengan emak. Tapi kali ini dah tak dapat nak menikmati semua tu. Sedih? Ye, memang aku sedih. Setiap kali selepas solat dan setiap kali selepas membaca al-quran, setiap kali itu jugak lah aku akan teringatkan emak dan kadang-kadang airmata akan bergenang. Sentiasa jugak lah aku mendoakan kesejahteraan emak..
Ok, cerita pasal Ramadhan ni, 1st day Ramadhan memang agak memenatkan. Especially macam aku ni, yang masih menyusukan baby. Memang dibolehkan berbuka bagi orang-orang macam aku ni, tapi aku cuba je dulu. Alhamdulillah, aku dapat bertahan sampai ke waktu berbuka, walaupun sedikit penat. Tapi, walaupun penat-penat macam tu, sempat gak la aku buatkan jeli yang dah aku transfer jadi agar-agar untuk juadah berbuka. Aku dan hubby hanya berbuka dengan tamar (dan sedikit kuih jika ada) dan air. Lepas solat maghrib baru lah kami makan nasi. Untuk 1st day puasa ni, aku just masak simple2 je. Nanti2lah, baru buat special2 sikit (special keww?? hihihi..)

Inilah dia gambar jeli yang sempat di 'snap' oleh hubby ku..

Note: Jeli yg warna merahnye, rasa sama je.. tapi buah2annye je lain2.. satu, buah mangga, satu lagi longan..