Tuesday, July 21, 2009

Nurin n Ballet

Lupa lak nak cerita yang aku dah enroll kan Nurin utk kelas ballet. Actually, tujuan aku just untuk build dia punye social skill.. Nurin ni agak pemalu. Walaupun kat nursery dia ok and nak involve dalam apa2 aktiviti, tp bila jumpa org baru, mcm kat kelas ballet ni, dia akan jadi malu. Usahkan kelas ballet, bila jumpa kawan aku or sedara mara yg dia jarang jumpa pun, dia malu sangat-sangat. Susah nak kuarkan suara.
Mula-mula, masa nak pg ballet tu, dia bukan main excited. Bangun tido punye awal nihh... Tp, bila dh smp kat kelas ballet tu, character dia mula berubah. Jadi pendiam sakan bila tgk org2 yg dia tak kenal. Aku pun mula la risau. Seperti yang diduga, after a few minutes masuk kelas tu, Nurin kuar, nangis.... huhu.. Tension gak aku.. Tapi cikgu dia kat situ ckp, ramai bdk2 yg mcm tu. Mula-mula, tak biasa mmg mcm tu. So, aku lega sket.
Next week nya aku bwk lg Nurin ke kelas ballet tu. Tapi kali ni, Nurin dah tak se-excited mcm awal2 aritu. Bila tanye nak pg kelas ballet ke tak, dia geleng kepala.. aahh! sudah!! mcm mana ni?? duit dah bayar.. huhu.. Tapi aku bwk jugak dia pg kelas tu. Mcm last week gak, dia nangis lagiiiii.... adoooiii aiii!! mcm mana ni?? Aku mula risau. Aku call kakak ipar yang introduce kelas ballet ni. Dia ckp, bdk2 mmg macam tu. Biar je. Aku tanye kat cikgu dia lg. Cikgu dia pun ckp yang sama. Ok lah.. Aku sedapkan hati, takpe.. ni mula-mula je. Hopefully, next2 time dia ok..
After that, aku tak ingat after one or two weeks (coz klu tak silap aku ada 1 minggu yg kelas tu cuti coz ada public holiday ke apa ntah..) aku bwk lg Nurin ke ballet. Kali ni she seemed ok. Masuk ke kelas pun ok. Bila kuar dari kelas pun ceria je. Fuhh!!! Leganye!! So, after that, Nurin makin lama makin ok je kat kelas tu and tak nangis dahhh... Alhamdulillah..


Nurin in her ballet outfit..