Thursday, March 6, 2008
Takziah...
Hari ni aku baru dapat tau salah seorang kawan aku (my junior kat ITM, actually) Mona, pernah kehilangan permata hatinya yang masa tu baru berusia 10 bulan. And hari ni genap 2 tahun anakandanya tu meninggalkan beliau dan suami. Maybe ucapan takziah aku ni dah terlambat (baru tau hari ni, coz baru dapat contact balik this few days), tapi rasanya doa dan al-fatihah untuk anaknya masih belum terlewat. Macam mana agaknya rasanya ye, kehilangan orang yang kita sayang.. orang yang amat-amat kita sayang? Entahlah.. aku tak dapat bayangkan. Seketika, aku renung anak2ku untuk menyelami perasaan Mona.. Isk!! Nauzubillah.. Aku tak nak bayangkan... Semoga dipanjangkan umur anak2ku.. Apa-apapun aku doakan Mona tabah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anaknya, Juenna Marsha yang dah tentu terjamin tempatnya di Syurga.. Amin..
Tuesday, March 4, 2008
Who Wants To Be A Superhero..
Tadi, sementara menunggu siri Heroes kat Starworld, aku tertengok 1 rancangan yang bertajuk Who Wants To Be A Superhero. Actually, aku baru tau ada this kind of show... Sian, aku kan?? Hehe.. This show pun dah masuk 2nd season dah rupanya, and dlm 2nd season ni pun dah tinggal 6 orang je out of 10.. Yang tinggal: "Hyper-Strike, The Defuser, Whip-Snap, Basura, Hygena and Parthenon. Yang lain-lain semua dah tersingkir. Hmm.. Not bad la show ni.. boleh tengok lagi.. Below is the introduction video of the show..
Monday, March 3, 2008
Surat Panggilan Temuduga..
Last Friday aku dapat satu surat panggilan temuduga.. Daripada?? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia!!.. Hmm.. Keje gomen la tu.. Actually this is the 2nd time aku dapat surat panggilan temuduga ni.. Last time, aku dapat masa aku mengandungkan Akeef, last year. Tapi aku tak pegi coz masa tu aku fikir sbb aku pregnant.. Tapi selepas aku consult kawan aku, Yan, dia nasihatkan aku pegi coz gomen ni flexible.. boleh accept walaupun orang tu pregnant.. Hmm.. so, kali ni aku decide aku nak pegi, cuba nasib.. Kalau ikut kan, dulu2 time mule2 kuar ITM, kakak-kakak aku semua suruh keje gomen.. Terjamin and banyak benefits, kata diorang. Aku je yang tak nak. Ye la, almaklum, masa tu, aku just fikir bab gaji je. Tak fikir pun other benefits. Masa tu pun, kalau keje gomen ni, gaji berapa sangat la.. Aku ingat lagi, ada satu offer yang aku dapat masa tu, dengan kelulusan diploma yang aku ada ni, (mmg la diploma ni tak seberapa kalau dibandingkan dengan degree.. but, at least, ada la kelulusan lain selain SPM..) gaji yang di offer kat aku RM714.45 sen. Siap ada sen lagi, tau!! Bandingkan pulak dengan gaji yang private sector offer kat aku masa tu yang fresh grad RM1,500.00. Kalau korang, korang pilih yang mana?? Hmm.. Aku, of course la aku pilih yang private. So, tak pandang langsung keje gomen ni.. hehe.. Now ni, dah insaf dah.. Ahaks!! Bukan apa, gaji tu, memang la penting.. and gaji staff gomen now ni pun, tak la seteruk dulu.. tapi gaji tu, bagi aku bukan agenda utama dah.. Yang penting bagi aku now ni, job security and also quality time untuk family. Kalau dengan private ni, keje tak tentu masa. And as a Secretary or PA, dah tentu2 (dan selalunya) kena balik teramat lah lambatnya... (As I once experienced masa keje dengan satu company akitek dulu.. kadang-kadang pukul 11 malam baru balik.. fuh!!! seksa!!) Kalau bujang, lain cerita.. takde commitment.. tapi bila dah ada family ni, apa-apa pun family lebih penting.. So, bila ditimbang2kan kata-kata kawan aku si Yan tu, ada gak betulnya.. So, again, aku decide nak cuba keje gomen lak.. Hopefully interview aku nanti berjaya.. Aminnn.. (Thanks Yan, coz sudi menjawab soklan-soklan aku psl interview tu.. hehe.. kalau dapat keje, 1st gaji aku belanja ko mkn..)
Sunday, March 2, 2008
Sian...
Dah a few days Akeef selsema and batuk and demam yang on n off.. Dah a few days ni gak dia tak berapa nak susu and makan.. So, badannya pun dah susut. Dah tak nampak dah double chin dia.. sian.. Now, Nurin lak start selsema and batuk.. harap-harap tak demam.. My hubby pun, dah start selsema dan batuk gak today.. Aku?? boleh tahan lagi.. cuma semalam dan pagi tadi rasa cam selsema sikit-sikit.. tapi tak teruk sangat.. hopefully ok.. to all my dearest, get well soon..
Posted By
Lady Libra
at
7:28 PM
|
Labels: hubby, my offsprings
Saturday, March 1, 2008
Old Friends...
This few days, aku dapat balik contact beberapa orang teman lama. A few of them, daripada ITM.. and others, masa dah kuar ITM.. Best jugak dapat contact balik, sembang-sembang, dan tanya-tanya hal masing2 walaupun melalui dunia siber je. Tapi ada gak a few people yang I need to find, tak jumpa-jumpa gak lagi. Especially teman-teman sekolah.. Tak tau nak cari kat mana.. takkan nak masuk fitrah kasih (jejak kasih dah takde) or nak masuk paper lak, nak cari diorang.. Hopefully one day aku dapat gak get in touch dengan diorang..
Posted By
Lady Libra
at
11:29 AM
|
Labels: friends, friendship
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
