Wednesday, July 15, 2009

Setelah Lebih Setahun..

Puisi Untuk Bonda

selalu saja kurindu
abad-abad terus berlalu
berjuta kali berganti baju
nun jauh di sana
mata bening menatapku haru
penuh rindu
mata bundaku
yang selalu kurindu

- Petikan dari Novel Ayat-ayat Cinta

Telah lebih setahun emak meninggalkanku.. Selalu sangat aku terasa rindu pada emak. Selalu jugak airmataku bergenang bila teringatkan emak. Memang aku rindu. Rindu sangat-sangat. Kalau dulu, bila rindu boleh jugak balik ke kampung menjenguk emak. Tapi sekarang?? Aku dah tak dapat lagi berjumpa emak. Aku memang teringin sangat nak jumpa emak. Orang cakap, orang-orang yang telah tiada blh datang melawat kita dlm mimpi.. Jadi, aku selalu berdoa agar emak hadir dalam mimpi2ku.. Tapi doaku masih belum dimakbulkan. Kadang-kadang terfikir jugak.. emak tak nak jumpa aku ke?? Aku rindu sangat pada emak. Doaku tak pernah putus untuk emak.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua org tuaku.. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi ketika kecil dan tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman" Semoga emak sentiasa tenang di sana.. Amin..

Tuesday, July 14, 2009

Kisah Roti John & Brother John..

Tadi aku mkn roti john yang aku beli kat pasar mlm dkt2 dgn ofis. Hubby lak mkn nasik kerabu. Sambil aku mkn tu, aku suapkan gak kat Nurin n Akeef. Akeef suke gak roti john tu. Byk gak yang dia makan. Nurin lak, tak mkn byk sgt. Maybe dah kenyang, mkn kat nursery b4 balik rmh tadi. Bila Akeef dah habis makan yang dalam mulut dia, aku suap lagi. And, bila habis, aku suap lagi. After that, mungkin sbb dia dah kenyang, dia dah tak mintak dah roti john tu. Aku pun tanye dia, "Akeef nak lg roti John?" Dia pun geleng kepala. Tiba-tiba aku dengar dia nyanyi dalam pelat2nye... "Are u sleeping.. Are u sleeping.. brother john.. brother john.." Hahaha!!! Aku tergelak besar!!

Monday, July 13, 2009

Magic!!

One day, masa dlm kereta, on d way nak keluar, aku ternampak ada something kat jari Nurin. Bila kuperhatikan, ada sikit kulit yang menggelupas kat jari dia tu. Aku agak mayb sebab gatal2, so kulit tu menggelupas kat situ. Aku pun tanye kat Nurin, "tangan Kak Nurin tu kenapa?" And then, dengan selambanye dia jawab "tak tau.. masa Kak Nurin tido tu, dia MAGIC sendiri".. heh heh. Aku n hubby gelak sakan... Maksud nye, dia tak tau le kenapa boleh jadi macam tu.. tetiba je ada.. hahaha.. adoiii aiii!! Nurin, Nurin...

Thursday, July 9, 2009

Happy Birthday My Beloved MUQRI..

Today, 9th July 2009, genaplah umur Muqri setahun.. mula2 aku tanye gak kat hubby, nak celebrate tak bday Muqri ni. Hubby said tak payah lah coz Muqri tu kecik sgt lg and msh tak faham apa2.. At first tu, rasa cam tak best gak... rasanye cam nak celebrate gak bday Muqri tu coz rasanye 1st year tu .. But lastly, ikut ckp hubby and decided not to celebrate.

But anyway, malam tu, kitorg sumer pegi ke rmh auntie (alang) my hubby, coz mami ada kat sana.. mami and alang nak pg umrah esok. Kebetulan, Dira (my hubby's niece) nak 'pinjam' Muqri till weekend and at the same time, nak wat 'upacara potong2 kek utk Muqri. So, semasa di rumah alang, ada la wat upacara 'potong2 kek' ni, buat cukup syarat utk Muqri sambut 1st bday. Cukupla tu.. asalkan ada.. :D
Here are a few of the photos taken masa upacara potong2 kek tu.. :D

Wednesday, July 8, 2009

Blogging Again??

It's been ages since my last entry.. huhu.. mmg le teramat lamanye tidak mem'blog'. Actually bermcm2 aktiviti yg tlh berjalan.. mcm mn nak list kan ek?? hmm ok, i'll list it down one by one.. but.. wait!! wait!! where to start?? which occasion?? let me see.. my previous entry was on.. what??!! 22nd April?? n now is 8th July already?? that long ahh???? OMG!!! What happen to me? What happen to my blog?? Adoii!!!

The problem is.. i can't remember what happened in April - end of June.. How ek??

a) April - errrmmm.. apa ek?? oowwhh yeaahh... pindah ke ofis baru di Presint 3, Putrajaya.. so, no more 'Jualan' kat Jakim setiap kali gaji week.. huhu..

b) Mei - Gembira sgt bila dah masuk bulan Mei ni.. coz something yg best akan berlaku pada 31 mei 2009 nih.. Owwhh!! Lagi satu, starting this Mei, setiap hari, ada je latihan sukan, coz by 11-16 June ada Konvensyen dan Majlis Sukan SPRM.

c) 15 Mei 2009 - Latihan menembak sempena Majlis Sukan SPRM. Actually untuk selection pasukan menembak. First time pegang pistol nih!! Menggigil2 tangan.. heh heh.. anyway it was really fun. Dapat la bezakan antara revolver n glock tu.. and I prefer glock more.. heh heh.. (sayang tak amik gambar masa nih.. )



d) Lagi satu event ni, tak ingat lak bila datenye, aku receive 1 pingat daripada SPRM sempena Pelancaran Rasmi SPRM 2009. Aku dapat pingat ni coz jadi AJK masa pelancaran tersebut. Ni la dia ghope pingatnye..





e) 22 Mei 2009 - Pertandingan Bowling sempena Majlis Sukan SPRM - Yippi!! dapat Naib Johan Berpasukan dan Individu Wanita. Ini le Pialanye.. ehem! ehem!




Naib Johan Individu Wanita





Naib Johan Berpasukan





Kedua2 Piala

f) 31 Mei - 3 Jun 2009 - Yeii!! Bali with beloved frens. Memang best giler.. here are some of the photos taken.. ada banyaaakkkk sgt lagi.. tak larat nak dl dr album Peanut Butter .







g) 11-16 Jun 2009 - Konvensyen dan Majlis Sukan SPRM. Sukan bagai nak giler.. Fuhh!! Nasib baik menang gak Volleyball. Johan!! and this is the Piala.. :D



Actually pialanye 1 je.. Saja over, letak 2 gambor.. heh heh..

Anyway, bg Zon C yang baru ditubuhkan ni, dapat 3rd place untuk keseluruhan tu dah cukup membanggakan.. :D