Sunday, March 9, 2008

Tsunami Pilihanraya..

Debaran pilihanraya dah pun berakhir.. Keputusannya, BA telah memenangi 82 kerusi diparlimen. BN lak hanya menang 139 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, berbanding tahun 2004, iaitu 199 kerusi daripada 219 kerusi. Sekaligus BN telah gagal untuk memperolehi 2/3 kerusi di parlimen seperti yang diharap-harapkan. BA lak, 1st time menang sebanyak itu diparlimen. It seems that rakyat Malaysia telah pun matang dalam membuat keputusan dalam hal-hal pilihanraya ni. Ramai sebenarnya yang telah bosan dengan pemerintahan yang sedia ada. Ternyata, pilihanraya kali ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia perlukan perubahan. Memang pilihanraya kali ni adalah 'hari ini dalam sejarah' coz 1st time BN kalah teruk di banyak tempat. 1st time gak pembangkang menakluki negeri Perak, Kedah dan Selangor. Penang pun dah dirampas semula daripada Gerakan, walaupun Gerakan pada mulanya merupakan parti pembangkang pada tahun 1969. Samy Vellu pun kalah di kubu kuatnya sendiri, di Sungai Siput. Macam tu gak Shahrizat yang kalah kepada first timer, Nurul Izzah di Lembah Pantai. Well, as I said, rakyat Malaysia perlukan perubahan dan ternyata arus perubahan telah pun memulakan langkahnya.. Memetik kata-kata kawan aku (si Mims Peanutbutter) "smack your chest, ask your appetite"...