Well, lagi sekali rumah aku terasa sunyi. Walaupun Nurin and Muqri ada, tapi suasana tak macam biasa. Akeef di 'kidnap' lagi.. huhuhu.. Kali ni, pagi semalam (Wed 20/8) SIL aku bawak dia blk kampung ke KLTN, ke rmh MIL aku.. Disebabkan takut Nurin akan mengamuk-ngamuk sebab orang nak amik adik dia, so SIL aku terpaksa amik Akeef pagi-pagi, around pukul 7.30 sebelum Nurin bangun tido. At first, aku risau gak if bila Nurin bangun, tengok adik dia takde, dia akan nangis.. Tapi Alhamdulillah, tak. Dia just tertanya-tanya mana adik dia. So, aku pun terpaksa pura-pura cakap kat dia, yang aku tak tau adik dia ke mana. Aku ckp kat dia "Mama tak tau la Akeef pegi mana.. Dia tak bagitau mama pun, dia pegi mana. Mama bangun-bangun tido, tengok-tengok Akeef dah tak de. Kak Nurin tau ke Akeef pegi mana? Akeef ada cakap kat kak Nurin tak, Akeef pegi mana?".. Hehe.. nampaknye taktik tu sungguh berjaya. Dia pulak ckp adik dia pergi ke rumah 'Kak Dira' (anak kepada cousin hubby aku). And then, tetiba je pulak, dia cakap Akeef pegi Giant. Sesuka hati dia je.. :) And then, untuk lebih dramatik lagi (chewah!!) aku cakap kat dia "Tak pe, nnt kita call Akeef, tanya dia kat mana. Kenapa dia keluar rumah tak bagitau kat Mama, Ayah n kak Nurin.." Dia pun senyum-senyum sambil mengangguk. Hehe.. lega, bila dia tak ngamuk-ngamuk.. Tapi kesian gak kat Nurin ni, tak de kawan nak main-main. Kalau ada adik dia, itu lah kawan, itu lah lawan.. :) kejap-kejap dengar diorang dua orang tu terkekek-kekek gelak. Kejap lagi pulak, tetiba je adik dia nangis. Hehe.. macam-macam.. Memang riuh-rendah rumah ni.. (termasuk la dengan aku sekali, terpaksa jadi tarzan as i told u in my earlier post.. hehe) Sebab tu lah bila Akeef takde, bukan je Nurin rasa sunyi, aku pun terasa gak.. huhu.. So, untuk mengelakkan Nurin rasa teramat bosan, aku terpaksa biar dia main semua permainan yg dia nak. Terpaksa la bukakkan pintu stor yang sebelum ni sengaja dikunci. Nasib baik la Nurin ni pandai kemas and simpan sendiri semua permainan dia selepas dia main.. Kalau tak, aduh!! akuuuu jugak.. huhu..
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)

|