Friday, November 14, 2008

Wah!!! Macam tak percaya!! :P

**Note: Entry ni dah basi skt coz dh lama dlm draft tapi aku tak post.. and aku pun dah lama sgt tak memblog.. tapi aku still nk post gak.. huhuhu
Wah!! mcm tak percaya pun ada, aku ni.. aku keje gomen.. kat BPR lak tu.. tak pernah termimpi langsung aku dpt keje kat BPR nih.. hahaha... Dah la b4 this pun, aku mmg tak pernah termimpi pun keje gomen, ini kan pulak BPR..
Pada 19hb-24hb Oktober 2008 ari tu, aku berkursus di Intan Kluang, Johor (IKWAS). Kursus tu ialah Kursus Pengenalan dan Asas Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). Masa kursus tu, yg ramainye bdk2 dari Poli.. heh heh!! Dulu, course Diploma In Secretarial Science tu, kat ITM.. but since ITM dah upgrade n course tu dah di bg bd Poli utk handle..
Oklah.. enough of that... masa kursus tu, pagi at 7 am, breakfast.. pastu ceramah smp 10am.. pastu minum pagi (??? aku pun heran... dah breakfast, minum pagi lagi)... pastu at 11am sambung ceramah smp 1pm and after that, lunch.. 2.30pm smbung ceramah.. at 4.30pm minum petang. At 5.30-6.30 riadah.. 7.30pm, dinner.. 8pm sambung ceramah until 10pm. pastu minum malam puleekkk... pastu tido.. itu lah routine tetiap hari selama seminggu..
Masa malam pertama kitorang kat sana, urusetia2 kursus dari JPA tu sumer wat ice breaking.. Masa tu blh tgk la klik2.. dok dgn geng masing2 je.. Malam tu kitorang kena perkenalkan diri memasing.. pastu buat aktiviti2 yg disuruh.. mcm2.. best gak.. kelakar pun ada.. Kitorang disuruh melukis muka sendiri dgn menggunakan tangan yang tak biasa digunakan. Kalau biasa menulis dgn tangan kanan, dia suruh lukis dgn tangan kiri and vice-versa. Kitorang dilarang menulis nama kat kertas tu. After that, urusetia tu kumpulkan semuanya, and then campur-campurkan and bagi balik kat kitorang, gambar org lain. Huh!! Jenuh gak la nak mencari tuanpunya gambar tu. Tau-tau je lah, muka orang tu mmg la tak seperti yang dilukiskan. Camne nak cari?? Haaa!! Masa tu, mmgla dah jadi mcm pasar malam. Angkat lukisan tu tinggi2 and tanye "Ini sapa punya??" or "Muka sapa ni??" Sakit gak la tekak, menjerit2.. heh heh... Akhirnya, dapat gak la org yang dicari-cari... And ada gak la a few other activities yang tak kurang menariknya. Ohh!! lagi satu, lupa nak cerita.. Masa malam ni gak la, urusetia tu tunjuk satu video clip lagu yang amat-amat menyentuh jiwa aku. Kalau korang rajin, bukak la youtube and cari video clip 'Jasa Bonda'. Lagunya memanglah teramat-amat menyentuh kalbu. Aku ingatkan aku sorang je yang banjir.. rupa2nye ramaiiiiiiii lagi.. huhuhu.
Ok, enough of hari pertama... The next day, ada ceramah. Start dari pukul 8:30 pagi, after breakfast. Masa ceramah pagi ni, ok la lagi. Mata masih segar. Tapi bila start ceramah petang @2.30pm tu, mmg la time2 kritikal coz ngantuk giler, baru lps lunch.. so, untuk mengelakkan kejadian2 yang tak diingini, kena la bwk bekalan gula2 yg byk kt dlm beg (lupe lak nak bagitau... kitorang dibekalkan dgn beg kursus warna maroon 1 sorang.. siap ada nama.. ahaks!!). Yang nak tergelaknya, ada 3 org yg dok kat meja depan aku, siap bwk bekalan mcm nak pegi berkelah.. dengan bekalan air teh kat dlm botol mineral.. dengan kerepek-kerapak, kacang, segala bagai.. pastu ngap-ngup, ngap-ngup masa tgh ceramah.. cehhh!! Aku heran betul.. tak kenyang2 ke depa ni?? baru lepas makan, blh makan lagi.. setiap kali time ceramah lak tu, wat camtu.. tak kira ceramah siang or malam.. mmg haru sungguh.. aku dgn geng2 aku (cehhh!! ada geng nih!! Tapi geng aku nih, kepala mmg giler cam aku gak.. hihi) asik tgk diorg n kutuk2 je diorang ni heh heh!.. tapi sayang arrr.. tak terfkr lak nak tgkp gambar depa 3 ekor tu.. kalo tak, buleh aku mengglamerkan diorang kat sini..haha..
Masa ceramah tu, biasa laaa.. ada yg best.. ada yang tak.. ada gak ceramah yg memboringkan sampai habis bekalan gula2.. ada satu ceramah tu, tajuknye best.. psl elaun.. tapi penceramahannye.... teramatlah membosankan.. penceramah tu membacaaaaaa je hand-out yang dia bagi kat kitorang.. dari mula, sampailah habis ceramah. Kalau macam tu la, baik dia bagi je hand-outs tu and then suruh kitorang baca. Dia dok la diam-diam kat meja kat depan tu.. huhuhu...
Ok.. What else nak cerita ek?? Hhmm.. Pasal riadah petang.. Masa riadah ni, aku dikecualikan coz baru lepas pantang. Ada gak la beberapa org lagi yang dikecualikan coz mengandung n lepas pantang mcm aku gak. Instructor riadah tu, namanya En. Azami, ex-army. Suaranya bukan main kuat. Mmg serious giler.. Kadang-kadang tu ada gak la dia buat lawak, tapi muke tetap maintain serious, buleh?? hehehe.. Time riadah pagi pun, kitorang dok kat tepi. Tapi bila time poco-poco dance, aku tak leh tahan.. hahaha.. nak belajar n nak join. Tgk2, bukan aku sorang (drp a few yang tak join riadah tu) je yang nak join poco-poco tu.. rupe2nye, bila aku bangun je, ada a few lagi yang ikut.. tak tahannn... hahaha..
Masa malam last, ada penyampaian sijil n surat penempatan. Malam last ni gak, semua peserta kursus wat persembahan. Group aku, wat nasyid. Yang jadi penyanyinye... aku laa!! hahaha.. kelakor.. kelakor.. :D
Hmm.. Tak tau apa lagi nak cerita pasal kursus ni.. Rasanye itu je la kot.. Tengok la sendiri kat bawah ni, gambar2 semasa kursus tu.


Aku sempat posing dgn nurin, sebelum naik bas ke Kluang, Johor. Aku naik je bas tu, Nurin pun start nangis.. Sian dia..

Ni gambar IKWAS yang sempat aku snap dr dlm bas masa memasuki entrance..



Ni dia geng2 kamceng dgn aku masa kat kursus. Yg baju hijau tu, Rozie (merangkap room-mate aku), yang baju purple tu, Tiha, yang baju pink n pakai tudung tu, Sue.

Gambar aku n d geng kat dewan kuliah... lagi...

Aku and geng, before riadah petang. Tapi jantan sorang yang kat belakang tu, bukan geng kitorang, ek.. yang tu, ntah cmne blh terselit kat situ..


Ni pulak, geng2 yang tak leh beriadah sama dgn aku.. :P


Ni gambar diorg tgh beriadah yang aku snap dr tmpt aku duduk kat tepi padang tu.. Diorg ni kena beratur mcm askar.. nasib baik tak kena berkawad bagai.. kalau lambat or salah sikit, kena lari 1/2 padang.. hehe.. sbb tu aku tak leh join.. :P

Ni, posing sebelum ceramah malam...


Sempat tawww.. tangkap gambar sendiri time tgh ceramah.. ni kes boring giler la nih..

Kat dalam bilik di IKWAS

Ni masa riadah pagi. Mana tahan, tgk org nari lagu hindustan.. joinnnnn....





Ni masa malam persembahan tu.. malam last di IKWAS.. yg tgh nanyi tu, aku lerrr... hihihi..


Sempat bergambar dgn salah sorang urusetia kursus - En Joe.


Ni hari last kat IKWAS.. Bergambar selepas ceramah/taklimat akhir.. Bye-bye IKWAS... :P

Wednesday, October 15, 2008

Cerita pasal balik kampung.. Part II

Sambungan kepada part I.. On the second day kat Tanah Merah which was d last day of Ramadhan, my hubby and I kuar ke town. Beli barang sikit for Hari Raya keesokannye.. Seperti musim raya yg lepas2, bandar Tanah Merah memang teramat lah sibuknya. Sesak betul. Walaupun mcm tu, aku sempat gak cari tudung last2 minit nih.. :)


Memula sekali kitorang ke kedai Wan Azizah. Kedai, or boleh dikatakan Mini Market Wan Azizah ni, adalah kedai melayu yang paling famous n laku skali kat area Tanah Merah ni. Pendek kata, boleh bersaing la dengan kedai-kedai china. Tapi yang tak bestnye, Wan Azizah tu, bukan la orang local.. orang Siam.. Kat Wan Azizah tu, kitorang beli la air2 botol n air batu n a few other things..


Kedai Wan Azizah, view dari seberang jalan.. Kat depannye tu, ada org jual murtabak yg sedap.:)
After that, kitorang ke town Tanah Merah yang tak berapa jauh.. Masuk je town, masyaallah.. punye la ramai umat manusia.. sesak... tetiba ada lak nampak spider kat tepi tingkap kete MIL aku tu.. Masa parking, terus tangkap gambar spider tu (walaupun takde kene mengena dgn ini cerita)
Ini lah dia spider yang nak jugak ikut kitorang pegi shopping kat town Tanah Merah tu..
After that kitorang berjalan lah ke kedai-kedai kat situ, mencari tudung aku.. hihi.. and then, hubby beli styrofoam box untuk letak air batu tu. Lepas tu, kitorang pun nak balik le.. tapi bila nampak kedai emas kat Tanah Merah town ni, aku pun terasa nak tangkap gambar.. bukan apa.. punye le ramai orang kat kedai tu, walaupun zaman-zaman ekonomi meleset nih.. ish.. ish.. ish..

Hubby ku yg tengah mengangkat styrofoam box..

Inilah dia ghopenye kedai emas yg bz banget tu.. extraordinarily ramai lak time2 nak raya ni..
Well, after that kitorang merayau-rayau le kat sekitar Tanah Merah tu.. (merayau dgn kete le..). Sempat la aku snap beberapa keping gambar.. as below...

Ni lah dia town Tanah Merah yang sibuk sesangat, sehari sebelum raya..

Yang ni pulak adalah farmasi kenangan, tempat Allahyarham FIL aku memberi khidmat terakhirnya kepada masyarakat.



Pasar Ramadhan Tanah Merah


Antara pasaraya2 yg terbesar di Tanah Merah.. gambar yg kanan tu ialah Ezlin memakai tudung, iklan kat billboard pasaraya...



REDLAND... yaaa.... ada gak nama blog aku kat sini.. hihihi..

Banner "Selamat Pulang Anak Kelantan Dari Perantauan" yang sentiasa menyentuh hati aku, setiap kali balik ke sini.. (walaupun aku bkn org Kelantan.. huhuhu..)

Aiskrim Goreng... untuk buke pose.. yumm.. yummm..


Salah satu hotel di Tanah Merah.. E'Mage Park Inn.. One of the Share Partners is my BIL.. so, sapa2 nak ke Tanah Merah, dok kat hotel ni, bgtau hubby aku.. leh dpt diskaun..(pandai2 je aku nih..) hahaha..

D famous Pasaraya Pantai Timur (famous kat sini le.. hihihi)

Pejabat Parti KeADILan Rakyat cawangan Tanah Merah.. msti tangkap gambar nih.. hihi.



Rumah MIL aku sehari sebelum raya.. masih sunyi.. sebelum diserang anak beranak n sedara mara..

Cows kat depan rmh MIL ku.. yang sentiasa menarik perhatian Nurin bila blk ke Tanah Merah ni..
Oklah, that's it.. cukup2 lah tu.. ini pun, dah berapa lama aku delay post kan entry ni.. huhuhu..

Monday, October 13, 2008

Cerita pasal balik kampung..

Really don't know where to start.. bukan apa, agaknye lemak rendang n lemang dah tepu dalam perut ni.. jadi otak pun ikut sama jadi beku. Ni, nak cerita pasal balik kampung masa raya ari tu.. Actually cadangnye bertolak awal sesangat2.. konon2 nak sahur or paling tidak pun, subuh tengah jalan. Tapi, biasalah bila dah ada anak2 kecik ni, plan mmg selalu lari. So, 29/9 tu(Monday), kitorang kuar rumah after subuh.. Pegi ke Ampang, wat exchange program. Dropkan Akeef kat rmh sepupu hubby and one of their daughters ikut naik kete kitorang.. Bukan apa, kalau setakat 2 bdk kecik boleh la tahan lagi.. Tapi bila dah ada 3 budak kecik dalam 1 kereta utk perjalanan yang jauh (6-8 hours ikut keadaan trafik) susah gak.. Kalau dibuatnye tiga2 nak membuang.. kalau pada masa yg sama, tak pe.. kalau masa lain2.. fuh!! jenuh nak berenti.. So, sbb tu lah di export kan sorang.. and yang selalu jadi mangsa, Akeef la.. sian dia... tapi dia yg paling senang pun.. dengan sesapa pun boleh.. kalau kakaknye, jgn harap la..
Ahamdulillah, perjalanan lancar.. tak de kesesakan langsung n perjalanan kitorang pun mengambil masa lebih kurang 6 jam je. Kitorang stop kejap je untuk ke toilet n then sambung perjalanan. Anak-anak pun ok.. tak de yg buang air besar.. so, tak payah stop utk salin diapers. Sempat gak aku snap a few photos dalam perjalanan tu, especially dari Gua Musang ke Tanah Merah..
Tengok lah, betapa sunyi nye jalan.. best betul!!.. kalau tak, time jem nye, tak tau nak ckp laa.. mesti berderet2 kete..

Muqri, kebanyakan masanye, tido je..

Nurin lak 2-3 kali tido, bangun. Kelihatan gak Nana (anak sepupu hubby) sedang nyenyak tido, siap peluk pooh lagi..

Pintu gerbang kat Gua Musang


Gunung/bukit batu kapur di Gua Musang


Isk!! tengok la kesan2 penggondolan bukit2 di Gua Musang ni..

Hijau... Gunung /bukit yg msh lg terpelihara.. akan digondolkan jgk ke bukit ni nnt? Entahlah..
Bila kitorang sampai di Kuala Kerai, hubby sempat membeli lemang. Mmg byk betul gerai lemang kat situ.. Tak tau nak pilih yg mana satu.. So, kitorang just pilih yang ni..

Mesti makcik2 ni semua heran, apasal la kitorang ni tangkap gambar diorang.. Ni semua idea hubby aku le.. srh masuk dlm blog (supportive giler.. hehehehe..).. Tapi takpe lah.. terasala glamour sikit depa tu.. After that, kitorang meneruskan perjalanan . Nurin, cam biasalah.. kalau dah sampai kat Kelantan ni, mesti cari 'cow' la , 'sheep' la.. 'goat' la.. suke betul dia menengok haiwan2 yg byk kat kampung ni.. n yang kelakornye, binatang apa ntah yang dia tengok, di katanye kangaroo.. hahaha.. nak tergelak gak aku, kat Kelantan ni ade kangaroo..
Yang ni plk, dah masuk town Kuala Krai. Setiap kali raya, akan kelihatan lah banner hari raya 'Selamat Pulang Perantau' cam tu. N aku tak pernah nampak pulak kat negeri2 lain. Tapi now ni, kat Perak pun dah ada.. maybe disbbkan oleh pemerintahan PAS di Perak..

Bila dah sampai ke Tanah Merah, aku sempat la snap gambar Masjid Tanah Merah ni, yang dkt dengan rumah MIL aku..

Ini lah dia juadah berbuka pose kitorang petang tu.. dah siap potong lemang yang hubby aku beli tu.. sedap gak lemang n rendangnye..

Yang ni pulak, air tuak yang hubby aku beli masa dlm perjalanan nak smp ke Tanah Merah. Air tuak ni, bukan la cam air tuak yg boleh mabuk tu. Sebenarnye air nira.. tapi kat Kelantan dipanggil air tuak..

So, setakat ni dulu cerita hari pertama balik kg. To be continued dalam "Cerita Pasal Balik Kampung Part II".
p/s: udah ghope cerita bergambar, entry aku nih.. nsb baik tak jadi dictionary bergambar.. tu le pasal.. ini semuanye disbbkan udah lama sgt idak memblog.. hambik!! Siap ada part II lagi.. tungguuuu!!

Friday, October 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Since hari raya masih lagi berbaki, rasanya, masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada teman-teman dan pengunjung2 blog ni. Memang banyak sgt yang nak aku ceritakan... tapi otak masih belum nak bekerja lagi.. masih belum ada idea akan apa yang nak dituliskan. So, untuk sementara waktu ni, biarlah aku mengumpul2 idea dulu, exercise2kan otak ni.. and then, lepas tu, barulah aku start menulis.. masa tu nnt, rasanya korang pun tak larat nak baca.. hihihi.. adios...