Monday, January 26, 2009

Adusss!!

Being a career woman again, betul-betul membuatkan aku terasa kepenatan. Bangun pagi-pagi bute (subuh sepi'e bak kata org kampung..) mandi n solat, setelkan anak-anak i.e buat susu n bagi susu kat Muqri, tukar diaper Muqri, kejutkan Nurin (yang mmglah teramat payah), mandikan Nurin (dalam keadaan Nurin memberontak), siap-siapkan Nurin. Untuk mengelakkan Nurin menangis dan seterusnya memberontak masa nak mandi tu, aku terpaksa kejutkan dia dengan memujuk-mujuk dan menyanyi-nyanyi kat dia. Adalah 10-15 minit gak proses nak mengejutkan nurin tu.. After setelkan Nurin, baru aku bersiap pulak. Akeef, selalunya ayahnya yang tukarkan diaper. Kadang-kadang, kalau sempat n rajin, aku mandikan gak Akeef. After that, hantar diorang ke nursery. Pastu pergi kerja. Tiap-tiap hari hubby aku yang hantar. Hubby aku pun, of course la lagi penat. Hantar pergi keje dan amik aku balik keje. Pastu amik anak-anak dari nursery lak. Fuhhhh!!! Memang terasa betul penatnya. Mula-mula mmgla terfikir gak pasal maid aku yang masih gak belum sampai. Actually, mmg agent tu dah call n aku rasa maid tu pun dah ada dah kat M'sia ni. Tapi aku sengaja belum call lagi. Kalau ikutkan penat aku ni, mmg aku nak sangat amik maid tu. Duit pun dah bayar half. Tapi bila difikirkan macam-macam hal yang aku dengar pasal maid, n ditambah pulak keadaan aku yang baru start kerja ni n dah tentu-tentu akan selalu pergi kursus, terpaksalah dibatalkan sementara niat tu. Hopefully duit yang dibayar kat agent tu tak 'burnt' terus mcm tu je. Bila dlm keadaan takde maid ni, cam ok la pulak.. Bak kata orang, alah bisa, tegal biasa. Tapi 1 masalah lain lak, bayaran nursery yang teramatlah mahalnye... maklumlah, for 3 kids.. Kalau diikutkan, mmg dah sepatutnya kitorang pakai maid.. Tapi entahlah ekk.... banyak sangat yang nak difikirkan.. Adusss!!

Friday, January 2, 2009

Jasa Bonda..

JASA BONDA - WARISAN

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa, punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah, berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang ia semakin tua
Membilang usia
Disaat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year!!

Selamat tahun baru 2009 kepada semua. Tahun baru, azam baru.. :)

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430. Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak keberkatan kepada kita semua. Aminnn...

Friday, November 14, 2008

Wah!!! Macam tak percaya!! :P

**Note: Entry ni dah basi skt coz dh lama dlm draft tapi aku tak post.. and aku pun dah lama sgt tak memblog.. tapi aku still nk post gak.. huhuhu
Wah!! mcm tak percaya pun ada, aku ni.. aku keje gomen.. kat BPR lak tu.. tak pernah termimpi langsung aku dpt keje kat BPR nih.. hahaha... Dah la b4 this pun, aku mmg tak pernah termimpi pun keje gomen, ini kan pulak BPR..
Pada 19hb-24hb Oktober 2008 ari tu, aku berkursus di Intan Kluang, Johor (IKWAS). Kursus tu ialah Kursus Pengenalan dan Asas Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). Masa kursus tu, yg ramainye bdk2 dari Poli.. heh heh!! Dulu, course Diploma In Secretarial Science tu, kat ITM.. but since ITM dah upgrade n course tu dah di bg bd Poli utk handle..
Oklah.. enough of that... masa kursus tu, pagi at 7 am, breakfast.. pastu ceramah smp 10am.. pastu minum pagi (??? aku pun heran... dah breakfast, minum pagi lagi)... pastu at 11am sambung ceramah smp 1pm and after that, lunch.. 2.30pm smbung ceramah.. at 4.30pm minum petang. At 5.30-6.30 riadah.. 7.30pm, dinner.. 8pm sambung ceramah until 10pm. pastu minum malam puleekkk... pastu tido.. itu lah routine tetiap hari selama seminggu..
Masa malam pertama kitorang kat sana, urusetia2 kursus dari JPA tu sumer wat ice breaking.. Masa tu blh tgk la klik2.. dok dgn geng masing2 je.. Malam tu kitorang kena perkenalkan diri memasing.. pastu buat aktiviti2 yg disuruh.. mcm2.. best gak.. kelakar pun ada.. Kitorang disuruh melukis muka sendiri dgn menggunakan tangan yang tak biasa digunakan. Kalau biasa menulis dgn tangan kanan, dia suruh lukis dgn tangan kiri and vice-versa. Kitorang dilarang menulis nama kat kertas tu. After that, urusetia tu kumpulkan semuanya, and then campur-campurkan and bagi balik kat kitorang, gambar org lain. Huh!! Jenuh gak la nak mencari tuanpunya gambar tu. Tau-tau je lah, muka orang tu mmg la tak seperti yang dilukiskan. Camne nak cari?? Haaa!! Masa tu, mmgla dah jadi mcm pasar malam. Angkat lukisan tu tinggi2 and tanye "Ini sapa punya??" or "Muka sapa ni??" Sakit gak la tekak, menjerit2.. heh heh... Akhirnya, dapat gak la org yang dicari-cari... And ada gak la a few other activities yang tak kurang menariknya. Ohh!! lagi satu, lupa nak cerita.. Masa malam ni gak la, urusetia tu tunjuk satu video clip lagu yang amat-amat menyentuh jiwa aku. Kalau korang rajin, bukak la youtube and cari video clip 'Jasa Bonda'. Lagunya memanglah teramat-amat menyentuh kalbu. Aku ingatkan aku sorang je yang banjir.. rupa2nye ramaiiiiiiii lagi.. huhuhu.
Ok, enough of hari pertama... The next day, ada ceramah. Start dari pukul 8:30 pagi, after breakfast. Masa ceramah pagi ni, ok la lagi. Mata masih segar. Tapi bila start ceramah petang @2.30pm tu, mmg la time2 kritikal coz ngantuk giler, baru lps lunch.. so, untuk mengelakkan kejadian2 yang tak diingini, kena la bwk bekalan gula2 yg byk kt dlm beg (lupe lak nak bagitau... kitorang dibekalkan dgn beg kursus warna maroon 1 sorang.. siap ada nama.. ahaks!!). Yang nak tergelaknya, ada 3 org yg dok kat meja depan aku, siap bwk bekalan mcm nak pegi berkelah.. dengan bekalan air teh kat dlm botol mineral.. dengan kerepek-kerapak, kacang, segala bagai.. pastu ngap-ngup, ngap-ngup masa tgh ceramah.. cehhh!! Aku heran betul.. tak kenyang2 ke depa ni?? baru lepas makan, blh makan lagi.. setiap kali time ceramah lak tu, wat camtu.. tak kira ceramah siang or malam.. mmg haru sungguh.. aku dgn geng2 aku (cehhh!! ada geng nih!! Tapi geng aku nih, kepala mmg giler cam aku gak.. hihi) asik tgk diorg n kutuk2 je diorang ni heh heh!.. tapi sayang arrr.. tak terfkr lak nak tgkp gambar depa 3 ekor tu.. kalo tak, buleh aku mengglamerkan diorang kat sini..haha..
Masa ceramah tu, biasa laaa.. ada yg best.. ada yang tak.. ada gak ceramah yg memboringkan sampai habis bekalan gula2.. ada satu ceramah tu, tajuknye best.. psl elaun.. tapi penceramahannye.... teramatlah membosankan.. penceramah tu membacaaaaaa je hand-out yang dia bagi kat kitorang.. dari mula, sampailah habis ceramah. Kalau macam tu la, baik dia bagi je hand-outs tu and then suruh kitorang baca. Dia dok la diam-diam kat meja kat depan tu.. huhuhu...
Ok.. What else nak cerita ek?? Hhmm.. Pasal riadah petang.. Masa riadah ni, aku dikecualikan coz baru lepas pantang. Ada gak la beberapa org lagi yang dikecualikan coz mengandung n lepas pantang mcm aku gak. Instructor riadah tu, namanya En. Azami, ex-army. Suaranya bukan main kuat. Mmg serious giler.. Kadang-kadang tu ada gak la dia buat lawak, tapi muke tetap maintain serious, buleh?? hehehe.. Time riadah pagi pun, kitorang dok kat tepi. Tapi bila time poco-poco dance, aku tak leh tahan.. hahaha.. nak belajar n nak join. Tgk2, bukan aku sorang (drp a few yang tak join riadah tu) je yang nak join poco-poco tu.. rupe2nye, bila aku bangun je, ada a few lagi yang ikut.. tak tahannn... hahaha..
Masa malam last, ada penyampaian sijil n surat penempatan. Malam last ni gak, semua peserta kursus wat persembahan. Group aku, wat nasyid. Yang jadi penyanyinye... aku laa!! hahaha.. kelakor.. kelakor.. :D
Hmm.. Tak tau apa lagi nak cerita pasal kursus ni.. Rasanye itu je la kot.. Tengok la sendiri kat bawah ni, gambar2 semasa kursus tu.


Aku sempat posing dgn nurin, sebelum naik bas ke Kluang, Johor. Aku naik je bas tu, Nurin pun start nangis.. Sian dia..

Ni gambar IKWAS yang sempat aku snap dr dlm bas masa memasuki entrance..



Ni dia geng2 kamceng dgn aku masa kat kursus. Yg baju hijau tu, Rozie (merangkap room-mate aku), yang baju purple tu, Tiha, yang baju pink n pakai tudung tu, Sue.

Gambar aku n d geng kat dewan kuliah... lagi...

Aku and geng, before riadah petang. Tapi jantan sorang yang kat belakang tu, bukan geng kitorang, ek.. yang tu, ntah cmne blh terselit kat situ..


Ni pulak, geng2 yang tak leh beriadah sama dgn aku.. :P


Ni gambar diorg tgh beriadah yang aku snap dr tmpt aku duduk kat tepi padang tu.. Diorg ni kena beratur mcm askar.. nasib baik tak kena berkawad bagai.. kalau lambat or salah sikit, kena lari 1/2 padang.. hehe.. sbb tu aku tak leh join.. :P

Ni, posing sebelum ceramah malam...


Sempat tawww.. tangkap gambar sendiri time tgh ceramah.. ni kes boring giler la nih..

Kat dalam bilik di IKWAS

Ni masa riadah pagi. Mana tahan, tgk org nari lagu hindustan.. joinnnnn....





Ni masa malam persembahan tu.. malam last di IKWAS.. yg tgh nanyi tu, aku lerrr... hihihi..


Sempat bergambar dgn salah sorang urusetia kursus - En Joe.


Ni hari last kat IKWAS.. Bergambar selepas ceramah/taklimat akhir.. Bye-bye IKWAS... :P