Innalillahi wa innailaihi raji'un.. Hari ni, Ustaz Asri Rabbani telahpun meninggalkan kita semua, pergi tak kembali lagi. Berita yang amat memeranjatkan. Aku mmg suke dengar nasyid-nasyid alunan Allahyarham Ustaz Asri ni. Suaranye ketika mengalunkan takbir raya juga sungguh merdu. Namun, raya tahun ni, kita takkan dapat lagi mendengar alunan suaranya ketika takbir raya. Sekali lagi, Al-fatihah dan takziah untuk keluarga Allahyarham. Insyaallah, Allahyarham akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para syuhada'. Amin..
Allahyarham Ustaz Asri
Sila ke link http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090813112437/Article/index_html untuk berita lanjut.
Pergi Tak Kembali
Album : Munsyid : Rabbani
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


|