Now dah seminggu lebih aku berpantang.. Kehadiran orang baru dalam family, cukup membahagiakan..
9hb Julai, 2008.. 7:30 am. Aku terjaga dari tidur. Perut rasa cam tak berapa best.. Rasa contraction yg extra skt dari biasa. At the same time, aku rasa cam nak buang air.. So, dengan malas n berat, aku bangun gak pegi toilet. Masa dalam toilet tu, aku dah terfikir.. Hmm.. Jangan la bersalin hari ni.. Susah gak kalau bersalin hari ni.. dibuatnya time hubby aku takde kat rmh, pegi keje.. camne ek? Isk!! Tak nak arr.. Tapi rasa contraction and sakit pinggang lain macam je dah ni.. Suruh hubby tak yah pg keje la hari ni.. Isk.. tapi semalam, dia ckp dia ada urusan penting lak kat office hari ni.. Kalau dibuatnye ini just false alarm je and aku tak bersalin pun hari ni, sian lak kat dia.. Camne ek? Hmm.. Aku fikir, tak pe lah.. Just harap-harap je la tak bersalin hari ni.. Due date, betul-betul lagi seminggu.. 16hb Julai, hari Rabu.. so, next week, suruh je la hubby start cuti awal, on Monday. But then, after kuar je toilet aku rasa cam ada something kuar.. cek-cek.. Alamak!! Darah!!.. Tengok hubby aku dah takde kat tempat tidur. Dah masuk bilik air, nak mandi la tu.. Aku lak, tak la panic, coz tak rasa sakit sangat pun.. Masa tu aku just fikir pasal ke mana nak hantar anak-anak je. Dalam kepala otak aku just terfikir rumah my bro, since rumah dia yg paling dekat dengan rumah aku n dia pun ada maid yg boleh tolong jagakan anak-anak aku sekejap. Aku masuk bilik, amik baju n diapers anak-anak2 and masuk dalam beg. At the same time aku panggil hubby aku yg kat dalam bilik air and inform dia yang aku dah start bleeding. After settle kan baju anak-anak, aku buat susu untuk Akeef yg baru bangun tidur and sempat la bagi susu kat dia dulu. Nurin yang tengah tidur pun terpaksa digerakkan. Lepas salin baju Nurin, amik pulak susu n makanan untuk bekalan anak2 kat rumah my bro nanti.. After that aku call abang aku, bagitau yang aku dah nak bersalin n nak hantar anak-anak. Dia pun suruh hantar je kat rumah dia. And then, discuss dengan hubby sama ada nak hantar aku dulu or the kids dulu.. Lastly, kitorang decide to send the kids first.. Lagipun aku belum rasa sakit sangat, so, rasanya sempat untuk hantar diorang dulu. Alhamdulillah, jalan tak jem. And Alhamdulillah, masa hantar kat rumah my bro tu, anak-anak tak meragam.. Risau gak aku kalau-kalau Nurin nangis-nangis.. Tapi Alhamdulillah, dia boleh lambai-lambai tangan masa kitorang tinggalkan dia. Sampai je kat hospital - QHC Medical Centre (yang mmg dekat dgn rumah aku), kebetulan ada parking space betul-betul kat depan hospital.. Lega gak, coz selalunya time office hour mmg susah nak dapat parking. Kalau tak silap aku, masa sampai QHC tu, jam dah pukul 9 lebih, coz aku masuk-masuk je kat situ, dah ada a few people yang duduk menunggu giliran nak jumpa doctor. And then, aku disuruh duduk kat wheel chair and ditolak naik ke labour room. Sampai kat labour room, aku naik kat katil (the same katil masa aku lahirkan Akeef dulu.. ) And then nurse yang ada kat situ, cek aku.. dia tanya, aku dah buang air ke blm, so aku pun jwb, dah.. and then dia lekatkan wire2 kat perut aku.. aku tanya, tak perlu bagi ubat buang air lagi ke? Dia kata dia nak cek dulu.. Lepas dia cek, dia cakap jalan dah bukak 7.5cm.. so, takleh nak pegi toilet dah.. Kalau nak buang air kecik pun, kat atas katil tu je.. and dia akan bagi mangkuk.. Dalam hati aku, nasib baik la aku dah buang air besar kat rmh tadi.. Dalam pada tu, rasa sakit makin bertambah sikit-sikit.. Tetiba lak la aku nak buang air kecik.. aku bagitau kat nurse, and as she said earlier, dia letak mangkuk.. cam apa je, buang air cam tu.. susah lak tu nak kuar, coz dlm keadaan baring.. setel semua, rasa sakit memang la semakin bertambah.. Cam biasa, aku genggam tangan hubby aku kuat-kuat.. Selawat, selawat gak.. menjerit, menjerit gak.. Setiap kali contraction tu, aku akan tanya jam kat hubby aku, nak tau berapa minit time-lapse antara contraction tu.. Tak lama lepas tu, doktor datang.. dia kata nak pecah kan air ketuban.. Lepas pecahkan air ketuban, hubby aku pun tanya berapa lama lagi nak tunggu.. and doktor cakap around 45 minutes - 4 hours lagi.. aduh!! aku pun cakap.. lamanye lagi nak sakit cam ni... tapi tak sampai 10 minit, rasa sakit makin kuat.. memang sah! aku nak bersalin dah.. nurse-nurse pun dah cakap, kepala baby dah nampak.. so, aku apa lagi.. menjerit la sekuat-kuat hati, panggil doktor.. hehe.. padahal, bukannye takde nurse yang panggilkan.. tapi tu la, disebabkan sakit sangat, aku tak kira dah.. hihi.. bila doktor datang je, aku jerit, "cepat la doktor!!"... hehe.. apa yang aku suruh cepat, tak tau la.. haha... and then, 2 or 3 kali push je, baby dah kuar.. Alhamdulillah... fuh!! lega sangat-sangat.. Aku siap tanya kat doktor, ada buat episiotomi tak? doktor kata takde.. koyak naturally.. aku tanya lagi.. jagged tak? haha.. doktor kata, tak.. straight and sikit je.. Alhamdulillah.. Masa doktor tgh menjahit tu, nurse pun bagi aku tengok baby.. And surprisingly, baby bukak mata, tengok kat aku.. hehe.. hilang terus rasa sakit yang teramat sangat tadi tu.. After that, hubby aku pun azankan. So, after settle semua, termasuk acara jahit-menjahit, aku pun dibawak ke bilik aku.. So, itulah dia, ceritanya.. Settle la semua.. memang teramat-amat melegakan.. Baby tu, kami namakan MOHAMED AQIL MUQRI. Semoga bila dewasa nanti dia menjadi seorang yang bijak dan terpelajar serta seorang yang kuat beribadat... Aminn.. Here are a few photos of my new bundle of joy..
The reason of my sleepless night...
*Note: (Gambar 5 & 6 ni, ihsan dari Meem Peanutbutter.. Tq meem)
To view more photos of Aqil Muqri, please click here.


